Review Vitamin C Injection Untuk Kulit Cerah

Review Vitamin C Injection Untuk Kulit Cerah | Mek Cah perasan ramai sangat sekarang gadis-gadis diluar sana yang mempunyai mempunyai kulit gebu gebas dan bebas dari masalah kulit muka, kadang-kadang cemburu dengan mereka maklumlah kata orang bila kulit muka cantik sempurna secara automatik kita akan berkeyakinan tinggi apabila berhadapan dengan orang ramai. Sebelum ini Mek Cah bergosip dengan adik kesayangan tentang kulit licin dengan vitamin c injection. Humm selalu diorang yang kulit licin ni pakai apa eh boleh dapat kulit licin macam tu. Akhirnya persoalan Mek Cah selama ni terjawab kerana kebanyakan gadis diluar sana mengambil vitamin c injection untuk dapatkan kulit cerah bebas dari sebarang cela. Iskkk bila dengar pasal injection terus rasa meremang bulu roma maklumlah takut ianya berisiko dan kulit badan makin bermasalah. Rupa-rupanya tidak semestinya boleh injection sahaja tau, tetapi vitamin ini boleh dicampur dengan losyen kegemaran korang dan sapu di bahagian kulit badan ataupun korang boleh campur vitamin tersebut dengan krim malam korang. Tetapi mungkin juga yang kulit cantik itu amalkan produk 'Vitamin C 1000mg Pahang Pharma'. Opsss!


Fuh!!! lega tak perlu main cucuk-cucuk bagai maklumlah sekarang Mek Cah pregnant takut effect pada kandungan Mek Cah ni. Jadi untuk cantik dengan langkah yang selamat Mek Cah hanya gunakan pada kulit badan Mek Cah dengan mencampurkan vitamin c tersebut dengan losyen kegemaran, sapu sehingga rata dan bangun pagi keesokannya memang berpuashati dengan kulit badan yang ternyata segar dan semakin cerah. Malah masa Mek Cah masak hari tu terkena percikan minyak di tangan sehingga menyebabkan parut, namun selepas disapukan vitamin c ini ianya hilang. Alhamdulillah, syukur.

Jadi Mek Cah yakin ramai lagi wanita di luar sana sedang mencari vitamin c injection dan mahukan kulit putih berseri, sekaligus mahu sekatakan kulit. Nak dapatkan tona kulit sekata bukan perkara yang mudah, tapi mesti ada jalan penyelesaiannya. V-C Injection  ialah vitamin C tulen untuk injection ataupun boleh juga untuk kegunaan luar. Bagi yang takut nak injek boleh apply kat seluruh kulit wajah macam Mek Cah buat sebelum ini. Tetapi untuk kulit muka Mek Cah masih belum berani tunggu hasil yang memuaskan dahulu untuk bahagian kulit badan. V- C Injection sangat berguna untuk pemutihan kulit dan mencerahkan kulit supaya tona kulit menjadi lebih sekata. 





Kalau korang perasan ramai gadis Thailand mempunyai kulit yang tersangat cantik. Rupanya ramai yang mengambil injection dan amalkan V-C Injection ini.
Vitamin C Injection bertindak sebagai bahan yang boleh mengecutkan jerawat, membersihkan muka dari sisa-sisa kotoran. Wah! patut la kulit mereka cantik.
 
Cara Penggunaan Suntikan Vitamin C
1. Di benarkan SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEMINGGU sahaja.
2. Banyakkan minum air masak sekurangnya 3 liter sehari.
3. Elakkan dari minum minuman berkafein & air kelapa .
4. INGAT ! Ini bukanlah suntikan botox yang akan berkesan dalam masa seharian / sebotol. Suntikan ini mengikut hormon . Habiskan sekotak anda akan nampak perbezaan pada kulit.
5. SABAR & TIDAK OVERDOSE menggunakan suntikan vitamin C .

