Ketahui Tanda-Tanda Awal 10 Jenis Kanser!

Tanda-Tanda Awal 10 Jenis Kanser | Assalamualaikum. Al-fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Berita kematian blogger terkenal Shea Rasol sangat memeranjatkan dan tidak sangka permergian blogger ini secepat ini. Walaupun hanya sebagai rakan blogger tetapi turut terkesan kerana tiba-tiba dirinya dijemput Ilahi kerana kanser. Disini bermula lah kesedaran untuk Mek Cah untuk tahu serba sedikit tanda-tanda awal kanser. Allah, semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit berbahaya ini.

1. Kanser Payudara
Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.
Tanda-Tanda Awal Kanser Payudar

Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia. Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.
  • Bengkak/gumpalan di buah dada
  • Keluar cairan berdarah dari putting
  • Pembesaran kelenjar di ketiak
  • Kedutan pada kulit di buah dada
2. Kanser Paru-Paru
Kanser paru-paru merupakan kanser pembunuh nombor satu lelaki.  Antara punca utama adalah merokok. Ini kerana rokok seperti yang diketahui merupakan bahan beracun yang akan melalui paru-paru ketika asap rokok disedut. Selain itu terdapat juga punca-punca lain yang normal seperti gaya hidup tidak sihat dan
  • Batuk kuat berterusan
  • Batuk berdarah
  • Nafas termengah-mengah
  • Sakit dada
  • Hilang berat badan
3. Kanser Usus Besar
Kanser usus merupakan barah atau pertumbuhan tidak normal yang berlaku pada dinding saluran usus besar. Penyakit itu terbahagi kepada dua jenis, kanser usus sporadik, iaitu 80 hingga 85 peratus kanser berlaku secara spontan, manakala kanser usus keturunan pula lima hingga 15 peratus penghidap yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit berkenaan.

Kanser usus berada di tempat kedua pembunuh utama wanita, namun hakikatnya kanser usus dapat dicegah dan dirawat jika dikesan lebih awal dengan menjalani ujian kolonoskopi 15 tahun lebih awal daripada ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit berkenaan.
  • Perubahan tabiat membuang air
  • Hilang berat badan
  • Sakit dalam perut dan usu
  • Berlaku pendarahan semasa membuang air
4. Kanser Pangkal Rahim
Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap (level) untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa. Masih baik stabil atau sudah kritikal. Bahaya! Semua wanita perlu ambil tahu hal ini.

Tanda-Tanda Awal Kanser Rahim
Tanda-Tanda Awal Kanser Rahim
Kadang-kala ramai remaja sekarang yang mempunyai penyakit dan mudah allergic. Kebanyakan sabun tidak sesuai. Bakteria mudah membiak dan mengakibatkan vagina seseorang itu menjadi gatal-gatal. Jadi ubati segera agar tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.
  • Sebarang lelehan/pendarahan yang luar biasa
  • Sakit selepas Bersama
  • Turun berat badan
5. Kanser Perut
Kanser perut bermula apabila muncul sel-sel kanser di dalam lapisan dalaman perut. Perkara tak dijangka tentang kanser perut adalah ia berkembang perlahan-lahan dan selama bertahun-tahun. Jadi, adalah sangat penting untuk mengetahui tanda-tanda kanser perut untuk intervensi awal.
Tanda-Tanda Awal Kanser Perut
Tanda-Tanda Awal Kanser Perut
  • Hilang berat badan
  • Muntah berdarah
  • System pencernaan tidak teratur
  • Cepat kenyang walaupun makan sikit
6. Kanser Hati
Kanser hati agak kurang popular berbanding kanser jenis lain walaupun tersenarai dalam 10 kanser utama di negara kita. Memang jumlah pesakit kanser hati tidak terlalu ramai iaitu sekitar 1, 000 orang, tetapi ia antara kanser yang sukar dirawat kerana kebanyakan kes lewat dikesan akibat ketiadaan gejala penyakit.
  • Kepenatan luar biasa dan loya
  • Kurang selera makan yang berterusan
  • Kurang berat badan mendadak
  • Mudah rasa kenyang
7. Kanser Otak
Kanser otak adalah tumor otak malignan yang boleh merebak dengan cepat ke bahagian lain otak dan tulang belakang. Sila ambil perhatian, tidak semua tumor otak malignan dan boleh dikategorikan sebagai kanser. Terdapat juga tumor otak tidak berbahaya. Benign tumor otak adalah sekumpulan sel-sel otak yang tumbuh perlahan-lahan dan tidak merebak ke bahagian lain.

Tanda-Tanda Awal Kanser Otak
Tanda-Tanda Awal Kanser Otak
Tumor otak sendiri adalah pertumbuhan sel-sel otak yang luar biasa dan tidak terkawal. Dalam otak, tumor boleh membangunkan dari sel-sel yang membentuk tisu otak, saraf yang keluar-masuk ke dalam otak, dan membran yang meliputi otak dan saraf tunjang (meninges).
  • Sakit kepala
  • Muntah-muntah
  • Gangguan penghilatan
  • Lemah atau lumpuh
  • Pening atau pitam
  • Pelupa
  • Perubahan personality
8. Kanser Tekak
Kanser tekak adalah tumor yang tumbuh dan berkembang di tekak, di sekitar tekak, peti suara, atau tonsil. Sama seperti kanser mulut dan lidah, kebanyakan pesakit mengalami kanser tekak mempunyai jenis karsinoma sel skuamus.
  • Suara garau atau serak
  • Ada ketumbuhan di tekak 
  • Sukar menelan
  • Kelenjar membengkak di leher
9. Kanser Darah
Kanser darah atau leukemia adalah kanser yang menyerang sel-sel yang membentuk sel-sel darah dalam sum-sum tulang. Dalam keadaan normal, sel-sel darah putih akan berkembang dari masa ke semasa pada masa yang diperlukan oleh badan untuk melawan jangkitan.

