Baju Kurung Raya Terkini 2015 Dari Azidah Collection

Assalamualaikum cinta.

Hari dan masuk 7 Ramadhan umat manusia di seluruh dunia berpuasa. Ya Allah cepat sahaja masa berlalu kerana tidak lama lagi bakal menyambut Aidilfitri. Dah selepas itu juga zaman single Mek Cah akan berakhir. Disebabkan raya tahun ni disambut biasa-biasa sahaja kerana sibuk membuat persiapan kahwin, jadi baju kurung terlajak simple tetapi cantik pasti menjadi pilihan yang akan dipakai di Aidilfitri nanti. Tetapi jangan lupa lihat 'Fesyen cara pemakaian selendang' sesuai digayakan bersama baju kurung raya ini.



Sekarang Mek Cah lebih teruja ingin berkongsi pengalaman indah bersama Azidah Collection yang menjual pelbagai corak Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Moden dan banyak lagi. Mek Cah sarankan korang shopping baju raya 2015 nanti di Azidah Collection kerana kain/material tersangat selesa dan service mereka pun bagus, harga berpatutan dan paling penting memakai baju kurung menunjukkan koranglah gadis melayu terakhir. Ahakss!






Azidah Collection kini menawarkan harga istimewa sempena Hari Raya nanti, malah ada juga yang percuma selendang tau!. Memang menarik dan sepastinya korang akan berpuas hati dengan material kain yang tidak panas. Jadi, korang tidak perlu risau tentang saiz baju kerana terdapat pelbagai saiz bermula XS-XL .

Pelbagai komen yang memuaskan hati dengan koleksi Azidah Collection yang telah lama dalam perniagaan baju kurung. Tak perlu ragu-ragu kerana Azidah Collection mempunyai butik sendiri bukan hanya tertumpu online business sahaja.



" Kepakaran Azidah Collection menawarkan Baju Kurung Siap dengan trend dan kualiti yang jauh lebih cantik dari pasaran. Jaminan kepuasan 100%! "

Sila terjah Azidah Collection sekarang untuk melihat koleksi yang selebihnya. Selamat shopping baju raya semua!


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

15 Gambar Pernikahan Dr Fatin Liyana Asri Dan Dr Anwar Fazal

Apabila mendengar perkhabaran blogger terkenal Dr Fatin Liyana Asri bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dr Anwar Fazal terus hati teruja tak sabar melihat gambar sekitar majlis pernikahan mereka berlangsung. Tanggal 13 Jun 2015, blogger yang cukup dikenali sebagai Fatin Liyana telah sah menjadi isteri kepada Dr Anwar Fazal. Kalau sebelum ini Mek Cah pernah berkongsi 'Pertunangan Dr Fatin Liyana Asri' dan '7 Gambar Sekitar Pertunangan Dr Fatin Liyana Asri Dan Dr Anwar Fazal', kini sudah semestinya gambar majlis pernikahan dan perkahwinan pasangan ini yang mempunyai ramai peminat yang tersendiri. 

Menariknya tentang FL boleh baca artikel ini khas tentang dirinya 'Dr Fatin Liyana Asri', majlis pernikahan FL yang berlangsung secara sederhana membuatkan Mek Cah jatuh hati. Simple tetapi tetap menarik ditambah pula Fatin Liyana yang mempunyai kecantikan asli. Jadi tak perlu makeup tebal-tebal pun dah cantik. Lagi satu part pemakaian Fatin Liyana yang begitu sopan dan melambangkan sebagai seorang muslimah sejati. Ayuh belajar 'Fesyen cara pemakaian selendang' untuk kelihatan sopan seperti FL. Ahaks!


Gambar Pernikahan Dr Fatin Liyana Asri Dan Dr Anwar Fazal | Terima kasih kepada @maroonproduction kerana merakam memori indah pasangan ini. Jom saksikan beberapa gambar sepanjang majlis pernikahan Dr Fatin Liyana Asri dan Dr Anwar Fazal berlangsung. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga hujung nyawa. Selamat pengantin baru!

CERITA CINTA SEBENAR HANYA BERMULA SELEPAS 'AKU TERIMA NIKAHNYA' 
- DR. ANWAR FAZAL

















SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...