6. Ikut peraturan. In shaa Allah akan nampak perbezaan selepas penggunaan. 
Untuk kegunaan Injection :
Tidak digalakkan kepada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi, aterosklerosis, penyakit jantung atau apa-apa penyakit kronik dan wanita hamil atau menyusukan anak.


 Manakala cara-cara putihkan seluruh kulit badan dengan Vitamin C tanpa suntikan ialah:
  •     Campurkan V-C injection kedalam lotion
  •     Masker bersama V-C injection
  •     Boleh diadunkan bersama krim muka, pelembab muka dan foundation
Cara Penggunaan untuk luaran :
  • Campurkan kedalam krim muka / losyen / krim pelembab / atau apply terus ke kulit.
  • Jika terus apply ke kulit muka biarkan 20-30 minit, kemudian bilas dengan bersih.
  • Untuk dapatkan kulit yang lebih putih dan mulus sekata, gunakan 2-3 amp sapu rata keatas kulit yang anda nak cerahkan, cth siku, ketiak, lingkaran gelap bawah mata dan banyak lagi.
Vitamin C Injection mengandungi Ascorbic Acid ( Vitamin C ) 500mg setiap ampoule.
Kepada yang berminat boleh dapatkan produk Vitamin C Injection ini dengan 'Adeena White Shope'.

Contact no : +01112971868


Lihat pada kulit tangan tau jangan pada muka. Lolzz
Mek Cah jamin produk ini berkualiti tinggi dan sangat serasi dengan kulit badan Mek Cah setelah menggunakannya. Harga berpatutan dan ianya mampu milik. Kalau masih teragak-agak untuk gunakan sebagai suntikan gunakan sahaja sebagai lotion. Opss! ikut je cara Mek Cah. Okay papai.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Fesyen Cara Pemakaian Selendang 2016

Nampaknya artikel Fesyen cara pemakaian selendang 2015 sebelum ini telah mendapat tempat dihati pembaca. Maklumlah kebanyakan wanita berhijab sekarang suka mengikuti trend semasa lebih-lebih lagi tentang fesyen muslimah. Mek Cah sendiri suka melihat wanita muslimah berfesyen tetapi lebih suka yang menutup aurat. Maksudnya tudung yang menutup dada dan labuh serta pakaian yang dipakai tidak ketat. Walaupun Mek Cah sendiri tidak sempurna sekurangnya kita suka melihat kebaikan dan berusaha kearah kebaikan sama-sama. Insyaallah doakan kita semua terbuka hati untuk mencontohi mereka menutup aurat dengan sempurna. Bila cakap pasal aurat dan fesyen suka dengar kata-katanya menerusi artikel 'Fatin Liyana - minaztv@youtube'. Banyak nasihat berguna yang boleh kita jadikan panduan ketika berfesyen. Alahai Fatin Liyana kenapa la comel sangat, suka dengan penampilannya sekarang '7 Gambar Sekitar Pertunangan Dr Fatin Liyana Asri Dan Dr Anwar Fazal' dan 'Gambar Pernikahan Dr Fatin Liyana Asri Dan Dr Anwar Fazal'.
Fesyen Cara Pemakaian Selendang



Awatt senang jaaaaa diorang pakai shawl ni. Dah la cun!☺️
Posted by Janna Nick on Monday, 21 December 2015
Antara artikel Mek Cah sebelum ini yang boleh dijadikan panduan sebagai Fesyen Cara Pemakaian Selendang 2016 menutup aurat ialah 'Fesyen cara pemakaian selendang', 'Cara Pakai Tudung Bawal Labuh Jadi Selendang' dan 'Cara Pakai Selendang Seperti Irine Nadia Marcello'. Kesemua mereka adalah inspirasi ramai ketika berfesyen. 

