Kulit Wajah Bersih Berseri Dengan AQU Skincare!

Assalamualaikum Cinta.

Sebelum ini Mek Cah pernah berkerja sebagai Beauty Advisor di Watsons KBMALL, Kelantan. Oleh itu, selepas sahaja dapat tawaran menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan wajah 100% dari Malaysia iaitu aQu Skincare – It’s Me di Royal Selangor Golf Club, Jalan Tun Razak, KL kerjasama dengan Watsons terus teruja untuk menghadirkan diri. Memang tak menjangka produk ini hanya exclusive di Watsons seluruh Malaysia. Mula-mula ingatkan produk ini dari Korea tetapi terus berbangga ianya 100% keluaran Malaysia. Pi mana-mana jumpa Watsons jadi tidak perlu risau untuk mendapatkan produk penjagaan wajah yang cukup sesuai untuk semua jenis kulit. 

aQu-it's me kini berada di 111 outlet Watsons terpilih di Malaysia dan bahan-bahannya dijamin HALAL oleh pihak JAKIM serta disahkan oleh pihak KKM . Antara bahan eksklusif yang terdapat pada produk ini ialah aloe vera , minyak jojoba , Vitamin E , chamomile dan minyak benih bunga matahari .

 aQu Brand Ambassador Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013 ; Adura Kamarul Zaman, Marketing Director of Fountain of Health Sdn Bhd ; Caryn Loh, General Manager of Trading Watsons Malaysia ; Yang Mulia Tengku Mudzaffar Tengku Zaid, Executive Director of Fountain of Health Sdn Bh

Menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan wajah aQu Skincare – It’s Me baru-baru ini memberikan kesempatan kepada Mek Cah untuk lebih mendekati para blogger yang lain selain mendapatkan rahsia kecantikan Carey Ng, Miss Universe Malaysia selaku duta produk aQu Skincare – It’s Me. 

aQu Brand Ambassador Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013 and Adura Kamarul Zaman, Marketing Director of Fountain of Health Sdn Bhd. 
Semua teruja melihat kecantikan Carey Ng yang hanya menggunakan solekan nipis yang mampu memukau semua yang hadir pada majlis pelancaran tersebut. Kini baru Mek cah sedar, untuk dapatkan solekan yang cantik dan kemas sudah tentu perlu kulit wajah yang bersihat dengan menggunakan aQu Skincare. Bukan hanya wanita sahaja yang layak menggunakan produk ini tetapi para lelaki juga!. Wah! bertuahnya golongan lelaki kerana mampu mendapatkan kulit yang sihat setanding para wanita diluar sana.

Paling gembira apabila pengorbanan ke majlis pelancaran ini ialah kehadiran dihargai apabila mendapat satu set lengkap penjagaan muka aQu Skincare – It’s Me. Okay! mulai hari ini terus jatuh hati dengan produk yang 100% selamat digunakan dan tidak mempunyai kesan sampingan.

Layan video ni untuk korang lebih memahami apa maknanya aQu Skincare – It’s Me. Yang penting sentiasa cool okay!. Hiksss



Antara kelebihan set lengkap produk penjagaan muka aQu Skincare – It’s Me ialah :

FACE WASH  /  PENCUCI WAJAH (RM25.00) - "Pencui muka aQu Skincare terbaik kerna kulit Mek Cah tidak lagi kering bermasalah selain tidak terasa pedih ketika mencuci kulit muka. Selepas mencuci kulit muka semakin lembut! ".

REFRESHING TONER  /  PENYEGAR WAJAH (RM23.00) - "Bila menggunakan penyegar aQu Skincare kulit lebih segar sepanjang hari disamping menghilangkan saki baki kotoran pada muka yang tak tertanggal masa cuci muka"

RADIANT MOSTURISER  /   PELEMBAP (RM35.00) "Dah namanya pelembap muka sudah tentu ianya melembapkan kulit wajah disamping mengelakkan kulit wajah kekeringan"

FACE SCRUB  /  SKRUB WAJAH (RM20.00) - "Scrub berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, meremajakan kulit serta menjadikan kulit wajah sentiasa bersih dan sihat. Apabila kerap menggunakannya, kulit menjadi lebih licin dan cerah, namun mestilah dengan pemakaian yang betul (sekurang-kurangnya 2 kali seminggu). 

CC CREAM SPF35 (RM29.90) "Kulit wajah Mek Cah kini lebih halus disamping mampu bertindak sebagai concealer. Apa yang lebih penting makeup tahan lama!


