10 Gambar Menarik Majlis Pernikahan Yatt Hamzah dan Mohd Zulfadhli

Gambar Menarik Majlis Pernikahan Yatt Hamzah dan Mohd Zulfadhli | Hari ini 27 Februari 2016 telah berlangsungnya majlis perkahwinan kedua bagi pelakon terkenal iaitu Yatt Hamzah dengan pilihan hatinya seorang juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin berusia 26 tahun. Tahun 2016 merupakan tahun selebriti popular kahwin antaranya '10 Gambar Menarik Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin', Akim dan Stacy , Anzalna Nasir dan Hanif Zaki serta ramai lagi. Meriah dunia hiburan dengan koleksi gambar menarik majlis pernikahan mereka. Yang paling penting dah berkenan dengan pelamin dan busana pengantin yang digayakan oleh Yatt Hamzah yang cukup cantik tetapi simple menutup aurat.

Gambar Pernikahan Yatt Hamzah

Gambar Pernikahan Yatt Hamzah

Yatt Hamzah yang sebelum ini pernah berkahwin dengan se orang ustaz, namun perkahwinan mereka terhenti setakat itu sahaja. Disebabkan itu juga, keretakan rumahtangga antara Yatt Hamzah dan bekas suaminya menjadi bualan hangat di media sosial sehingga ramai yang menuding jari kepada Zulfadhli yang menjadi punca perpisahannya dengan bekas suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor. Namun tuduhan netizen Mohd Zulfadhli sebagai punca keretakan rumahtangga antara Yatt Hamzah dan bekas suaminya ditepis oleh Yatt Hamzah sendiri dan berharap peminat mendoakan kebahagiaan mereka. Menurut Yatt Hamzah, dia dan bakal suaminya itu sudah lama saling mengenali tetapi selama ini mereka sebagai sahabat dan rakan sekerja. 
Gambar Pernikahan Yatt Hamzah dan Mohd Zulfadhli

Hubungannya dengan jejaka itu semakin rapat selepas dia berpisah dengan bekas suami, serta pemergian bapanya pada 15 November lalu. Bila bercerita tentang Yatt Hamzah teringat kisahnya yang mula-mula berhijab dulu 'Ya ALLAH cantiknya bila Yatt Hamzah bertudung'.

Apa yang perlu kita percaya ialah jodoh adalah ketentuan dari Allah. Semoga perkahwinan baru ini dengan Mohd Zulfadhli di harap dapat mengembalikan semula semangat Yatt Hamzah yang sebelum ini cukup kecewa dengan perceraian dengan bekas suaminya sebelum ini. Insyaallah.

Gambar Pernikahan Yatt Hamzah dan Mohd Zulfadhli


“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib 

Credit foto instagram Yatt Hamzah dan photographer @712video

foto Pernikahan Yatt Hamzah dan Mohd Zulfadhli

Gambar Pernikahan Yatt Hamzah

Gambar Pernikahan Yatt Hamzah dan Mohd Zulfadhli

gambar yatt hamzah kahwin


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Video Meletop Iklan Gorgeous & Precious Perfume By Rozita Che Wan!

Video Iklan Gorgeous & Precious Perfume By Rozita Che Wan | Dalam dunia hiburan kini nama Rozita Che Wan sering menjadi tumpuan di media massa mahupun di laman sosial gara-gara cara hidupnya yang sentiasa mewah dan dirinya yang sentiasa cantik walaupun semakin berusia. Malah ditambah pula dengan kehadiran Aaisyah Dhia Rana yang mewarisi kecantikan dari Rozita Che Wan sendiri turut menjadi selebriti walaupun masih diusia kecil. Buktinya menerusi artikel '9 Foto Aaisyah Dhia Rana Terlajak Comel di Majlis Resepsi Ruzaini dan Isteri Bertemakan 'Malam Bollywood', ramai yang telah tertarik dengan budak comel ini termasuk lah Mek Cah sekali. Rozita Che Wan kini semakin aktif didalam dunia perniagaan selain aktif dalam bidang lakonan dan modelling. Terkini Rozita Che Wan telah mengeluarkan produk wangian Gorgeous & Precious Perfume By RCW selain turut mengeluarkan produk kecantikan iaitu pemutih ajaib by Rozita Che Wan. Ni yang terasa nak cuba nih! 