Sekarang Mek Cah berkenan sangat dengan tutorial dari EASY PEASY SCARF, manis dan cantik je si model tu. Mek Cah rasa dialah owner dan sendiri jadi model. Semua tutorial Fesyen Cara Pemakaian Selendang sangat simple dan mudah. Kalau tak percaya korang boleh cuba sendiri dan ushar instagram mereka EASY PEASY SCARF. Apa pun Mek Cah masih belum cuba style macam ni maklumlah shawl kebiasaan kena iron dan part iron tudung memang Mek Cah malas sekali sebab tu lebih senang guna shawl cotton macam artikel ini 'Cara Pakai Selendang dari Hazanis'.

Fesyen Cara Pemakaian Selendang 2016


Selamat mencuba TUTORIAL SIMPLE daripada @epscarf #TutorialbyEps
Posted by Janna Nick on Sunday, 20 December 2015
Apa-pun setiap orang mempunyai citarasa masing-masing. Dah menjadi trend sekarang semua suka shawl Kek Nis yang panjang tu lepas tu boleh belit ikut suka hati. Lagi satu sekarang ramai suka dengan 'fesyen tudung gaya Elfira Loy'. Mek Cah pernah cuba pakai shawl ala Elfira Loy tapi tak cukup confident dengan bentuk muka sendiri. Alhamdulillah Mek Cah dah berjaya kongsi 'Cara Pakai Shawl Ala Elfira Loy'. Selamat mencuba tau fesyen selendang yang ini!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tahniah! Akim & The Majistret Juara #AJL30 Menerusi Lagu Potret

#AJL30 atau lebih dikenali sebagai Anugerah Juara Lagu ke 30 telah berlangsung semalam 24 Januari 2016 dengan penuh debaran. Sebenarnya Mek Cah bukan lah peminat tegar Akim & The Majistret namun setiap kali mendengar lagu Mewangi dan Potret terus terasa lain. Meremang bulu roma gituh!. Lol

Mek Cah sempat menyaksikan #AJL30 di Seri Pacific Hotel kebetulan husband ada khusus di sini selama 4 hari, layan dalam bilik sambil layan popcorn. Insyallah nanti Mek Cah akan review hotel ini memandangkan sebelum ini pernah review beberapa hotel sekitar di Kuala Lumpur antaranya 'Review PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur' dan 'Hotel Murah di Kuala Lumpur'.

#AJL30 Akim & The Majistret

#AJL30 Akim & The Majistret

#AJL30 kali ini dari sudut pandangan peribadi ianya rasa kurang gempak dan hambar , bagaimana pula dengan pendapat korang?. Berikut adalah keputusan akhir AJL30. Kemenangan Akim & The Majistret pastinya tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi. Rezeki untuk kahwin dengan Stacy kot. Eh eh!

JUARA: Akim & The Majistret (Potret)
NAIB JUARA: Faizal Tahir (Assalamualaikum)
TEMPAT KETIGA: Caliph Buskers (Hanya Namamu)
VOKAL TERBAIK: Dayang Nurfaizah (Tak Akan Menyerah)
PERSEMBAHAN TERBAIK: Akim & The Majistret (Potret)

Anugerah Juara Lagu ke 30

keputusan akhir AJL30

Tahniah kepada semua pemenang. Rasa bersyukur sangat  Caliph Buskers (Hanya Namamu) berjaya mendapat tempat dihati juri walaupun mendapat tempat ke-3.Maklumlah memang rasa kasihan sangat dengan kumpulan ini yang banyak keistimewaan. Sekurangnya duit yang dimenangi dapat menampung kehidupan mereka semua. Tak gitu?,pasti korang juga ada pendapatnya tentang Anugerah Juara Lagu ke 30 kali ini kan? Cer cite?. Ahakss!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Disebabkan sebelum ini pernah berkongsi 'Resepi Kek Coklat Kukus Sedap' maka hari ini haruslah rajin berkongsi Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese yang pernah dijanjikan sebelum ini. Maklumlah kalau Mek Cah tak terus berkongsi resepi di blog sah-sah nanti Mek Cah akan terus terlupa resepi yang digunakan sebelum ini diambil dari mana. Fuh! resepi ni Mek Cah rembat dari blog Dari Dapur Lisa Hani. Resepi yang dikongsikan membuatkan Mek Cah gembira kerana senang dan sedap. Yang paling penting kek coklat tersebut dikukus bukannya dibakar tau.