Satu lagi kes dengan orang yang mengidap kanser. Tulang sum-sum menghasilkan sel-sel darah putih yang tidak normal, ia tidak dapat berfungsi dengan betul, dan yang melampaui batas. jumlah yang berlebihan akan menyebabkan penumpukan dalam sel-sel sum-sum tulang daripada darah yang sihat akan dikurangkan.
  • Mudah letih atau pucat
  • Mudah lebam
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit
10. Kanser Ovari
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pantai Hospital Sungai Petani, Dr. Norhayati Bt Kasim, kanser ovari ialah ketumbuhan, barah dan pertumbuhan sel-sel di luar kawalan dan merbahaya yang berlaku pada kilang telur atau ovari wanita. Penyakit ini ialah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita.

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari
Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari
  • Haid tidak teratur
  • Ketumbuhan keras dibahagian abdomen
  • Sakit semasa Bersama
  • Tumbuhan bulu rambut yang melampau
  • Suara menjadi lebih mendalam


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017

Ucapan SMS dan koleksi SMS ucapan hari raya telah menjadi tradisi menjelang Aidilfitri. Tetapi dunia semakin maju , hanya dengan menggunakan facebook, instagram dan whatsapp kini ucapan Selamat Hari Raya diterima sepantas kilat gitewww, jadi kad raya pun semakin ketinggalan zaman. Tiba-tiba rasa rindu zaman berbalas kad raya, meriah tau sebab kad raya nanti boleh gantung di dinding rumah. Tak lama lagi seluruh umat Islam di seluruh dunia bakal meraikan Hari Raya, 1 Syawal sudah tentu  SMS/Whatsapp ucapan hari raya menjadi pilihan bagi mereka yang tidak sempat hantar kad raya kepada yang tersayang. Digantikan dengan SMS/Whatsapp pengganti diri sudah tentu melahirkan tanda ingatan kita kepada orang yang tersayang. Semoga perkongsian kali ini dapat mengeratkan hubungan dan membuatkan orang tersayang anda tersenyum gembira. Oh ya lagi satu jangan lupa bahagiakan yang tersayang dengan belikan koleksi 'Fesyen Baju Raya 2017'. Mihmih

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
=======================================================================

    "Salam Aidilfitri penuh keikhlasan andai ada kekhilafan antara kita lantas terkasar bahasa, tersilap kata, terguris rasa di lubuk sukma... Yang sering terjadi antara kita sebagai manusia biasa.. Halalkan segala jua makanan & Minuman.. Semoga Aidilfitri pada kali ini memberi 1001 erti buat kita semua... Akhir kata SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"

=======================================================================

    "Indah Langit Kerana Awan, Indah Laut Kerana Kebiruan, Indah Ramadhan kerana Keinsafan, Indah Aidilfitri kerana Kemaafan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"

=======================================================================

    "Kuih Paling Gangster = Lompat Tikam, Kuih Paling Sexy = Puteri Mandi, Kuih Paling Keji = Taik Itik, Kuih Bajet Cute = Cek Mek Molek, Kuih Untuk Awet Muda = Seri Muka, Kuih Paling Alim = Kuih Ketayap, Kuih Penyakit Lelaki Kronik = Batang Buruk, Kuih Suka Pukul = Kuih Lompang, Kuih Dalam Zoo = Badak Berendam, Kuih Yang Dicipta Untuk Polis Trafik = Sam-Preeet, Kuih Yang Bangun sendiri = Kuih Bangkit, Kuih Orang tak madi = Bau-Lu, Kuih Paling tenteram = Kuih Makmur, Kuih Paling Lembap = Kuih Siput... hahaha... SELAMAT IDUL FITRI, MAAF ZAHIR N BATIN "

=======================================================================

    "Rumah Dihias Bagai Istana, Buat Persiapan Di Hari Raya, Jari Ku Susun Maaf Di Pinta, SMS Ku Hantar Pengganti Kad Raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"

=======================================================================

    "Raut wajah suci berseri menjadi hiasan di hari bahagia, Anak-anak penyejuk mata, suami isteri pengindah hati, ibu bapa pengubat jiwa, menjadi hiburan di hari raya. Lantas terasa sayangNYA solat raya menjadi bukti hati. Rukuk Sujud pada yang esa sebagai tanda terima kasih kepadaNYA. Keluarga mulia keluarga bahagian tanda keredhaan daripadaNYA...*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, semoga tuhan merahmati"

=======================================================================

    "Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur hati Ikhlas Budi, Semoga segala kesalahan dimaafi, SELAMAT AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN ;) "

=======================================================================

    "Salam Aidilfitri, SMS Pengganti Diri, Kad-kad dah tak main lagi, Ampun Dan Maaf Dipohoni, Salah dan Silap Harap Dimaafi"

=======================================================================

    "Anak Jaws Main Gitar, Anak Sotong Main Tabla, Kad Raya Malas Nak Hantar, Send SMS Jer Sudahlah, Semoga Ingatan Tak Akan Pudar, Terimalah Ucapan Selamat hari Raya"

