8 Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena | Tahniah kami ucapkan kepada pelakon kacak Saharul Ridzwan dan juga isteri, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir kerana telah selamat diijabkabulkan pada 16 September 2016 dengan sekali lafaz. Mek Cah minat giler dengan lakonan Saharul Ridzwan dalam drama Kau Aku Kita bergandingan dengan Janna Nick. Saharul Ridzwan berasal dari Kelantan, jadi haruslah sentiasa mengikuti perkembangan beliau. Mihmih Sebelum ni Mek Cah dah tahu hubungan Saharul Ridzwan dengan gadis cantik ini tapi tahap serius tu masih belum boleh agak. Apa pun tahniah diucapkan kepada pasangan ini, sama cantik, sama padan bagai pinang dibelah dua. 

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena1

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan

Dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya itu, pihak pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300. Semoga pernikahan Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena mendapat keberkatan darinya dan semoga berbahagia hingga hujung nyawa. 

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena3

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan1

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan 2

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena2

"There is nothing like marriage, for two who love each other" Prophet Muhammad (PBUH)

PERNIKAHAN SAHARUL RIDZWAN & DEENA EMIR
__________
๐Ÿ‘š๐Ÿ‘• @wrap.boutique.house
๐ŸŽฅ @weddingstructure
๐Ÿ’ @weddingsbyemma
๐Ÿ‘ž @christyngshoes

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Grand Opening Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

Assalamualaikum Cinta.

Grand Opening Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan | Amacam Raya Aidiladha korang? Mesti banyak makan daging lembu kan? Bersyukurlah kita semua masih diberikan kesempatan untuk menyambut hari raya bersama orang yang tersayang. Al-kisah cuti raya Aidiladha selama seminggu, kebetulan masa balik kampung cuti raya ada Grand Opening Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan. Memang excited giler kebetulan Mek Cah belum lagi shopping raya. Dapat shawl ataupun jubah pun jadi la ka memandangkan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan membuat SALES besar-besaran, harga memang sangat berpatutan sesuai dengan Grand Opening Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh khas buat orang Kelantan.

Pembukaan cawangan baru Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh
Jangan terkejut Mek Cah paling tutttt sekali. Mihmih
Grand Opening Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh

tudung benang hijau
SHAWL yang berjaya bertakhta di HATI. 
Yeayyyy dalam banyak-banyak shawl yang Mek Cah cuba, inilah shawl yang berjaya bertakhta dihati ini. Nasib baik tutorial 'Fesyen Cara Pemakaian Selendang 2016' banyak membantu pakai shawl ni. Chewah!, memang terlebih excited apabila berjaya berjumpa blogger Muja dan Putery, memang hantu selfie kami semua. Jam 10 pagi memang kami dah terpacak di depan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan, memandangkan masa tu Grand Opening jadi ada makan-makan sikit, memang rezeki kami datang pada masa tu. 

butik benang hijau
2 BINI ORANG, 1 BELUM BERPUNYA. :P
Pembukaan cawangan baru Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan memang sangat strategik kerana bandar Wakaf Che Yeh semakin maju dan menjadi tumpuan untuk pembeli shopping. Kalau dah harganya berpatutan sudah tentu Butik Benang Hijau sentiasa dihati peminat shawl dan jubah terkini. 
BENANG Hijau, jenama anggun yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Mempunyai kelompok pengikutnya tersendiri, jenama hijab dan pakaian wanita eksklusif ini sentiasa mengeluarkan produk baharu yang berlainan di pasaran dengan kualiti dan aspirasi tersendiri. 
Inspirasi Wanita Anggun, tagline indah seindah produk keluarannya. Itulah tagline yang diilhamkan pengasas serta pemilik empayar Benang Hijau, Fadzillah Mamat @ Muhammad. Bermula sekadar penjual di sebuah kios kecil, Benang Hijau kini mempunyai 16 cawangan kesemuanya. Meski pun menawarkan harga yang murah, namun jahitannya, kemasan jahitan tepi produknya, serta keselesaan fabrik keluarannya memang tak perlu dipertikaikan lagi.
Pembukaan cawangan baru Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh2


SEPTEMBER SPECIAL PROMO ! Jangan lepaskan peluang untuk korang dapatkan harga jubah terkini dengan harga murah, malah design tudung terkini pun korang boleh dapat dengan harga murah. Rugi kalau korang tak serbu Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan sekarang. Ajak la adik, abang, kakak, mak dan ayah korang ke sana. Mek Cah dah shopping kini giliran korang pula! . Mihmih


butik benang hijau2

Grand Opening Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

Lokasi : 
Butik Benang Hijau sederet Old Town White Coffee dan butik Ariani.  