Gara-gara lebihan cream cheese sebelum ini Mek Cah saja mencuba Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese Dari Dapur Lisa Hani. Terima kasih kakak kerana sudi berkongsi resepi tersebut, dan lain kali mungkin mek Cah boleh buat lagi untuk sambut hari raya tahun ini. So, Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese dah ada dalam senarai menu untuk hari raya nanti selain 'Resepi Kek Pisang Kukus'. 

Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Bahan-bahan - Kek cheese
  • 250 gm cream cheese - saya guna jenama tatura, satu peket 250 gm
  • 60 gm gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
  • 1 biji telur- saya guna gred B
  • 1sudu besar air
  • 1 sudu tepung gandum

Cara penyediaan:
1. Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Saya guna hand mixer.
2. Masukkan telur diikuti air dan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Biarkan sebentar.

Bahan-bahan - Kek coklat
  • 2 biji telur- gred B
  • 1 cawan gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
  • 1 cawan tepung gandum **
  • 3 sudu besar serbuk koko**
  • 1 sudu kecil baking soda**
  • 1/2 sudu baking powder**

** Diayak terlebih dahulu.

Cara penyediaan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. sau guna hand mixer.
 Setelah kembang, masukkan esen vanilla dan garam.
2. Kemudian, masukkan air panas, susu cair dan minyak masak. Dan, kacau sebentar.
3. Setelah itu, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul sehingga sebati dengan menggunakan sudip kayu sahaja.
4. Kemudian, biarkan sebentar dan bahagikan kepada dua adunan.

Cara mengukus kek:

1. Panaskan kukusan dengan api yang sederhana. Balut penutup kukusan dengan kain yang bersih, untuk mengelakkan air kukusan jatuh kedalam kek.
2. Sapu sedikit mentega disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak/ aluminium foil.
3. Tuang separuh adunan coklat kedalam loyang dan ditutup dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.
4. Selepas 15 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan kek coklat. Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan cream cheese diatasnya dan ratakan. kemudian, tutup balik menggunakan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
5. Setelah 20 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan cheese cake.  Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan kek coklat diatasnya dan ratakan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Setelah kek sejuk, tuang coklat ganache diatasnye. Alhamdullilah siap!

Resepi Kek Coklat Kukus Cheese

Bahan-bahan - Untuk coklat ganache | Mek Cah guna resepi Topping dari Kek Coklat Kukus
  • 150gm coklat masakan - saya guna jenama Nona/Hershey Semi Sweet
  • 1/4 susu cair
  • 1 sudu besar minyak/mentega

Cara penyediaan:
1. Panaskan susu dan coklat masakan (kaedah double-boiler). Jika direct api, coklat boleh hangit.
2. Padamkan api dan kacau sehinga cair.
3. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Ketepikan

Senang bukan? Jangan lupa cuba resepi ni tau. Kek Coklat Kukus Lapis Cheese ni tak boleh makan banyak tau nanti cepat muak, jadi sempat juga lah Mek Cah menjamu BFF dengan kek ini ketika datang rumah hari tu. Bila sebut BFF rindu pulak entri ini 'Anis Dan Azia Sah Menjadi Isteri Dan Bakal Ibu'. Insyaallah Mek Cah pula bakal menyusul. Papai. 