putih ajaib by che ta

Kebanyakan testimoni yang Mek Cah jumpa ramai yang berpuashati dengan produk keluaran Rozita Che Wan dan kebanyakan stokis produk tersebut bersyukur dengan menjadi agen dan stokis selebriti ini pendapatan mereka semakin bertambah. Macam biasa la kan, kalau artis popular berniaga pasti mendapat sambutan lebih-lebih lagi kalau selebriti tu cantik jelita dan mempunyai pengikut yang ramai. 

testimoni  Gorgeous & Precious Perfume By Rozita Che Wan


Melihat video terbaru iklan Gorgeous & Precious Perfume By Rozita Che Wan pasti membuatkan korang kagum dengan jalan cerita iklan tersebut lebih-lebih lagi diselitkan dengan lagu popular dalam filem Dilwale yang menjadi kegemaran Mek Cah. Opsss! . Jom layankan sahaja video yang berdurasi 53 saat ini. 

Adv: Gorgeous & Precious Perfume by RCW
Biar betul? 300,000 botol dah terjual dalam masa sebulan?! Yep. Bukan gimik. Beberapa kali saya jumpa sendiri dengan Che Ta dan sembang-sembang tentang perfume Gorgeous & Precious beliau. Nak cungkil-cungkil la tips-tips berniaga ke macamana ke kan. Kata-kata Che Ta ni buat saya kagum dengan beliau. "Bila perniagaan kita berjaya, orang akan nampak kita senang sedangkan berjuta halangan nak kena tempuhi.""Kita tak boleh nak halang apa yang orang kata kepada kita. Tapi cara yang terbaik ialah teruskan ke hadapan dan ambil kata-kata yang baik, pertimbangkan kritikan, dan maafkan orang yang membenci dan mencaci kita".Gorgeous & Precious Perfume By RCW. Exclusive by Rozita Che Wan.
Posted by Hafiz Hamidun on Wednesday, 3 February 2016
Perfume  che ta

Kata-kata Rozita Che Wan yang membuatkan kita semua kagum dengan beliau ialah:
"Bila perniagaan kita berjaya, orang akan nampak kita senang sedangkan berjuta halangan nak kena tempuhi."
 "Kita tak boleh nak halang apa yang orang kata kepada kita. Tapi cara yang terbaik ialah teruskan ke hadapan dan ambil kata-kata yang baik, pertimbangkan kritikan, dan maafkan orang yang membenci dan mencaci kita".
Semoga perniagaan Rozita Che Wan sentiasa bertambah maju dan perniagaan yang dijalankan dapat membantu peminatnya menambahkan sumber pendapatan. Rozita Che Wan mempunyai nama yang cukup besar dalam dunia hiburan sudah pasti dapat menarik ramai pelanggan untuk membeli produknya. Haisshh kalau lah macam ni perlu jadikan Rozita Che Wan sebagai idola dalam perniagaan Mek Cah ni. Chaiyoook!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tempat Makan Sedap di Kuantan - Aniq Steamboat

Tempat Makan Sedap di Kuantan - Aniq Steamboat | Alhamdulillah akhirnya berpeluang juga untuk merasa makan steamboat di Aniq Steamboat Kuantan sebelum berpantang bulan 5 nanti. Bukan hanya sedap tetapi harga yang dikenakan sangat berpatutan dengan hanya RM19 untuk seorang. Kira berbaloi dari harga Seoul Garden yang mencecah 2x ganda dari harga Aniq Steamboat Kuantan kerana menu disini lebih kurang sama sahaja. Memandangkan Aniq Steamboat Kuantan telah viral di media sosial jadi selepas maghrib atau isyak pasti lebih ramai berkunjung kesini. Memang sesuai sangat untuk keluarga dinner disini kerana bukan hanya menyediakan steamboat tetapi menu bernasi pun ada contohnya nasi goreng kampung, bihun goreng, nasi ayam dan banyak lagi. Memang murah giler!, Mek Cah dan suami sanggup travel dari Terengganu ke Kuantan demi menternak lemak.

Tempat Makan Sedap di Kuantan

harga makan di aniq steamboat kuantan

Steamboat yang berkonsepkan buffet dengan tema MAKAN SAMPAI KENYANG telah menjadi pilihan ramai pengunjung. Memang berbaloi dengan harga yang dikenakan macam-macam kita boleh makan, sampaikan ABC pun ada tau. Tetapi korang perlu layan diri. Malah yang lebih beruntung kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh makan secara percuma. Pesanan Mek Cah makan-makan jugak tetapi jangan sampai membazir, ambil makanan berpada-pada tau.

