Resepi Kek Pisang Kukus

Assalamualaikum Cinta.

Mungkin disini ramai peminat buahan tempatan iaitu pisang bukan? Alang-alang tengok buah pisang yang lebih boleh la cuba membuat Kek Pisang Kukus yang terlajak mudah dan sudah semestinya sedap. Selain Kek Pisang Kukus ianya juga boleh dibakar tau dalam suhu 170°c selama 40 minat atau sehingga masak. Gara-gara suami suka makan kek pisang maka misi memikat hati suami bermula, alhamdulillah ternyata usaha membuat Kek Pisang Kukus tidak sia-sia kerana mendapat pujian ikhlas dari suami katanya rasa Kek Pisang Kukus ni dah macam yang jual kat kedai malah lebih sedap dari tu. Auccchhh! puji melambung betul!. , teringat pula "Resepi Nasi Ayam Mudah".

RESEPI KEK PISANG KUKUS

resepi kek pisang kukus sedap 
 Bahan-bahan Kek Pisang Kukus :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
* ayak bersama
  • 3 @ 4 biji pisang berangan- dileyek
  • 3/4 cawan minyak mazola/minyak masak
  • 4 biji telur size A
  • 1 cawan gula @ 3/4 cawan gula (ikut suka nk manis ke x ye)
  • 1 camt esen pisang
Cara-cara memasak :
  1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan
  2. Telur bland
  3. Campurkan gula dgn minyak
  4. Pastu gaul sebati telur dgn minyak dan gula..
  5. Masukan tepung yg di ayak sedikit demi sedikit + esen pisang
  6. Kukus selama 40minit @ sehingga masak..
  7. Versi bakar pun boleh juga dengan suhu 170°c selama 40 minit atau sehingga masak.
cara membuat kek pisang kukus

Selamat mencuba resepi kek ini, kalau yang dah bergelar isteri wajib pandai pikat hati suami dengan masakan. Mek Cah masih lagi ingat pesanan aunty Dora nak jaga hati suami adalah melalui masakan. Jadi jangan malas untuk cuba dan terus mencuba resepi yang baru. Sedap ko dop tu lain kiro okay janji usaha! . Ekekeke

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum Cinta.

Disaat ini tiba-tiba rajin untuk update artikel Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan yang mungkin menjadi carian kepada ibu mengandung mahupun mereka yang bakal bergelar bapa. Sungguh teruja bukan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan sebabnya senang untuk membuat persediaan awal sebelum kelahiran bayi. Ini adalah sebahagian dari petua dan kaedah yang dapat dikongsikan. Mungkin ada sedikit sebanyak tanda-tanda tersebut ada pada ibu-ibu yang mengandung. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan informasi kepada mereka yang bakal bergelar ibu dan ayah tetapi peratus kebenaran Mek Cah tidak pasti . Lagipun tak salah kita semua berteka teki memandangkan hingga saat ini ibu yang mengandung sudah pasti dapat merasai anak yang dikandung lelaki ataupun perempuan. Lagi satu, jangan lupa para ibu hamil dapatkan informasi 'Cara meneran dengan betul ketika bersalin' untuk mengelakkan daripada berlaku koyakan teruk pada perineum atau digunting. 

Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan

Jika anda hamil anak lelaki
1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’
2. Anda tidak mengalami ‘morning sickness’
3. Wajah anda berseri-seri
4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
5. Kulit anda kering
6. Hidung kelihatan lebih kembang
7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
9. Sering diserang sakit kepala

Cara Mengetahui Jantina Bayi lelaki Dalam Kandungan

10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusingpusing bermakna anda hamil anak lelaki.
14. Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.

Cara Mengetahui Jantina Bayi perempuan Dalam Kandungan

Jika anda hamil anak perempuan 
1. Perut anda bulat
2. Anda mengalami ‘morning sickness’
3. Sering mual pada menu yang beraroma tajam
4. Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
5. Kulit anda lembut
6. Rambut anda nipis dan tidak bermaya
7. Punggung kelihatan lebih besar
8. Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
9. Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
10. Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
11. Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
12. Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandugannya ialah bayi perempuan.

Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan | Walaupun cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan datang dari orang lama, tidak semestinya seratus peratus betul. Segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T. Bayi lelaki atau perempuan tidak penting kerana apa yang paling penting adalah bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Bayaran Pertama Dari Google Adsense RM591.71

Bayaran Pertama Dari Google Adsense Mek Cah dapat pada 22 Oktober 2015 yang lepas. Memang agak tidak percaya akhirnya dengan menulis blog dapat membuahkan hasil. Walaupun nilainya tidak seberapa tetapi sekaligus Mek Cah dapat RM500 lebih. Humm boleh buat bayar bil bulanan kereta. No shopping okay! . Masa mula-mula apply Google Adsense hati berdebar-debar takut tidak lulus memandangkan ramai yang cakap memang agak sukar untuk mendapatkan akaun Google Adsense. Percubaan permohonan buat pertama kali telah berjaya. 

Setelah sebulan menunggu Address (PIN) yang dihantar kerumah ianya sampai jua. Jadi haruslah semakin gigih dalam menulis blog.  Terima kasih kepada Google Adsense kerana memberi peluang kepada blog ini merasainya sumber pendapatan dari Google Adsense. 

Bayaran Pertama Dari Google Adsense
Sebelum menggunakan Google Adsense Mek Cah pernah menggunakan Nuffnang yang sejujurnya banyak berjasa kepada Mek Cah terutamanya memori 'Cashout Nuffnang RM1272.67'. Sekarang khabarnya Nuffnang agak kedekut. Opsss! yang tu semua blogger boleh fikir. Jadi terus cuba menggunakan Google Adsense dan sebelum itu Mek Cah juga pernah menggunakan Innity dan telah beberapa kali mendapat bayaran darinya yang secara automatik masuk ke dalam akaun CIMB. 

Bayaran Pertama Dari Google Adsense

Bayaran Pertama Dari Google Adsense
- Contoh Google Adsense Personal Identification Number (PIN) - From Mr Google
Melihat nilai USD yang Mek Cah dapat hari-hari memang agak sedih jika dibandingkan otai Mek Cah iaitu bekas bos Mek Cah sendiri. Sedikit sebanyak Mek Cah belajar darinya, itu pun ilmu yang diajar hanya 20%, selebihnya Mek Cah kena lah explored sendiri. Opsss!, siapakah bekas bos Mek Cah biarlah rahsia yang penting beliau berjaya mendapat USD200 setiap hari. Kaya weh!

buat duit dengan google adsense

Itu sahaja cerita Bayaran Pertama Dari Google Adsense, apa pun setiap orang mempunyai rezeki berlainan. Jadi bersyukurlah dengan setiap apa yang kita dapat. Alhamdulillah. ◕‿◕✿

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tonton Online Polis Evo (2015) Full Movie

Tonton Online Polis Evo (2015) Full Movie | Alhamdulillah akhirnya filem melayu  Polis Evo terbaik 2015 lakonan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai, Zizan Razak sebagai Inspektor Sani, Nora Danish, Mimie Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul sebagai Jimbo, Amerul Affendy sebagai Mak Yam, Harun Salim Bachik sudah boleh ditonton secara online. Walaupun sebelum ini Mek Cah telah membuat 'Review Filem Polis Evo Terbaik 2015!' namun harus sekali lagi menonton secara online di rumah bersama suami tercinta kerana dari mula hingga akhir filem ini bersiaran memang tidak kering gusi, asyik ketawa je!. Sumpah, tak tipu pun. Ahakss! UPDATE!! J Revolusi Full Movie Download . :D

tonton online polis evo

Jom layan movie terbaru The Legend of Tarzan HD Full Movie. Confirm korang puas hati! 