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Resepi Kek Coklat Kukus Sedap

Resepi Kek Coklat Kukus | Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini Mek Cah suka mencuba resepi baru yang dipelajari menerusi Google dan group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Tapi tak semua yang Mek Cah cuba dikongsikan disini kerana selalu lupa nak ambil gambar dan malas untuk update blog. Tetapi disebabkan Resepi Kek Coklat Kukus menjadi kegemaran jadi Mek Cah kongsikan diblog dan mana tahu lain kali boleh buat lagi. Yang penting Mek Cah suka resepi kek versi kukus berbanding yang perlu dibakar. Satu lagi Mek Cah suka guna sukatan cawan kerana ianya lebih mudah dan senang menjadi bagi Mek Cah. Contohnya seperti 'Resepi Kek Pisang Kukus'. Sekarang korang boleh mencuba kedua resepi ini.

Hari ini plan nak buat lagi tetapi nak letakkan cheese ditengah-tengah kek aci tak? Harap-harap menjadi la kan memandangkan cheese dalam peti ais ada lagi separuh lebihan buat kek Cheese leleh hari tu. Mihmih



Credit Resepi Shiela Rusly
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus:

+ Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
+ Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
+ Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur. 
+ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
+ Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
+ Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
+ Kukus kek selama 1 jam.
 
Alhamdulillah, air tangan Mek Cah, cuma silap tak gandakan topping dan tak secantik resepi asal .  :)
Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu mentega
 # Untuk lagi sedap gandakan sukatan tersebut.

+ Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.
+ Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kisah Menyentuh Hati Asal Usul Dato Seri Vida!

Dato Seri Vida merupakan wanita kelahiran Machang, Kelantan jujur mengakui dia lahir dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa. Sebelum ini Mek Cah pernah berkongsi artikel 'Video Rumah Mewah Dato Seri Vida #terlajakputehnampak' yang telah menjadi viral gara-gara kemewahan yang dikecapi sebagai usahawan berjaya seterusnya menjadikan beliau sebagai inspirasi untuk kita semua.

Mek Cah cukup tertarik dengan artikel menerusi MalaysiaGazette berkenaan asal usul Dato Seri Vida dan pahit getir hidupnya sebelum mencapai kejayaan. Semoga kisah yang dikongsikan oleh Dato Seri Vida dapat menjadi inspirasi kepada kita semua untuk turut berjaya sepertinya.

asal usul dato vida 

"Saya dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba. Jadi bermula dari situ, saya mengenal apa itu bisnes. Asal yang boleh dapat wang saku, saya buat.

"Saya pernah jual nasi lemak orang, untung dapat 30 sen. Saya bersyukur sangat duit itu saya lama-lama kumpul dapat beli motosikal.

"Ini kerana saya selalu fikir sampai bila hendak sekolah naik bas ketika di sekolah menengah waktu itu,"
katanya yang bersemangat bercerita tentang kisah zaman persekolahannya.

Jelasnya, lebih menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.

Kata anak tunggal dalam keluarga itu, harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini harga tanah itu melambung kepada RM150,000.

"Tapi baru tahun pertama saya sudah habis RM5,000. Bayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Jadi saya mula berfikir kena cari duit saku.

"Saya mula jual macam-macam kepada pensyarah dan kakitangan universiti. Saya bawa kain telekung, batik dan macam-macam barang lagi dari Kelantan.

"Pernah waktu cuti semester, saya pergi kerja kilang selain kerja sambilan di restoran segera, Kentucky Fried Chicken,"
katanya yang tidak malu untuk mencari duit bagi menampung kos pelajarannya.

Sebagai pemegang Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Hasmiza turut tampil berkongsi pengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.

"Orang cakap kalau jadi cikgu tidak boleh meniaga, saya gelisah waktu itu. Saya memang boleh demam kalau tidak berniaga. Jadi tahun pertama jadi guru, saya sambung buat Sarjana dahulu sebelum meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh,"

Seterusnya, akibat jiwanya memberontak mencuba karier yang lebih mencabar, Hasmiza memilih perniagaan salon sebagai destinasi kerjaya pilihan.

Dari situlah dia mula membuat pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan di salon bagi rawatan wajah.