Tempat Makan steamboat di Kuantan

aniq steamboat kuantan
 
Pelbagai pilihan sos untuk dicuba, tetapi pandai-pandai lah yer memilih sos yang tersedap. Yang penting jangan membazir, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Dah rasa okay boleh la tambah lagi. Sambila korang makan-makan tu boleh berhenti sekejap untuk bergambar, Aniq Steamboat Kuantan turut menyediakan photobooth yang comel untuk senang korang selfie dan bergambar bersama keluarga. Memang betul betul unik!

Tempat Makan Sedap di Kuantan

Tempat Makan murah di Kuantan

tempat makan steamboat di kuantan

Mek Cah ke sana hanya dengan menggunakan bantuan waze, korang search je Aniq Steamboat secara automatik aplikasi tersebut membantu korang untuk sampai kesana. Untuk maklumat, Aniq Steamboat berhadapan dengan Giant Kuantan di Medan Selera Warisan. Jika dari bandar Kuantan tu terus menuju ke Giant. Bila sampai di trafik light hadapan Giant buat U-Turn dan belok kiri di simpang pertama yang korang jumpa.

Tempat Makan Sedap di Kuantan
Abaikan  muka mak buyung yang pakai tudung tak berapa betul, kalut nak makan sampai tak dangg nak betulkan tudung. Sobbb T.T
Tempat Makan Sedap di Kuantan
 
Jadi sebelum korang menternak disini pastikan perut korang kosong dari pagi sampai petang. Boleh la sumbat banyak-banyak makanan nanti pada malamnya. Macam Mek Cah hanya sarapan pagi dengan biskut selepas tu bertahan sampai petang demi nak menternak lemak pada malam tu. Alhamdulillah, memang makan sampai betul-betul kenyang 2 jam bertapa di Aniq Steamboat Kuantan. So komen Mek Cah, harga terlajak berbaloi, service diorang pun okay, banyak pilihan makanan, toilet bersih dan makan dulu baru bayar. Mihmih Selamat menternak lemak!

Aniq Steamboat, Jalan Seri Teruntum 1, Kampung Damak, 25100 Kuantan, Pahang, Malaysia
Contact no : 019-920 3300
Facebook :  Aniq Steamboat

aniq steamboat

Suasana pada waktu malam memang pergh! penuh orang tau tetapi jangan risau masih dalam keadaan harmoni semua duk pakat layan steamboat tak der nya perlu bersesak-sesak untuk mengambil makanan.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung

Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung | Akhirnya setelah kali ke-2 Mek Cah bercuti di Bandung tercapai juga hasrat untuk berkunjung ke Trans Studio Bandung yang merupakan salah satu tempat menarik di Bandung selain 'Tangkuban Parahu' , Strawberry land, Floating Market, De' Ranch dan banyak lagi. Mek Cah memilih V Hotel & Residence yang merupakan penginapan selesa, murah dan mewah dengan sarapan pagi. Semua tempat menarik tersebut Mek Cah berkunjung pada November 2013. Fuh! memang betul menjadi kenangan kerana hanya travel bersama adik kesayangan sahaja, berkenaan tips ke bandung korang boleh baca artikel 'Tips bercuti ke Bandung' yang mungkin dapat membantu korang membuat persediaan sebelum bercuti di Bandung.  

percutian di bandung

Buat kali ke-2 ke sana pada 27 Ogos 2015 merupakan percutian Mek Cah bersama suami selepas kami berkahwin pada 18 Julai 2015. Kiranya percutian di Bandung boleh dikatakan sebagai honeymoon kami. Malah yang paling menggembirakan ketika di Bandung rupanya Mek Cah dah mengandung dalam seminggu lebih cuma Mek Cah je yang tidak tahu. Nasib baik lah kandungan Mek Cah okay je walaupun ketika di sana boleh dikatakan Mek Cah lasak sangat lebih-lebih lagi ketika menaiki
Jelajah (The Adventure). Taubat Mek Cah dah tak nak main permainan ni, hanya Allah je tahu perasaan Mek Cah pada masa tu yang sangat menakutkan.

bayaran masuk ke trans studio bandung

Untuk yuran masuk ke Trans Studio Bandung kami dikenakan tiket berharga IDR 170,000. Kiranya convert dalam duit Malaysia ialah dalam RM50 macam tu. Dengan membayar sejumlah tersebut korang berpeluang menikmati hampir 20 jenis pilihan permainan. Fuh! tapi Mek Cah tak cuba semuanya kerana tak larat, yang sempat Mek Cah berkunjung ialah Science Center, Trans Car Racing , Dunia Anak / Kiddy's Land, Jelajah (The Adventure), Kong Climb, Sky Pirates. 