Untuk membeli secara online korang boleh dapatkan di :


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Pengalaman Bersalin Anak Pertama di KBMC

Pengalaman Bersalin Anak Pertama | Syukur alhamdulillah pada tarikh 14 Mei 2016 Mek Cah selamat melahirkan puteri sulung Alisha Safiya dengan bersalin secara normal di Kota Bharu Medical Centre (KBMC). Memang dah lama menyimpan hasrat untuk berkongsi pengalaman bersalin anak pertama dengan rakan blogger tetapi disebabkan kesibukan menjaga Alisha jadi hasrat tersebut terpaksa disimpan dan akan dikongsi bila betul-betul ada masa terluang. Maklumlah saat nak update blog, masa tu juga lah Alisha bangun tidur dan meragam. Hummm biasa lah dah ada anak kecil aktiviti menulis blog pun dah tak selaju dahulu. Tetapi disebabkan pengalaman melahirkan Alisha masih segar dalam ingatan jadi pengalaman melahirkan  anak pertama dikongsi bersama, mungkin ramai ibu yang akan bersalin nanti akan tercari-cari ilmu melahirkan anak pertama dan pengalaman bersalin di KBMC. Macam Mek Cah dulu banyak google dihospital mana yang terbaik dan tips yang perlu diikuti ketika hendak bersalin. Nasib baik tips ni sangat membantu 'Cara meneran dengan betul ketika bersalin'. 

Banyak yang Mek Cah dengar bersalin ni memang sakit, antara hidup dengan mati. Masa tu buat relax je memandangkan tak nak fikir negatif sangat takut nanti menjejaskan bayi dalam kandungan. Sakit ke tidak Mek cah harus hadapi!!

Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Alisha Safiya umur 1 hari. 
07 MEI 2106
Due date Mek Cah sepatutnya 07 Mei 2016 tetapi Alisha tak nak keluar lagi, mungkin terlalu seronok duk dalam perut umi. Opsss umi bagi makan sedap-sedap, sebab tu berat umi dah terlampauuu masa mengandungkan Alisha!. Semua saudara mara dah tanya khabar tak beranak lagi ke. Malah masih sempat Mek Cah keluar shopping barang dapur dengan mak sebelum tarikh serah diri di KBMC 14 Mei 2016. 

13 MEI 2106
Syukur, percaturan Allah sangat terbaik. Belum sempat Mek Cah kena admit di KBMC, subuh jumaat 13 Mei 16 Mek Cah dah mula rasa sakit macam gastrik. Yeayy tak perlu kena induce!. Jadi, husband pun terus call emak saudaranya Cik G yang kerja sebagai doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Terus kami kesana dalam jam 11 pagi untuk check bukaan jalan. Masa tu baru 3 CM, tetapi Cik G cakap kena bersiap sedia takut malam atau esok pagi beranak. Fuh masa tu memang Mek Cah dah siap sedia walau apa pun terjadi. 

Selepas check bukaan jalan Mek Cah dan suami ke rumah mertua, masa tu memang dah rasa sakit setiap 10-15 minit. Memang duk tahan sakit macam period gituh. Sepanjang hari Mek Cah bertahan sakit contruction, jadi malamnya terus ke KBMC walaupun sepatutnya 14 Mei 2106 jam 9 pagi serah diri di sana. Haaaa yang ni pergi awal sebab memang dah tertahan. Sobsssss

Alhamdulillah, pukul 11 malam lebih Mek Cah terpaksa admit di KBMC. Disebabkan tak tahan sakit, nurse cucuk ubat tahan sakit. Tapiiiiiiii, tak jugak hilang rasa sakit dan memang tak boleh tidur menahan sakit. 