Syukur juga artikel 'Tonton Online Suami Aku Ustaz' dan 'Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie Download' mampu membantu orang lain untuk tonton online sahaja dirumah bersama kesayangan. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu mereka yang yang telah lama nantikan filem Polis Evo dapat ditonton secara online. Terima kasih kepada Pencuri Movie kerana menyediakan link yang cukup berkualiti  dimana ianya full HD!. 

tonton online filem polis evo

Sinopsis Polis Evo (2015) Full Movie! 
Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. 
Jadi disini Mek Cah sertakan link Tonton Online Polis Evo (2015) Full Movie agar korang tidak perlu klik link yang banyak iklan tu. Kesian tau 5 kali percubaan baru boleh tonton filem Polis Evo secara online. Apa pun terima kasih kepada Pencuri Movie kerana sedia berkongsi dengan semua untuk Tonton Online Polis Evo (2015) HD Full Movie.

Sila KLIK GAMBAR untuk menonton -->
tonton online polis evo
Tonton Online Polis Evo (2015) Full Movie : Pencuri Movie 

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tonton Online Kau Aku Kita

Tonton Online Kau Aku Kita | Nampaknya drama yang kini semakin meletop bersiaran di TV3 merupakan kisah yang diadaptasikan dari novel  'Kau, Aku, Kita’ karya Orkid Edyliyne telah mendapat sambutan hangat. Siapa sangka gandingan baru lakonan Syarul Ridzwan bersama Janna Nick, diarahkan oleh sutradara Azman Yahya dibawah syarikat produkti JS Pictures Sdn Bhd telah membuka mata Mek Cah untuk setia menonton drama ini tepat pada waktunya setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam eksklusif di slot Lestary saluran TV3.

Mesti ramai yang tercari-cari episod penuh drama Kau Aku Kita bukan?. Yang dah ada akaun tonton.my boleh lah terjah di situ. Kalau yang susah nak dapatkan akaun tonton.my apa kata terjah 'moviesinfobsyokv2'. Terdahulu, drama "Tonton Online Suamiku Encik Sotong" menjadi pilihan peminat drama.

Tonton Online Kau Aku Kita

Tonton Online Kau Aku Kita

SINOPSIS DRAMA KAU AKU KITA
Mingisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.


Tonton Online Kau Aku Kita2

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?


Episod penuh Kau Aku Kita : moviesinfobsyokv2 

Tonton Kau Aku Kita

Tonton Online Kau Aku Kita | Jangan lupa tengok tau, Mek Cah kasi 5 bintang sama seperti 'Filem Polis Evo Terbaik 2015!'. Opsss! terpegun dengan kecantikan Janna Nick yang ala korea tu. Comel sangat kan, tak perlu makeup tebal sebab kulitnya dah cantik. Syabas JS Pictures Sdn Bhd kerana berjaya menerbitkan drama Kau Aku Kita yang cukup mencuit hati ini lebih-lebih lagi menggunakan dialek Klate. Terbaik boh!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cuti-cuti Bukit Gambang - Review Arabian Bay Resort

Jumaat yang lepas 09.11.15 Mek Cah dan suami terpaksa ke Bukit Gambang kerana PMO Appreciation Day 2015 (lebih kurang macam family day) di mana kami hanya perlu membayar RM100 untuk penginapanan di Arabian Bay Resort Bukit Gambang termasuk dinner, minum petang, sarapan pagi, 2 tiket ke Safari Park, 2 tiket ke Gambang Water Park selain mendapat 2 kupon makan ketika di Gambang Water Park dan sudah semestinya banyak lagi gift lain yang kami dapat. Jadi rasaya tidak rugi kami membayar sejumlah tersebut kerana banyak perkara yang kami dapat. Ahaksss! selain tu boleh la berhoneymoon setelah sekian lama tidak bermalam di hotel. Seingat Mek Cah kali terakhir kami bermalam di hotel ialah 'Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence'. 

Kami bertolak ke Bukit Gambang kira-kira jam 11 pagi dan sampai di bandar Kuantan kira-kira 12.30 tengahri. Masa tu kami singgah lepak di ECM untuk makan dan sementara menunggu suami menunaikan solat jumaat. Jadi kira-kira jam 4 petang baru kami membuat pendaftaran untuk PMO Appreciation Day 2015 selain mendapatkan kunci bilik kami. Memang dah tak sabar untuk berehat di bilik kerana malamnya kami ada dinner bertemakan Night Movie selain banyak lagi program menarik pada malam dinner tersebut. Rupanya apabila kami sampai dah disediakan makanan yang best. Rugi melantak di ECM, kalau tak dah boleh berjimat menternak lemak di hotel sahaja. Sobbbs!