Sekarang pergi jalan-jalan pasti bawa CC CREAM SPF35 aQu Skincare. Maklumlah disebabkan terlajak berpuashati solekan nampak nipis sahaja dan tidak sarat dengan krim muka. Eceh!

Jadi, Mek Cah cadangkan kepada mereka yang masih lagi tercari-cari produk penjagaan muka yang sesuai eloklah mencuba set lengkap penjagaan wajah dari aQu Skincare – It’s Me ni tau. Confirm korang berpuas hati!. Tak nak membebel panjang silalah terjah Watsons berhampiran anda dan terjah laman web rasmi aQu Skincare bagi mendapatkan detail produk. Nak order online pun boleh tau, sila terjah http://www.aqu.my/ sekarang. Tak perlu bazirkan minyak kereta, tol dan tenaga ke Watsons. Hikssss. Papai!


WEBSITE : www.aqu.my
INSTAGRAM : @aqu.official
FACEBOOK : AQU - Skin Care

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Inspirasi Pelamin Terkini 2015

Bakal pengantin baru pasti tengah pening kepala dalam sesi memilih pelamin terkini untuk hari bahagia korang kan?. Kalau sebelum ini Mek Cah berkesempatan berkongsi artikel 'Pelamin Mini 2014' sebagai inspirasi untuk mereka yang bakal melangsungkan hari bahagia., kali ini perkongsian pelamin 2015 haruslah terlebih moden sikit. Lagi satu 'Pakej fotografi perkahwinan murah part-1' di Kelantan mampu merakam memori terindah dalam hidup korang.

Pelamin Terkini 2015
Pelamin inspirasi 2015 untuk bakal pengantin

Kini giliran Mek Cah pula tengah pening kepala memilih tema untuk majlis perkahwinan nanti. Bagi citarasa Mek Cah sendiri sukakan warna putih dan simple, tidak perlu sarat dengan pelbagai warna. Insyaallah bridal yang Mek Cah ambil ni mudoh kiro, seney baso asalkan bagi je contoh pelamin yang kita idamkan selepas itu dia boleh design seperti contoh yang kita bagi. Entah la, hasilnya tak tahu lagi macam mana, tunggu dan lihat sahaja majlis perkahwinan Mek Cah nanti. Berdebar tau!


pelamin vintage

Pelamin kali ini memang cantik dan pelamin terkini gituh, sesuai dengan zaman kita yang boleh dikatakan agak moden. Tetapi tema vintage garden telah menjadi pilihan bakal pengantin. Isskkk banyak tau design yang cantik dan menarik, cuma kalau harga tu boleh tahan agak mahal juga. Opss!

Kalau nak senang design sendiri, lebih jimat dan menguntungkan, seperti kawan Mek Cah Anis Zahirah mama dia sendiri yang design semua tu!. Memang mama Anis ni cukup berbakat, nak tengok pelamin leh baca artikel ini 'Anis Dan Azia Sah Menjadi Isteri Dan Bakal Ibu'.






Penggemar tema warna merah jambu boleh la pilih pelamin seperti ini, alaaaa sekarang kan ramai yang lelaki pun minat warna merah jambu ini. Auwww! contoh pelamin dari blog ini semua bersumberkan En. Google juga. Jangan marah tau, nanti cepat tua. Mihmih

Apa pun selamat mencuci mata untuk pelamin 2015, diharap perkongsian ini mampu memberikan inspirasi untuk semua. Selamat pengantin baru kepada yang bakal berkahwin, alang-alang nak jadi isteri orang jom belajar memasak 'Resepi Nasi Ayam Mudah. Pikat hati suami dengan masakan tau. Krik krik.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Inspirasi Handbouquet Di Hari Perkahwinan

Assalamualaikum Cinta.

Detik bahagia di hari perkahwinan pasti lebih meriah dan berseri-seri jika pengantin wanita memegang handbouquet yang wujud dalam pelbagai warna dan pelbagai bentuk. Perkahwinan zaman dahulu semuanya guna bunga plastik sahaja tetapi berlainan kini apabila handbouquet wajib ada ketika berlangsungnya hari bahagia anda dan pasangan anda. Kebiasaannya handbouquet menjadi pilihan pengantin perempuan bagi menambahkan lagi seri ketika di atas pelamin. Sebut sahaja pelamin pasti teringat tentang 'Inspirasi Pelamin Terkini 2015'

Handbouquet hazanis


simple Handbouquet

Maklumlah hari bersejarah korang pasti inginkan yang terbaik bukan?, dari segi veil 'Inspirasi Veil nikah', 'Baju pengantin' dan sebagainya haruslah dititik beratkan supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar. Buat si pengapit pula pasti perlukan 'Flower Crown' bagi menambahkan seri sebagai bridemaid. 