Inilah senarai game yang korang boleh cuba ketika berada disana :
  •     Trans City Theater
  •     Yamaha Racing Coaster
  •     Giant Swing
  •     Marvel Superheroes The Ride
  •     Vertigo
  •     Trans Car Racing
  •     Si Bolang Adventure
  •     Trans Broadcast Museum
  •     Science Center
  •     Dunia Anak / Kiddy's Land
  •     Jelajah (The Adventure)
  •     Kong Climb
  •     Sky Pirates
  •     Amphitheater
  •     Captain Black Heart Pirate Ship
  •     Negeri Raksasa (Land of the Giant)
  •     Dragon Riders
  •     Pulau Liliput (Liliput Island)
  •     Dunia Lain (the Other World)
  •     Special Effects Action
percutian di bandung

Kononnya kami ingin membawa air mineral sebagai bekal sepanjang di dalam Trans Studio tapi hampeh korang tak boleh bawa langsung air mineral mahupun apa-apa makanan. Kiranya beg korang akan diperiksa terlebih dahulu oleh staff disana bagi memastikan korang tidak membawa benda terlarang di dalam kawasan Trans Studio. Berdekatan Trans Studio Bandung dalam tu ada Trans Studio Mall juga tau. Kami tidak melepaskan peluang untuk shopping makanan untuk dibawa balik ke Malaysia. 

Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung
Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung

Gigih tau masa ni beratur untuk menonton Kebayan Goes To Hollywood. Persembahan hampir 30 minit, apa yang Mek Cah boleh katakan ianya cukup menghiburkan tetapi pemakaian diorang memang ala Hollywood terlajak menyakitkan mata. Apa pun dah alang-alang masuk dalam panggung layankan sajo. Lolz



Masa ni pulak tengah tunggu giliran untuk
Trans Car Racing. Memang ramai orang sampai perlu beratur. Nasib baik juga bawa monopod boleh rakam memori sepanjang di Trans Studio Bandung, maklumlah nak mengada suruh orang kat situ ambilkan gambar kami berdua memang malu sih!


percutian di bandung2




Yang ni pula memang tempat kegemaran suami suka tengok ikan yang pelik-pelik tapi kalau kanak-kanak pun pasti suka berkunjung ke sini iaitu Science Center. Mcam-macam ada pasti anak-anak korang terlompat-lompat girang sebab mama dan daddy dia bawa mereka kesini. Tak salah sekali sekala bawa anak korang bercuti, kalau belum ada anak bawalah parents korang kesini. Pasti meriah gituh!


Pengalaman Di Trans Studio Bandung

Itu sahaja buat kali ini,kalau bawa anak kecil pasti lebih seronok sebab mereka kan sukakan permainan macam ni. Nanti kalau dah merancang ke Bandung jangan lupa singgah di Trans Studio Bandung tau, bagitahu kat supir korang mahu kesana. Lagi satu tips kalau korang booking supir seelokkan gunakan perkhidmatan menghantar dan mengambil anda sahaja. Tidak perlu booking satu hari nanti membazir. Humm pandai-pandai lah korang deal. Papai. 

 INTEGRATED TRANS STUDIO BANDUNG COMPLEX
Jl. Gatot Subroto 289, Bandung 40273
Bandung T +62 22 910 99999, F +62 22 910 99998

Tempat menarik di bandung?