=======================================================================

    "Walau Langkah Tak Bertemu, Tangan Tak Berjabat, Ucap Tak Terdengar, Mata Tak Bertentang.. Mohon maaf segala Kesilapan kerana ada tikanya Mata Silap Memandang, Telinga Salah Mendengar, Lidah Terlanjur Berkata-kata & Hati Tersalah Menduga... SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"

=======================================================================

    "Gema Takbir Memuji Ilahi, Petanda Bermula Aidilfitri, SMS Dikirim Pengganti Diri, Bukan Nak Lupa Adat & Tradisi, Tapi Ikut Perkembangan Teknologi Jari, Mohon AMpun Dan Maaf, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"

=======================================================================

    "1 Syawal Menjelang Tiba, Takbir bergema menggegar Jiwa, Sekiranya ada Salah & Dosa, Ampun Maaf Dipinta Di Hari Mulia, Selamat Hari Raya Aidil FitRi.. Maaf Zahir & Batin"

=======================================================================

    "Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur hati Ikhlas Budi, Semoga segala kesalahan dimaafi, SELAMAT AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN ;) "

=======================================================================

    "Ketupat Pulut Di Atas Para, Hendak Di Rebus Di Atas Bara, SMS Dihantar Pengganti Kad Raya, Tanda Ingatan Di Hari Raya, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "

=======================================================================

    "Bila Takbir Raya Bergema, Hari Kemenangan Umat Berpuasa, Genangan Air Mata Mengusik Jiwa, Sepuluh Jari Saya Hulurkan, Ampun Maaf Di Pinta, Selamat hari Raya"

=======================================================================

    "Jika Jiwa Sebening Air, Maka Jangan Keruhkan. Jika Hati Seputih Awan, Jangan Mendungkan. Raih Kemenangan dengan saling memaafkan. Selamat Idul Fitri "

=======================================================================

    "Ngodok Kupat Nen Ngisor Ondo, Godong Nipah DiGawe Atep, Salah Silapku n Jaluk Ngapuro, Ketemu Meneh Neng Tahun Ngarep, Selamat Hari Royo, Maaf Zahir Batin "

=======================================================================

    "Buah pauh ditengah bendang, Jadi dagangan ditengah kota, Saudara jauh datang bertandang, Bermaaf-maafan sesama kita "

=======================================================================

    "Sungguh rendang pohon rumbia, Tempat persinggahan sianak kera, Ketupat rendang sudah tersedia, Jemputlah semua menjamu selera.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN "

=======================================================================

    "Disisir diandam dengan cekap, Potong rambut pelbagai gaya, Puasa sebulan sudahlah lengkap, Kita menyambut Hari Raya.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

=======================================================================

    "Sungai disusur sehari-hari, Dalam gelap menangkap ikan, Kami menyusun sepuluh jari, Salah dan silap harap maafkan... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

=======================================================================

    "Cincin disarung hati berdebar, Jarinan lembut wajah terhias, Ramadan disambut penuh sabar, Aidilfitri disambut dengan meriah... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN "

=======================================================================
Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
  "Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin"

=======================================================================

    "Sepuluh jari tersusun rapi, Bunga melati pengharum hati, SMS dikirim pengganti diri, Memohon maaf setulus hati, Mohon Maaf Zahir Dan Batin.  "

=======================================================================

    "BiLe RaYa LiNe Bz GiLa, MaSa Tu MaKi Pun x GuNa, MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa, OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa! SeLaMaT HaRì RäYe. "

=======================================================================

    "Masak Lemang Sambil Berdiri, Hendak makan di Aidilfitri, Nak hantar Kad raya Posmen dah cuti, SMS sahaja dapat ku beri, Bukan Lupa Tradisi, tapi ikut teknologi terkini yang ada dihujung jari.. SELAMAT HARI RAYA AIDI£FITRI MAAF ZAHIR BATiN…."

=======================================================================

    "Ketupat Pulut Di Atas Para, Hendak Di Rebus Di Atas Bara, SMS Dihantar Pengganti Kad Raya, Tanda Ingatan Di Hari Raya, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "

=======================================================================

    "Malam-malam lihat lampu jalan, tengok-tengok hantu raya, hati-hati diatas jalan, supaya selamat pulang beraya.Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "

=======================================================================

    "Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi, Dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA… Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah"

=======================================================================

    "jambangan indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, sms ku kirimkan pengganti diri, tanda ingatan tak lupa dihati.. Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin"

=======================================================================

    "bulan ramadhan bulan yang mulia, di sambut dengan hati yang gembira, kini syawal semakin menjelma,tangan ku hulurkan maaf dipinta…  Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin"

=======================================================================

    "Tiba kita di musim perayaan, Ramai juga yang shopping sakan. Salam lebaran daku ucapkan, Di hari raya saling bermaafan. Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin."

=======================================================================

    "Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sojambak kato. Dogup bicagho, meghisik raso...Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"

=======================================================================
Credit : anugerahsemulajadi.blogspot.my

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Resepi Jus Kurma Susu Sedap!