bridemades Handbouquet

Masa Mek Cah kahwin dulu, memang nak sangat handbouquet dari bunga ros merah dan bunga kecil-kecil comel tu. Alhamdulillah dapat setelah puas pusing bandar Kota Baru demi mendapatkan bunga tersebut. Lupa dah kedai mana tapi memang agak sukar mendapatkan bunga fresh ketika hari raya ke-2. Maklumlah akad nikah Mek Cah berlangsung pada hari raya ke-2 malam selepas Isyak. Memang agak kelam kabut tetapi bajet Mek Cah RM50 sahaja, cakap kat amoi saya nak bunga fresh bajet bawah RM50. So gambar atas sekali tu adalah hasilnya!

ameera zaini kahwin

Melihat perkahwinan bekas pengacara Safiyya Ameera Zaini , handbouquet yang digunakan super cantik dan lain dari yang lain. Cantik kan? Fuh! memang betul-betul raja sehari. Tahniah idola kerana baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan masih dalam mood berbulan madu. Mihmih

Inspirasi Handbouquet Di Hari Perkahwinan

Inilah beberapa contoh inspirasi handbouquet di hari perkahwinan yang mungkin dapat memberikan idea kepada bakal pengantin baru. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk semua. 

Inspirasi Handbouquet


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Review Filem Polis Evo Terbaik 2015!

Sebelum ini Mek Cah pernah berkongsi 'Sinopsis Filem Polis EVO' dan kisah keterujaan untuk menonton filem Polis Evo kini impian tersebut tercapai tau!. Yeayyy, terima kasih En Suami sebab layankan sahaja karenah isterimu ini. Oh ya! yang terkini filem Polis Evo sudah boleh tonton online di artikel ini 'Tonton Online Polis Evo (2015) Full Movie'. Rugi tau kalau korang tak tengok. :P

review polis evo

Sekarang dah canggih sikit, tiket menonton wayang boleh dibuat menerusi online menerusi https://www.tgv.com.my/ . Cuma bayar secara online banking ataupun guna card credit. Contohnya macam ni :

booking online tiket wayang

Mek Cah bukan lah kaki wayang dan bukan suka sangat ke pawagam, tetapi disebabkan ramai kata Polis Evo ni best terus ajak suami ke sana. Tak nak tunggu online streaming seperti 'Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie'. Lambat tau!

Kitorang menonton filem Polis Evo ni di Mesra Mall, Kemaman jam 8.30 malam. Jadi sempat la kami solat maghrib dulu di rumah sebelum bergerak ke sana. Masa sampai tu korang tunjukkan sahaja booking nombor kepada staff disana dan terus masuk dalam. Wow senangnya tak perlu beratur panjang untuk membeli tiket. Mihmih

filem polis evo

polis evo

Antara nilai pengajaran yang terdapat dalam filem Polis Evo ini ialah :
  • Bertanggungjawab  
  • Hormat-menghormati                 
  • Hormat dan patuh kepada ibubapa
  • Hormat kepada orang yang lebih tua
  • Hormat kepada raja dan negara
  • Patuh kepada ketepatan masa
  • Menghargai kebijaksanaan, pengalaman dan jasa
  • Menghargai tenaga kerja                       
  • Kasih-sayang
  • Sayang kepada nyawa
  • Cinta kepada Negara
  • Cinta kepada keamanan dan keharmonian
  • Keadilan                  
  • Keberanian
  • Berani kerana benar
  • Persaudaraan
  • Tanggungjawab bersama

pelakon polis evo

Semua perkara diatas adalah nilai pengajaran yang tiada tolak bandingannya. Susah tau nak dapatkan filem seperti ini seperti sekarang. Walaupun keganasan dan jenayah dipamerkan dalam filem melayu Polis Evo ini namun terlalu banyak nilai positif yang dapat dilihat menerusi filem ini. Paling best kemesraan antara keluarga Zizan Razak dan nilai persahabatan walaupun pada mulanya Zizan Razak dan Shaheizy Sam bermusuhan kerana berlainan pendapat. Si Nora Danish pula sentiasa comel dengan wataknya. Cun tau!

review filem polis evo
Hasrat menonton filem Polis Evo tercapai
Inilah wajah kepuasan hati setelah menonton filem Polis Evo. Sungguh tidak mengecewakan tau. Apa-apa pun korang pasti enjoy melihat filem Polis Evo ini dan pasti tidak akan menyesal. Cepat lah kepanggung berhampiran kawasan anda sekarang!.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...