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

9 Foto Aaisyah Dhia Rana Terlajak Comel di Majlis Resepsi Ruzaini dan Isteri Bertemakan 'Malam Bollywood'

Ya Allah, sungguh comel Aaisyah Dhia Rana anak kesayangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Disebabkan itu juga kehadiran Aaisyah Dhia Rana ke majlis resepsi pereka fesyen terkenal Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil (Rizman Ruzaini) dan isteri telah menjadi perhatian ramai. Oh ya, kalau tak silap '10 Gambar Menarik Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin' pun berlangsung pada malam yang sama. Meriah betul majlis mereka!. Majlis bertemakan Bollywood yang berlangsung malam semalam telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Fazura. Malah mereka semua tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan barbie doll tecik ini. Rata-rata selebriti yang bergambar bersama Aaisyah Dhia Rana berkongsi foto mereka bersama anak comel ini di instagram milik mereka dengan menggunakan kapsyen yang mencuit hati. Salah satunya ialah Datuk Siti Nurhaliza yang menggunakan kapsyen :

Foto Comel Aaisyah Dhia Rana
Foto Comel Aaisyah Dhia Rana di Majlis Resepsi Pereka Fesyen, Ruzaini dan Isteri

“Dah lama nak jumpa princess sorang nie..akhirnyaa #aaisyahdhiarana #culiksat #anakpatung @rozitachewan1,”

Eeeeeeee geramnya, gelagat Aaisyah yang comel dengan memakai skirt labuh beserta baju berkilau berwarna hijau sedondon dengan ibunya  menawan hati tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Semoga anak Mek Cah yang bakal lahir nanti mukmuk macam Aaisyah Dhia Rana. Orang mengandung kena tengok lama-lama baby comel agar anak dalam kandungan berkenan dan mana la tahu dapat baby comel macam Aaisyah Dhia Rana. Haishhh mula la ni nak berangan tapi tak salah kan. Opsss! disebabkan terlajak minat dengan budak comel ini Mek Cah telah selitkan gambar Aaisyah Dhia Rana di dalam artikel 'Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan'. Jangan marosss!

Jom layan beberapa foto Aaisyah Dhia Rana yang terlajak comel di Majlis Resepsi Pereka Fesyen, Ruzaini dan Isteri Bertemakan 'Malam Bollywood'. Kecomelan
Aaisyah Dhia Rana tidak boleh dipertikaikan lagi. Siapa setuju? Mihmih

Foto Comel Aaisyah Dhia Rana di Majlis Resepsi Pereka Fesyen
Foto Comel Aaisyah Dhia Rana ala bollywood
Foto Comel Aaisyah Dhia Rana di Majlis Resepsi Pereka Fesyen, Ruzaini dan Isteri Bertemakan 'Malam Bollywood'
Foto Comel Aaisyah Dhia Rana di Majlis Resepsi Pereka Fesyen, Ruzaini dan Isteri Bertemakan 'Malam Bollywood'
gambar Comel Aaisyah Dhia Rana di Majlis Resepsi Ruzaini dan Isteri
gambar Comel Aaisyah Dhia Rana
Foto Comel Aaisyah Dhia Rana

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

10 Gambar Menarik Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin

Gambar Majlis Resepsi Shaheizy Sam & Syatilla Melvin | Tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kerana telah selamat bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan yang diadakan di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang minggu lalu. Fuh! ramai betul selebriti yang kahwin pada tahun ini antaranya '6 Foto Menarik Pernikahan Imam Muda Najdi dan Dr Norazreen'. Syatilla Melvin kelihatan anggun bergaya apabila mengenakan busana pengantin ala princess. Memang terserlah kejelitaannya dan sangat sepadan dengan Inspektor Khai aka Shaheizy Sam yang popular menerusi 'Tonton Online Polis Evo (2015) Full Movie'. Pada mulanya ramai peminat tidak menyangka Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mempunyai jodoh yang kuat maklumlah Shaheizy Sam  pernah dilanda gosip dengan artis popular Nora Danish dan Fazura namun akhirnya Syatilla Melvin juga yang berjaya mencuri hati Shaheizy Sam seterusnya menjadikannya sebagai isteri yang sah. Selepas seminggu berlalu berlangsungnya majlis pernikahan mereka, kini hari ini telah berlangsung majlis resepsi pihak Shaheizy Sam yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental dengan penuh meriah. 

gambar perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai rakan selebriti yang lain. Semoga pasangan ini akan kekal bahagia ke Jannah. Ramai peminat mendoakan semoga pasangan ini berbahagia hingga hujung nyawa. Disini Mek Cah kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis resepsi yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental. Terima kasih kepada instagram @tv9malaysia, @tv3malaysia dan @tontonmy kerana sudi kongsikan gambar Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dengan peminat mereka. 

Gambar  Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Gambar  Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Gambar Menarik Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Gambar Menarik Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Gambar Menarik Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...