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh keberkatan. Alhamdulillah kejap sahaja masa berlalu tup tup dah nak raya kan? Dah ushar 'Fesyen Baju Raya 2017' ke belum? Hemoooo hemoooo

Kali ni Mek Cah nak kongsi satu resepi Jus Kurma Susu yang selalu duk viral tu. Sudah pasti khasiat utama Jus Kurma Susu ni adalah untuk memberikan tenaga dan tidak mudah lapar di bulan Ramadhan ni. Maklum lah tanpa makanan dan minuman yang sesuai badan mudah rasa penat dan lapar tau lagi-lagi ibu yang sedang menyusu. Mungkin ramai dah tahu resepi Jus Kurma Susu ni tapi Mek Cah tak kira nak share jugak dengan korang. Gedik tau! Jom amalkan Jus Kurma Susu ketika waktu bersahur tau kerana banyak khasiat KHASIAT JUS KURMA SUSU yang patut korang tahu. Lagipun cara penyediaan pun tersangat mudah tau.
 Resepi Jus Kurma Susu
 Resepi Jus Kurma Susu
BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 kotak susu segar (Tak guna susu segar pun tak pe, Mek Cah cuma guna 2X pek kecik susu kambing)
  • 9 biji kurma dibuang biji dan dibersihkan
  • 1 cawan air panas
  • Beberapa ketulan ais
  • 1 sudu kecil gula
CARA-CARA MENYEDIAKAN : 
  1. Rendam kurma dalam air panas 15 minit (Mek Cah cuma rendam semalaman dengan air biasa sahaja, contohnya selepas berbuka rendam kurma dan masa sahur tu dah boleh guna dah)
  2. Kisar kurma bersama air tadi sampai halus
  3. Masukkan ais dan kisar lg dengan gula (Nak tambah gula terpulang tapi Mek Cah tak tambah pun)
  4. Masukkan susu segar dan kisar hingga sebati. (Tak guna susu segar pun tak pe, Mek Cah cuma guna susu kambing yang pek kecik-kecik tu je.
CREDIT RESEPI JUS KURMA SUSU  : KONGSIRESEPIMUDAH

KHASIAT JUS KURMA SUSU
  1. Menyalurkan oksigen ke otak
  2. Potassium membuatkan fikiran lebih rasional
  3. Memberikan kandungan alkali secukupnya kepada cairan tubuh.
  4. Merangsang ginjal mengeluarkan toksin
  5. Menurun tekanan darah tinggi
  6. Membantu pembentukan kulit sihat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Insyaallah. Amin.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Fesyen Baju Raya 2017

Fesyen Baju Raya 2017 | Rindu nak aktif jual baju raya , rindu dengan Hazanis Fashion. Nampaknya tahun ni Hazanis Fashion masih lagi senyap sepi tapi nasib baik anisalisha.co pengubat rindu melepaskan geram untuk berniaga balik. Lupakan pasal kisah rindu ni apa kata fokus kepada fesyen baju raya 2017 dari jenama terkenal Malaysia antaranya Minaz, Leeyanarahman, BellaAmmara, Minimalace dan banyak lagi koleksi dari beberapa buah butik terkenal di Malaysia. Buka instagram je keluar koleksi raya dari mereka, tergugat iman tau. Sekarang masih pening nak pilih koleksi baju raya yang mana memandangkan semuanya cantik-cantik.

Jom kita tengok koleksi menarik dari beberapa buah butik terkenal Malaysia yang pasti membuatkan korang termimpi-mimpi dengan koleksi raya mereka. Syukur koleksi raya mereka sangat mendapat tempat dihati kita semua kan? Jadi antara banyak-banyak koleksi yang mana menjadi idaman kalbu korang untuk baju raya 2017?

 MINIMALACE
 Royal Raya, 28 Mei 2017 🏰 No 33A & 35A Jln Plumbum P7/P,40000 Seksyen 7 Shah Alam Selangor 👚Tuesday-Sunday(11AM-7PM) 📢 Monday Close 💻 Shop Online at : Minimalace.com

fesyen baju raya 2017

fesyen baju raya
fesyen baju raya 2017
fesyen baju raya 2017
fesyen baju raya 2017

Memang dari dulu lagi Mek Cah minat dengan koleksi dari Minimalace ni sebab semuanya comel-comel. Oleh itu tercipta lah entri 'Baju kurung peplum dari MinimaLace Boutique ', alhamdulillah mendapat sambutan hangat tau.

 MINAZ.MY 
 Let the DESIGN do the TALKING Minaz Bangi & Shah Alam : 10am - 7pm. Minaz Kuantan : 10am - 10pm. ___ Customer Service (HQ) : +603-8725 6304/DM (Mon-Fri, 9am-5pm) info@minaz.com.my www.minaz.com.my

FEYEN BAJU RAYA 2017
FEYEN BAJU RAYA 2017

Memang meletop habis koleksi baju raya dari Minaz ni tau sebab gunakan model pelakon terkenal Rozita Che Wan dan anaknya Ecah. Satu set dengan anak, harga pun boleh tahan. Kepada yang mampu sila lah beli tau. Syukur Minaz pernah menjadi sebutan di blog ini tau 'Minaz boutique : Tampil elegen ke majlis walimatulurus'.

FESYEN BAJU RAYA 2017
JH
FESYEN BAJU RAYA 2017

LEEYANARAHMAN.CO
Design Letops No1 Malaysia 1-23 ,Jln medan pusat bandar 7,Bangi Sentral ,43650 Bandar Baru Bangi Selangor | order : 018-2028428 Mon-Fri (10:30am-6:30pm) Sat-Sun (10:30am-8:30pm) www.leeyanarahman.com.my

BAJU RAYA TERKINI
KOLEKSI BAJU RAYA TERKINI
BAJU RAYA TERKINI
BAJU RAYA TERKINI 2017

Pernah ada koleksi baju raya tahun lepas dari Leeyanarahman.co, kalau nak tengok design macam mana baca yang ni tau 'Review Jamu Nenek D'Azaa - Pilihan Jamu Terbaik Untuk Kesihatan Wanita'.