Apatah lagi, ketika itu kira-kira 15 tahun yang lalu, gelombang produk kecantikan dari luar mendapat permintaan tinggi menyebabkan dia berani menghasilkan produk kecantikan sendiri secara kecilan.

Seterusnya, rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah panjang dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK).

Mendapat wang tertunggak sebanyak RM500,000, dia memberani diri membeli iklan untuk mempromosi produknya itu.

Namun akhirnya akibat salah mengiklan, dia mengalami kerugian besar apabila produk langsung tidak mendapat sambutan.

"Rasanya sudah berjuta saya rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi. Sebab itu bila saya nak taja AJL29 dan Gegar Vaganza, saya sudah tekad, stesen tv kena ikut cara saya.
 
dato vida 

"Saya yang bagi idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya saya berdoa tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Tapi waktu taja AJL29, saya berdoa lebih 50 kali. Saya reda dan tawakal.

"Dan Alhamdulillah, iklan saya menjadi dan jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan melonjak hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota,"
 

Vida Beauty kini memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.

Tujuh tahun lalu, bisnes Hasmiza melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.

Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.

Apabila ditanya hasil di sebalik semua kejayaan itu, wajah wanita yang nampak tegas namun peramah itu tiba-tiba menjadi sangat ceria.

Katanya, dia gembira dan bersyukur kerana dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

"Sebanyak 98 peratus testimoni Pamoga kembali pulih seperti biasa dan yang buat saya gembira, apabila mereka dapat kembali bersolat dengan sempurna dan ada yang tidak perlu dijaga lagi oleh anak-anak setelah sakit sekian lama.

"Selain itu, saya juga mahu kejayaan di dunia dan akhirat. Berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan, itu yang lebih memberi kepuasan,"
katanya yang malu-malu bercerita tentang sekolah pondok miliknya selain kesanggupannya menaja beberapa rumah anak yatim dan sekolah tahfiz.

biodata dato vida 

Emosi sedih Hamza semakin larut apabila diminta berkongsi kenangan pahit sepanjang 15 tahun bergelar usahawan berjaya.

Wanita ini berkata, kehidupannya bagaikan musnah apabila hilang dua anak yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013.

Lebih menyayat hati, dua anaknya Eddie Zuhdi, 11, dan Edrie Zikri, 10, pergi mengadap Ilahi pada 25 Ramadan, lima hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.

Dua lagi anaknya, Edlin Zamilin dan Eric Zaquan yang kini berusia 10 dan lapan tahun menjadi penyeri hidupnya untuk mengusung sisa duka yang belum hilang ke hari ini.

Bercerita mengenai arwah dua puteranya itu, naluri keibuan wanita ini cukup terserlah.

"Dua arwah anak saya itu hendak sangat berjumpa malam lailatulqatur dan selalu doa nak masuk syurga tertinggi. Saya menangis 40 hari dan bertahlil di ruang tempat mereka tidur.

"Namun saya sudah ada isyarat sebelum kejadian itu kerana suka bermurung. Bila saya terima berita, saya cuma terdiam dan reda. Ada orang cakap ini saham untuk saya di akhirat nanti," k
atanya sayu.

Di akhir wawancara ini, nada suara Hasmiza kembali serius apabila dia berkongsi pengalaman bergelar ibu tunggal.

Berkahwin kali ketiga pada Oktober tahun lalu, jelas ada gerimis yang bertandang di wajah wanita ini biarpun bibir sentiasa menguntum senyuman.

Kurang selesa bercerita hal peribadi, barangkali ramai yang tidak tahu Hasmiza bergelar ibu tunggal selama lapan tahun sebelum berkahwin kali kedua Januari tahun lalu.

Derita yang dia tidak tahu kepada siapa boleh diluahkan apabila diceraikan selepas tiga bulan mengecapi alam perkahwinan.