14 MEI 2106
Alhamdulillah, dalam pukul 3.45 pagi pecah air ketuban, masa tu duk atas katil pun rasa tak selesa. Kejap ke tandas kejap mengiring ke kiri, kejap mengiring ke kanan. Sampaikan Mek Cah terpaksa duduk di kerusi tetamu dan husband pulak tidur atas katil. Tak pelah janji Mek Cah selesa dan rasa sakit berkurang. Lepas tu husband panggil nurse dalam 4 pagi lebih dan cepat-cepat ke labour room. Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu rasa sakit tu macam mana. Allah, Allah, Allah, memang tak tertahan. Nurse check bukaan jalan baru 7 CM, disebabkan doktor tak de lagi nurse suruh bertahan dan masa tu tunggu doktor je datang. 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Alhamdulillah, first raya bersama Alisha Safiya dah bergelar umi pun. :D
Sepanjang di labour room doa (LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN) sentiasa di mulut. Semoga Allah kurangkan rasa sakit dan permudahkan semuanya. Disebabkan pukul 5.30 pagi Mek Cah dah tak dapat menahan sakit Mek Cah cakap saya rasa nak push dah, tak tertahan. Masa tu nurse baru kalut sediakan peralatan bersalin, check bukaan jalan dan 10 CM. Syukur juga doktor sampai pada saat yang tepat. Pukul 6 pagi doktor sampai, masa tu terus doktor ajar cara push yang betul. Dah rasa sakit, Mek Cah redha je apa yang bakal berlaku. Tiba-tiba rasa benda panas keluar dari tutt Mek Cah. Allahuakbar, Mek Cah dah selamat bersalin selepas subuh 6.20 pagi. Masa tu suami yang banyak memberi kata semangat sampai menitis airmata melihat saat Mek Cah melahirkan zuriatnya. Tapiiii, Mek Cah langsung tak menangis. Mungkin terkejut melihat si kecil dalam pangkuan Mek Cah masa tu. Alhamdulillah Mek cah selamat bergelar umi. Memang impian nak baby girl, alhamdulillah entri 'Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan' banyak membantu. ;)

Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Mama tok excited dapat cucu sulung. Senyum sampai ke telinga. :P
Selepas selamat semuanya, tak sangka pula pagi-pagi lagi keluarga mertua sampai nak melihat baby Alisha. Memang nampak wajah kegembiraan mereka. Abah dan mak Mek Cah lak sampai selepas tu. Semua dah tak sabar nak tengok baby. Alisha, jadi budak baik yer, umi sayang Alisha. Pagi isnin kalau tak silap Mek Cah dah boleh discharge, jadi bermula lah episod berpantang. Dalam wad pun dah mula berpantang, menu yang pihak KBMC sediakan pun memang khas untuk ibu berpantang. Memang masa ni masih tak lalu makan, masih trauma dengan pengalaman melahirkan Alisha.

Bagi pendapat Mek Cah perkhidmatan KBMC okay, parking pun okay. Senang saudara nak datang melawat. Duk dalam bilik macam hotel gituh, senang la saudara nak melawat dan lepak lama-lama dalam tu. Kalau tak silap kalau di HRPZ II ada waktu melawat bukan senang-senang nak melawat saudara yang dah bersalin. Menu makan pun sedap, setiap masa nurse datang bagi makanan dan ubat. Pengurusan anak pun okay, nurse yang akan mandikan. Jadi tak de la Mek Cah kalut masa tu sebab masih sakit dengan kesan jahitan di tuttt. 

A photo posted by ๐ŸŒทHazanis Blogspot๐ŸŒท (@hazanisblogspot) on
HAZANIS
Dulu selalu selfie sorang-sorang sekarang kalau selfie wajib berdua dengan LICHA. 
Apa pun pengalaman melahirkan Alisha tidak akan pernah Mek Cah lupakan. Oh ya, setiap orang pengalaman berbeza, ada yang tak rasa sakit pun ketika bersalin. Ada jugak yang menahan sakit 24 jam, apa pun hargailah memori terindah saat melahirkan zuriat kita. Kini Alisha dah besar , 14 September 2016 ni genap Alisha 4 bulan. Semoga membesar dengan sihat yer sayang! 


Doa di Dalam Alquran untuk Meminta Anak Soleh dan Solehah
Ya Rabbku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh,” (Q.S. Ash-Shaffaat: 100).

“Ya Rabbku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa,” (Q.S. Ali Imron: 38).

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...