 BELLAAMMARA
 MALAYSIA's #1 FASHION BRAND 🎉 Preorder #BellaRaya2017 now! 💍 Bella Ammara Lovers 🏦 KL, Shah Alam, Modvier, Bangi, Sg.Petani, JB, Kuantan & Online 🖥 Preorder now👇🏻 www.bellaammara.com

baju raya 2017
baju raya 2017
baju raya 2017
baju raya 2017
fesyen baju raya 2017

Fesyen Baju Raya 2017 | Itulah setakat ini butik baju raya 2017 yang selalu Mek Cah ushar, memang mengoda betul. Harga pun boleh tahan  gitewwww. yang penting beli mengikut kemampuan kita tau jangan kerana nafsu je. Sebab kadang baju raya ni pakai sekali je lepas tu simpan dalam almari buat koleksi. Membazir kan. Opsss!Oh ya nak ushar baju raya budak boleh terjah instagram anisalisha.co tau, harga memang murah giler bukan harga butik gitewwww. Nak cuci mata dulu pun boleh je. Ahaksss!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Review Makeup Remover Yang Bagus - IMAAN SUCI WIPES

Assalamualaikum.

Pembersih mekap paling terbaik yang pernah Mek Cah guna ialah IMAAN SUCI WIPES. Kenapa terbaik? sudah tentu packaging yang comel yang ringan senang dibawa kemana-mana. Terima kasih rakan blogger Hazirah kerana memperkenalkan Makeup Remover yang sangat best dan mampu membersihkan mekap dengan cepat. Biasa Mek Cah memang sensitif dengan sesetengah produk tetapi dengan IMAAN SUCI WIPES ternyata memang serasi dan tak pedih langsung apabila terkena dekat kulit. Jujur, memang Mek Cah jarang pakai produk sebarangan sebab pernah sekali terkena yang mengakibatkan kulit muka Mek Cah merah-merah dan menggelupas, nasib baik kembali normal kalau tak memang tak berkeyakinan berhadapan dengan ramai orang. Lebih-lebih lagi masa tu tengah sibuk menguruskan perniagaan Hazanis Fashion.
imaan wipes tissue
Makeup remover yang paling bagus setakat ini! :)

Mek Cah sarankan semua wanita yang suka mekap tu pastikan IMAAN SUCI WIPES ada sentiasa dalam handbag korang, bukan apa masa korang nak solat senang hanya sepantas 10 saat dah hilang semua mekap korang tu. Kan nak solat kena muka tu bebas dari mekap kan? Haaaa gitewww, jadi tak de la korang terkial-kial nak fikir bersihkan mekap macam mana.

Tisu pembersih solekan IMAAN SUCI WIPES ni diasaskan oleh orang Melayu kita, IMAAN SUCI WIPES tidak mengandungi bahan merbahaya, jauh sekali alkohol. Opsss korang perlu tahu tau kebanyakan pembersih mekap sekarang mengandungi alkohol dan buat kulit sangat kering dan menggelupas !. Jadi korang kena hati-hati tau masa memilih produk tu. Nak rawat masalah kulit muka korang boleh cuba #suspabeauty , memang terbaik bagi keluarga Mek Cah. (Review Suspa Beauty Berkesan Untuk Kulit Berjerawat Dan Jeragat). Nak cantik dari dalam cuba pula '
Vitamin C 1000mg Pahang Pharmacy' dan 'Pearl White Jamu Jelita'. Yang ni memang serasi dengan Mek Cah, alhamdulillah. Mihmih

Review Makeup Remover IMAAN WIPES TISSUE

Kebaikan pembersih solekan nombor 1 IMAAN SUCI WIPES
1) Tidak mengandungi sebarang alkohol
2) Membuang segala makeup yang kalis air
3) Mampu membersihkan makeup yang tebal-tebal
4) Membersihkan dan juga menyegarkan kulit wajah
5) Sesuai digunakan semua jenis kulit muka, kulit yang sensitif pun boleh gunakan
6) Mudah dibawa ke mana sahaja.

Review Makeup Remover Yang Bagus

Kandungan
  • Purified water :Air yang telah melalui proses tapisan mengikut kualiti control atau standard umum (water for pharmaceutical use) 
  • Propylene Glycol : pelembap bebas minyak ( untuk melembap dan refresh kulit)
  • Phenoxyethanol : ejen pewangi (untuk mengekalkan bau dan bau tahan lama) 
  • Polysorbate 20 : Bahan pelarut minyak (mengawal minyak pada muka) 
  • Perfume : minyak wangi haruman bunga 
  • Cetylpyridinium Chloride : Anti septik ( untuk membunuh bakteria merbahaya pada muka, juga ia di gunakan pada ubat gigi, pewangi mulut dan tablet hisap ) 
  • CocoAmidopropyl Betaine: sabun/ pembersih yang di hasilkan dari minyak kelapa bahan organic (untuk membersih kotoran pada muka ) 
  • Tocopheryl Acetate : Vitamin E ( banyak manfaat untuk kulit Muka )

TESTIMONI IMAAN SUCI WIPES
TESTIMONI IMAAN SUCI WIPES
TESTIMONI IMAAN SUCI WIPES

TESTIMONI IMAAN SUCI WIPES
TESTIMONI IMAAN SUCI WIPES

TESTIMONI IMAAN SUCI WIPES
TESTIMONI IMAAN SUCI WIPES

TESTIMONI IMAAN SUCI WIPES
TESTIMONI IMAAN SUCI WIPES
Harga? Memang murah bak hanggggg, RM15 sahaja untuk 3 bungkus tidak termasuk postage.
CARA PEMBELIAN?
FACEBOOK | INSTAGRAM @iuziraacebook  
WHATSAPP : +60193922261

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Traveloka Tempahan Hotel dan Penerbangan Dengan Mudah!

