Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap

Assalamualaikum cinta.

Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap | Memandangkan sekarang dah jadi isteri kepada Mr Ahmad Najdan Naseri kini haruslah rajin memasak dan bersedia untuk belajar walaupun sebelum ini jarang kedapur. Walaupun jarang memasak sebelum ini Mek Cah berjaya kongsi 'Resepi Nasi Ayam' yang kini mendapat sambutan bagi pengguna Mr Google. Sebenarnya sebelum kahwin lagi husband Mek Cah suka memasak dan antara dia dan Mek Cah dia lah yang lebih pakar dan memasak sedap. Untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri haruslah Mek Cah bersedia belajar memasak, Mr Google kan ada. Ahakss! 

resepi pisang goreng rangup

Kali ini Mek Cah ingin berkongsi  Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap. Resepi ini unik sebab guna tepung buatan sendiri yang terlajak mudah dan cepat. Lagipun tepung buatan sendiri lebih jimat, dah la tepung pisang goreng mahal di pasaran. Resepi pisang goreng ini memang menjadi tetapi ada part yang Mek Cah ubah iaitu tukar marjerin dengan sedikit minyak, kebetulan stock marjerin di dapur tiada. 

resepi pisang goreng rangup sedap

Bahan-bahan untuk membuat Pisang Goreng Rangup Sedap :
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
  • 1 biji telur
* air secukupnya
* 2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

Cara-cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat 
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan. (kesemua bahan Mek Cah blend je)
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dan lain-lain lagi

Selamat mencuba, lebih sedap dimakan panas-panas bersama aiskrim vanilla coklat. Alhamdulillah, husband puji sedap dan berbaloi balik lunch di rumah. Ihikss

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

7 ulasan:

  1. sedapnya pisang goreng,boleh cuba resepi ni,mcm best je..

    BalasPadam
  2. untunglah hubby pandai masak.. gemuklah sasa pasni. ekekekkee

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudoh doh la muja. nis rusim jugop ni :P

      Padam
  3. Wah senang! Mau coba juga. Thanks recipe 😊

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...