Resepi Nasi Ayam Mudah

Assalamualaikum Cinta.


Alahai, rupanya untuk membuat Nasi Ayam nak kata senang tidak jugak , tetapi nak kata mudah tu pun tidak jugak. Memang banyak step tetapi hasilnya bila dah siap pasti tersenyum sendiri kerana berjaya membuat Nasi Ayam yang sebelum ini dikatakan agak rumit.

Jadi, waktu hujung minggu merupakan waktu terluang untuk berehat dirumah dari penat bekerja. Disebabkan tidak lama lagi hidup berkeluarga apa kata belajar masak-masak. Ahaksss dek kerana 'Tips Merisik Mengikut Ajaran Islam', kini timbul kesedaran sekurangnya para gadis harus rajin memasak, tak pandai tak pe asalkan rajin didapur. Tak gitu?

resepi nasi ayam

Untuk resipi Nasi Ayam mudah ini Mek Cah rembat dari IRESIPI, resepi yang diberikan cukup lengkap dan senang nak ikut. Sebab itu nasi ayam mek cah kali ini menjadi. Perghhhh bangga sat apabila mendapat pujian dari mak dan adik bahawa sedap dan lulus untuk kahwin!

Masa:Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  • Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  • Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  • Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  • Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:
  • Basuh beras dan tos air.
  • Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
  • Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. 
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. 
  • Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:
  • Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. 
  • Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:
  • Kisarkan semua bahan di atas.
  • Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:
  • Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
resepi nasi ayam mudah

Amacam? Menjadi tak Nasi Ayam korang? Gambar yang digunakan adalah dari air tangan mek cah sendiri tau. Nah jom belajar resepi ini pula 'Resepi Cheesecake Milo Biskut'. Chaiyook!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tonton Online Isteri Separuh Masa

Assalamualaikum Cinta

Tonton Online Isteri Separuh Masa | Drama terbaik dari gabungan Emma Maembong dan Aiman Hakim Redza yang membuatkan ramai yang telah jatuh dengan drama ini. Kerana watak yang dibawakan oleh Emma Maembong selalu sahaja comel maka ramai lah jejaka diluar sana jatuh hati dengan Emma. Ahakss, tetapi Aiman Hakim Redza apa kurangnya kacak dan berlagak namun ada juga la part yang baik hati. Terdahulu, drama "Tonton Online Suamiku Encik Sotong" menjadi pilihan peminat drama lakonan Syarnaaz Ahmad sebagai lelaki Sotong gituh. Opss! yang jadi top buat masa kini adalah "Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie Download". 


Sinopsis Isteri Separuh Masa :

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?


Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.


Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Episod penuh drama Isteri Separuh Masa myflm4u.com
Tonton Online Isteri Separuh Masa | Jangan lupa tengok tau! pasti tak menyesal punya. Rupanya Emma Maembong comel gilosss dengan watak berhijab, kan molek gituh. Kihkih teruskan berjuang sebagai gadis muslimah. Nah lanje 'Fesyen cara pemakaian selendang'. semoga berjaya!. Mihmih


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tips Merisik Mengikut Ajaran Islam

Walaupun pengalaman merisik dan dirisik tidak seberapa sekurangnya kenangan yang dulu mampu memberikan sedikit panduan untuk mereka yang bakal merisik dan dirisik. Chewah! terima kasih syokkahwin.com kerana memberikan info yang sangat berguna untuk bakal pasangan bertunang dan berkahwin. Sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan haruslah mengetahui adab-adab merisik tau, supaya nanti tidak lah kelam kabut dan buta adat. Opss!

Semua pasangan yang bakal berkahwin bakal melalui proses merisik di mana pihak lelaki menghantar rombongan kepada pihak perempuan bertujuan untuk menyiasat bakal menantu yang hendak dirisik. *Semua gambar ehsan dari Google


Adab Merisik :-

Seperti lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.


Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan. Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Nasihat Mek Cah sebelum majlis merisik berlangsung pastikan korang dah tahu adat-adat merisik bagi negeri pasangan korang. Lain negeri lain caranya, jadi bagi memudahkan dan melancarkan proses merisik harus lah korang merujuk kepada orang yang lebih arif tentang adat malah kalau nak yang lebih senang google sahaja cara merisik mengikut ajaran islam.

Insyaallah dalam masa terdekat Mek Cah akan kongsikan pengalaman proses merisik berlangsung, tiada majlis pertunangan dan setelah berbincang terus kahwin pada bulan Julai nanti. Bahaya tau bertunang lama-lama jadi kini Mek Cah dan bakal pasangan mengambil keputusan untuk tidak bertunang. Alamakk, menghitung hari cepat lah masa berlalu. Lol

Salam Sayang. Mek Casss.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...