Traveloka Tempahan Hotel dan Penerbangan Dengan Mudah | Pasti ramai disini yang bercita-cita untuk menjelajah dunia. Tetapi masalah utama ialah tiada bajet dan masa sesuai. Betul tak? Jangan risau Traveloka mampu merealisasikan impian korang untuk melancong keseluruh dunia. Dengan bajet terendah pasti korang tidak lagi bermimpi tau. Untuk makluman semua Traveloka merupakan website yang boleh dilayari untuk menempah mana-mana hotel dan penerbangan yang korang inginkan. Apa yang lebih menarik apabila wujudnya Traveloka apps yang membantu kita semua mendapatkan hotel dan penerbangan murah dengan mudah dan cepat dengan harga terendah. Yang mana dah lama mengidam ingin ke Korea boleh la cuba survey harga melalui Traveloka dan yang penting sekali jangan lupa tips 'Perkara Yang Kita Perlu Tahu Kalau Melancong Ke Korea?' memang sangat berguna kepada mereka yang bakal ke sana.

TRAVELOKA
Traveloka Tempahan Hotel dan Penerbangan Dengan Mudah
Okay sekarang fokus kepada Traveloka App !. Mek Cah dah lama install Traveloka App di telefon pintar OPPO untuk memudahkan Mek Cah mencari hotel dan penerbangan dengan harga terendah. Selalunya husband Mek Cah dalam setahun tu ada la dalam 3 kali perlu ke Kuala Lumpur untuk urursan kerja jadi memang wajib kami mencari hotel penginapan di Traveloka App.
 
Antara kelebihan Traveloka App yang mesti korang tahu ialah :-
 
1) HARGA BERPATUTAN
Memang teruja sangat apabila korang bakal melihat harga yang ditawarkan tersangat berpatutan dan mampu milik. Pasti korang akan terus gelojoh untuk menempah hotel dan penerbangan untuk bercuti bersama keluarga ataupun kawan-kawan kan? Korang boleh pilih dari hotel bajet sehingga lah kepada hotel mewah yang mengikut bajet korang. Banyak pilihan penerbangan yang disediakan seperi Asirasia, Malaysia Arlines, Firefly, Malindo dan sebagainya mengikut harga terkini dan terendah. Dekat situ korang boleh membuat pilihan yang mana berkenan dihati.
 
2) PRICE ALERT
APLIKASI Traveloka
Lagi satu dengan Traveloka App korang akan dapat notification apabila terdapat penerbangan yang bersesuaian dengan bajet serta tarikh untuk penerbangan korang. Sebelum menempah penerbangan sudah tentu korang akan fokus kepada 'harga terlebih dahulu kan? Jadi dengan Traveloka App korang akan sentiasa dapat 'price alert' untuk memudahkan korang memilih hotel dan penerbangan yang sesuai dengan harga terendah dan mengikut bajet korang.

 
3) SEARCH DAN BANDINGKAN HARGA
Dengan Traveloka App korang juga boleh search dan bandingkan harga yang ditawarkan dengan pilihan penerbangan dan jenis hotel di mana korang boleh uruskan dengan mudah dan cepat. Tidak perlu lagi korang ke travel agency untuk pilihan penerbangan kerana langkah itu semua tersangat lah membazirkan masa. Hello! sekarang zaman teknologi IT jadi gunakan peluang ini untuk memudahkan urusan kita seharian. Ingat tau Masa itu Emas, jadi dah ada yang senang gunakan sahaja step yang senang dengan Traveloka App .
 
4) EXCLUSIVE DEALS DAN PROMOSI
APLIKASI Traveloka
Opssss! lagi satu Traveloka App ada exclusive deals untuk ahli Traveloka App. Nak tahu exclusive deals apa kena lah cuba install dahulu dan rasakan keistimewaan apabila korang install Traveloka App. Selepas itu boleh la kongsikan dengan kawan-kawan dan ajak mereka semua untuk install sekali. Mana tahu korang boleh buat reunion dekat overseas giteww. Eceh!
 
5) TIADA CAS TERSEMBUNYI
Tanpa harga terselindung! percayalah masa korang search tu adalah harga tetap yang ditawarkan tanpa cas tersembunyi. Contoh apps yang lain rasanya belum termasuk TAX bagai kan? tetapi dengan Traveloka App korang kena percaya ianya sangatlah berbaloi kerana harga yang tawarkan terbaik dari ladang gitewww. Opss semalam dah search penerbangan ke Bandung, harga memang murah berbanding ditempat lain. Okay tak dinafikan sekarang rindu sangat sama Bandung sebab sekarang makin banyak tempat menarik di bandung. Sobsss

Traveloka Tempahan Hotel dan Penerbangan Dengan Mudah
KLIK LINK INI UNTUK INSTALL
Apabila dah ada Traveloka App urusan korang pasti makin senang dan cepat. Hari-hari boleh tengok promosi yang ditawarkan di Traveloka. Jadi jangan lupa install terus Traveloka App disini 'http://www.traveloka.com/x/myblogger-app' untuk memudahkankan korang search dan book penerbangan dan hotel dengan cepat dan mudah dengan harga terendah. Mek Cah dah, kini tunggu giliran korang pulak. Yang penting Traveloka App sangat membantu Mek Cah untuk dapatkan hotel dan penerbangan dengan harga terendah.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

J Revolusi Full Movie Download

J Revolusi Full Movie Download | Akhirnya filem J Revolusi dah boleh download dan tonton online tau. Memang dah lama cari filem J Revolusi yang boleh ditonton online memandangkan nak ke pawagam memang dah tak boleh sekarang sebab ada anak kecil. Jadi jawapan sekarang memang tonton filem di rumah sahaja. Terima kasih streamyx yang banyak berjasa, tak perlu pasang astro dah tonton semuanya online sahaja.