Barangkali air mata wanita ini sudah kering untuk ditangisi. Dia sudah puas menanggung derita sebelum berada di puncak pada hari.
 
gambar dato vida

Justeru, kata nista yang dilempar gara-gara menaja AJL29 langsung tidak meninggalkan kudis buat dirinya.

"Saya cuma berharap dapat memberi sumbangan yang cukup kepada mereka yang kurang bernasib baik.

"Kehilangan dua anak membuatkan saya hendak kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Itulah yang saya perjuangkan hari ini dalam perniagaan,"
luahnya yang melengkapkan pandangan sebagai seorang wanita yang istimewa di mata kita semua.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Video Rumah Mewah Dato Seri Vida #terlajakputehnampak

Video Rumah Mewah Dato Seri Vida #terlajakputehnampak | Dato Seri Vida sangat popular menerusi produk kesihatan Pamoga dan Qu Puteh dan tagline "Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih" yang kini telah menjadi viral menerusi laman sosial. Tidak kurang juga ada yang melontarkan kritikan berhubung tagline tersebut yang dianggap mengada dan gedik. Tetapi tahukah anda tagline dan kelainan yang dibawa dalam memperkenal produknya telah meningkatkan jualan produk tersebut sekaligus menjadikannya salah seorang jutawan wanita yang berjaya di Malaysia. Malah penglibatannya dalam menjadi penaja utama di stesen televisyen lebih memperkenalkan lagi nama produknya diseluruh dunia. Gegar Vaganza telah mendapat tempat dihati penonton malah baru-baru ini Dato Seri Vida turut menjadi penaja utama rancangan realiti Mentor Milenia dan yang terbaru khabarnya Datuk Seri Vida bakal menjadi penaja utama The Red Warrior pasukan bola sepak negeri kelahirannya iaitu Kelantan. Fuh! terlajak kaya gituh lebih-lebih lagi 'Dato Seri Vida Bakal Bina Hotel PQPTRW Bernilai RM280 juta'.

video rumah mewah dato vida

Rumah Mewah Dato Seri Vida

Video Rumah Mewah Dato Seri Vida #terlajakputehnampak | Jadi baru-baru ini Aznil Hj Nawawi selaku pengacara di Astro Ria yang telah menerjah ke rumah Dato Seri Vida dan telah menunjukkan barang peribadi milik Datuk Seri Vida. Rumah mewah Datuk Seri Vida khabarnya bernilai hampir 20 juta dan pengasas produk kecantikan dan kesihatan ini mempunyai sebanyak 17 koleksi rumah di Ipoh, Perak. 

Dato Seri Vida #TerlajakKaya . Semoga dato terus success dan selalu dalam rahmat Allah S.W.T Dato Seri Vida adalah sumber inspirasi buat kita semua . Kipidap #TerlajakPutehNampak
Posted by Janna Nick on Monday, 4 January 2016

Dato Seri Vida

Malah, Dato Seri Vida turut memiliki 20 koleksi kereta termasuk sebuah kereta mewah Lamborghini yang menjadi kegilaan kita semua. Dato Seri Vida merupakan antara usahawan paling popular di Malaysia selain Alif Syukri Terlajak Laris yang turut juga suka memberikan kelainan dalam mempromosikan produk keluaran syarikatnya. 

A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Semoga kita semua dapat menjadikan Dato Seri Vida sebagai inspirasi untuk kita semua berjaya. Bukan senang untuk Datuk Seri Vida mencapai kekayaan sehingga tahap ini. Lihatlah peribadi Dato Seri Vida yang suka bersedekah dan menolong orang lain dalam kesusahan. Yakinlah rezeki kita semua semakin bertambah andai kita suka bersedekah dan tidak berkira dalam segala hal. Setiap orang Allah telah memberikan rezeki berlainan, jadi sentiasalah bersyukur dan jangan pernah merungut. Yang penting sentiasa rajin berusaha barulah dapat membuahkan hasil!. 

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...