Lagi satu kalau ke pawagam sudah tentu ada kos tiket kan? Nak berjimat tonton sahaja J Revolusi Full Movie di rumah sahaja siap ada yang HD lagi tau janji internet dekat rumah korang laju. Alhamdulillah semalam dan tonton J Revolusi dengan baby Alisha memandangkan papa keluar karoake dengan geng office. Yang mana belum tengok wajib tengok tau Mek Cah kasi 5 bintang. Hebat betul lakonan Zul Ariffin dan Izara Aisyah, memang gandingan yang mantap giteww. Kadang tengok cerita ni persis dengan 'Tonton Online Polis Evo (2015) Full Movie' yang banyak selitkan adegan aksi dan lawak tau. Tapi bagi Mek Cah filem Polis Evo lebih lawak dari filem J Revolusi. Opss!
Tonton Online J Revolusi

J Revolusi sebuah filem yang memfokuskan kehidupan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) telah diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Infinitus Productions. Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem J Revolusi ini adalah Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra dan ramai lagi.

J Revolusi Full Movie Download
KLIK GAMBAR UNTUK TONTON ONLINE J REVOLUSI
 
Sinopsis Filem J Revolusi
J Revolusi mengisahkan tentang seorang pengawai Unit Tindakan Khas (UTK) yang bernama Jay Zulkarnain. Pada awalnya pasukan Jay begitu ditakuti penjenayah kerana kepakaran pasukan itu bila berdepan musuh. Namun pelbagai konflik mula tercetus bila adik Jay bernama Dian yang juga merupakan seorang ejen telah ditangkap oleh pengganas misteri. Jay berusaha untuk menyelamatkan adiknya tetapi dia terperangkap dan dituduh pula membunuh rakan setugasnya.

Apakah misi Jay untuk menyelamatkan Dian akan berjaya?

J Revolusi Full Movie Download | Nak tahu kisah selanjutnya wajib tonton J Revolusi Full Movie dekat LINK dibawah tau. Ada dua pilihan sama ada nak tonton online atau nak download J Revolusi terlebih dahulu. Jangan lupa tonton dengan keluarga weekend ni, lagi satu sediakan pop corn lagi best tengok movie kan. Tak gitew?

WATCH ONLINE/TONTON ONLINE
SERVER 1
*CREDIT TO DFM2U

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat Dari ArilGlow

Assalamualaikum Cinta

Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat |Ehem! kalau bab memutihkan semuanya jadi laju kan korang nak tahu lebih-lebih lagi untuk putihkan kulit dan gigi. Kalau nak putihkan kulit korang jangan lupa cuba produk Vitamin C 1000mg Pahang Pharmacy dan ikut tips disediakan disini '5 Cara Memutihkan Kulit Wajah Secara Semulajadi'. Tak kan nak kulit je putih kan? mesti la nak gigi yang putih jugak lebih-lebih lagi tak lama lagi nak raya tentulah korang ingin kelihatan menyerlah di hari Raya kan?

Nah! Mek Cah ada cara terbaik untuk putihkan gigi dengan cepat dan selamat. Jawapannya ialah dengan
ARIL GLOW pen pemutih gigi yang kini mampu menyelesaikan masalah gigi kuning tanpa bajet yang tinggi. Lagi satu dengan beberapa langkah korang dapat gigi idaman untuk korang lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang luar. Yang mana memang selalu sibuk dengan kerja dan pada masa sama mencari cara memutihkan gigi dengan pantas? Jangan lupa guna ARIL GLOW untuk merasai pengalaman menggunakan pemutih gigi moden ini yang memutihkan gigi anda sepantas 2 hari tanpa perlu jumpa doktor gigi !. Alhamdulillah lebih menyakinkan apabila ARIL GLOW sangat selamat digunakan kerana lulus KKM tau!, jadi gunakan tanpa was-was.Senyum cikit! :)

TIADA LAGI KUNING DAN KOTORAN PADA GIGI !!

Mesti ramai ingin tahu kesan gigi putih akan kekal atau tidak? 
Kesan tidak akan kekal selagi penjagaan gigi tidak diutamakan. Gigi secara semulajadi akan kotor dan kuning dari masa ke masa. Ia bergantung pada makanan/minuman harian kita. Elakkan minuman soda, wine, rokok dan makanan berwarna yang menyebabkan gigi kuning. Ia bukanlah cat kekal untuk menampal kuning pada gigi anda.

Cara Memutihkan Gigi Dengan Cepat Dari ArilGlow
Siapa yang boleh guna pemutih gigi Arilglow
⦁    Umur 12 tahun ke atas
⦁    Mereka yang mempunyai masalah gigi kuning
⦁    Lelaki dan wanita
⦁    Ibu menyusu
⦁    Mereka yang memakai braces
⦁    Wanita mengandung tidak di galakkan

Cara penggunaan?
  1. Elakkan guna mouthwash sebelum rawatan. Sapu tisu pada gigi sehingga keluar apa sahaja yang melekat pada permukaan gigi (gigi dalam keadaan kering). Ambil pen dan pusingkan mengikut jam sehingga keluar gel.
  2. Apabila gel keluar, senyum nampak gigi dan sapu pada bahagian atas gigi diikuti bahagian bawah. Pastikan rata sahaja. Jangan letak tebal-tebal. Nipis pun dah mencukupi. Elakkan terkena gusi. Jangan telan dengan sengaja. Biarkan selama 30 minit. Lagi lama lagi bagus.
  3. Kemudian tutup mulut dan kumur dan bilas dengan air paip. Selepas itu, guna berus gigi serta ubat gigi dan gosok sehingga keluar lebihan gel yang masih melekat pada gigi (seperti rutin harian menggosok gigi). Ini bertujuan untuk lindungi daripada iritasi. Kumur dan bilas semula dengan air paip.
  4. Basuh berus gigi sehingga terkeluar lebihan gel yang melekat. Dah siap ! Gunakan 2 kali sehari. Pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur. Hanya untuk 12 tahun ke atas sahaja dan tidak digalakkan untuk digunakan bagi wanita mengandung dan masih menyusukan anak.
  5. Pakai secara konsisten untuk kesan yang terbaik. Simpan di tempat yang gelap dan sejuk. Elakkan terkena matahari dan simpan pada suhu tinggi. Boleh letak di dalam peti ais, tapi jangan letak dalam "freezer".

pen pemutih gigi
Apakah itu sensitiviti gigi?
Walaupun bukan kebiasaan, sesetengah individu mungkin mengalami gigi sensitif. Ia adalah sementara sahaja dan akan hilang selepas rawatan dihentikan. Ia disebabkan oleh gel yang membuatkan struktur gigi kekurangan air untuk tembus dan bersihkan kotoran gigi. 

Gel ini terkandung glycerin dimana ia menyerap air daripada gigi, sekaligus menganggu keadaan isotonik dan menyebabkan gigi sensitif. Dalam erti kata lain, gigi dehidrasi semasa proses pemutihan, yang menyebabkan sensitiviti. 

Air liur biasanya akan menghidrat gigi apabila selesai proses pemutihan dan tiada lagi rasa sensitif pada gigi. Jika anda mengalami sensitiviti, kami mengalakkan anda menggunakan ubat gigi sensodyne.


pen pemutih gigi 4
 
Korang kena yakin penggunaan Ari Glow ini tidak berbahaya kepada gigi korang. Nak tahu kenapa? 
 
Tiada bukti yang mengatakan enamel gigi berbahaya daripada penggunan pemutih gigi apabila rawatan dilakukan. Ia tidak akan menyebabkan gigi menjadi nipis dan menukar permukaan gigi. Andai sekiranya anda gunakan sehari 2 kali untuk 10 tahun.

Ia berupaya untuk bawak kesan yang negatif, dan saya pasti itu bukan niat anda. Anda perlu berasa selesa menggunakan produk ini sehingga anda mencapai keputusan yang anda inginkan tanpa ragu-ragu.

Tetapi awas, korang mesti elakkan beberapa perkara selepas membuat rawatan (24-48 jam). Perlu diingatkan selepas rawatan pemutihan, liang-liang enamel akan terbuka dan ini menjadikan lebih mudah terdedah kepada apa-apa kotoran. Apabila liang tutup, dimana biasanya terjadi 24-48 jam selepas prosedur, anda boleh sambung semula seperti biasa.

⦁ Gigi palsu?
- Ia hanya berkesan kepada gigi semulajadi sahaja.
 
⦁ Minuman yang bersih:
- Air putih
- Air suling
- Susu
 
⦁ Makanan yang perlu dielakkan:
- Lemon, Jus oren, Apa sahaja jus buahan
- Teh dan kopi
- Cola-cola dan minuman bergas
- Minuman tenaga

⦁ Makanan yang perlu dielakkan:
- Karot dan buah oren dan sayuran
- Brokoli, bayan dan sayuran hijau
- Coklat
- Roti putih
- Tomato dan sos merah

TESTIMONI PEN PEMUTIH GIGI ARILGLOW
testimoni pen pemutih gigi

Nasihat tambahan untuk dapatkan gigi putih selepas menggunakan ARIL GLOW :

⦁ Elakkan air panas atau sejuk. Ia tidak bagus selepas rawatan disebabkan boleh mengubah suhu pada gigi anda. Perubahan suhu menyebabkan gigi mengembang dan mengecut, membolehkan kotoran menembusi gigi anda. Kurangkan kopi dan teh atau cuba minum menggunakan straw untuk mengurangkan jumlah air yang terkena gigi anda.
⦁ Elakkan makanan dan minuman yang bersifat asid. Ia membuka liang enamel gigi membenarkan kotoran menembusi gigi dengan mudah. Gunakan straw untuk kurangkan bahan ini terkena gigi anda.
⦁ Kurangkan merokok. Ia disebabkan nikotin pada puntung rokok menyebabkan gigi kuning. JIka anda tidak berhenti, sekurangnya cuba had dan kurangkan.
⦁ Guna gincu "smudge proof". Untuk pastikan lipstik daripada terkena pada gigi disebabkan lisptik biasa boleh sebabkan kotoran pada gigi.

ARIL GLOW PEN PEMUTIH GIGI
 
Alhamdulillah, Mek Cah pun dah cuba, memang bagus dapat mengembalikan keyakinan diri untuk lebih senyum nampak gigi. Siapa yang perasan Mek Cah memang kurang berkeyakinan untuk senyum dihadapan kamera sebab faktor gigi yang tak berapa cantik. Opsss! dengan ARIL GLOW pen pemutih gigi Mek Cah dah kembali yakin tau. Mihmih jangan lupa dapatkan Pen pemutih gigi dari Aril Glow dengan harga yang mampu milik. Insyaallah.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...