Alhamdulillah, perut dah boncit ke depan. :P

Akhirnya kami dah sampai di bilik dan terlintas difikiran kira berbaloi kami bayar RM100 untuk semua ini. Memang tak menyesal selain dapat hilangkan stress sepanjang disini. Rate harga untuk bermalam di Arabian Bay Resort Bukit Gambang ialah RM300 - RM1860. Haaaaaa kalau tak denya PMO Appreciation Day 2015 memang tak la kan kami bermalam disini. Opsss!, sayang duit tau.



Bagi Mek Cah suasana hotel amat tenang dan damai yang bebas dari kesibukan kota. Paling penting bangun pagi memang sejuk teramat sangat. Hiasan dalam agak menarik tetapi bagi Mek Cah ianya terlalu simple jika dibandingkan dengan harga sebenar company suami bayar. 




Kira okay juga kebetulan BFF Mek Cah turut sertai PMO Appreciation Day 2015 memandangkan suaminya juga bekerja dibawah satu bumbung dengan suami tetapi berlainan department. Memang jodoh kami berdua kan dari kecil sehingga besar dapat berada ditempat yang sama. Yang cuma berbeza Anis Zahirah dah ada baby comel. Geram sangat kat baby Danish!. Memori -> [Anis Zahirah Sah Menjadi Isteri Dan Bakal Ibu]. 

Berbalik pada hotel di Arabian Bay Resort korang tengok gambar pun pasti dah tahu bukan? Rasanya banyak lagi hotel terbaik berbaloi dengan harga. Tapi kira okay la kan dapat juga ketenangan dan tidur dengan nyaman. Kalau nak bandingkan 'Review PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur' jauh lebih baik namun setiap hotel ada kekurangan dan kelebihannya. Tak gitu?



Kelebihan Arabian Bay Resort Bukit Gambang ialah tenang dari kesibukan kota, bilik hotel yang luas, sejadah dan kiblat disediakan, lift yang berfungsi dengan baik, pengangkutan disediakan dari hotel ke Safari Park ataupun Bukit Gambang Water Park, makanan yang sedap. Apapun Mek Cah kasi 4 bintang!


Lanje selfie satu. Macih OPPO kerana merakam semua memori indah ketika di Bukit Gambang. [Review OPPO R1]
Semoga perkongsian ini mampu memberi idea dan maklumat kepada mereka yang tengah merancang untuk bercuti di Bukit Gambang, jadi buat lah pilihan dengan bijak kerana anda mampu memilih yang terbaik gituwww. Insyaallah jika ada kelapangan Mek Cah akan ceritakan pengalaman di Safari Park pula memandangkan banyak juga memori tercipta berbanding memori di Arabian Bay Resort Bukit Gambang. Papai. ◕‿◕✿

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Amy Shahira Shop - Beauty | Health | Tips

Ramai wanita kini telah mempunyai kesedaran diri dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan memandangkan terlalu banyak produk kecantikan serta kesihatan yang dijual di pasaran. Namun tidak semua produk kecantikan mahupun kesihatan sesuai dengan si pemakai. Tetapi tidak salah untuk mencuba mana la tahu ianya cukup berkesan dan meningkatkan keyakinan diri anda ketika berhadapan dengan orang lain. Bonus apabila produk kecantikan tersebut mampu membuatkan wajah anda bebas dari masalah kulit muka, kulit badan lebih putih dan bal bla bla. Fuh! Mek Cah cukup tergoda dengan Amy Shahira Shop kerana menjual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan disamping menyediakan tips buat pelanggannya. Memang unik bukan?, tidak semua online shop mampu memberikan tips berguna ini. Tak gitu?


Amy Shahira Shop ternyata mengikut peredaran masa dengan menjual produk kecantikan yang laku keras di pasaran, cakap sahaja nak apa insyaallah semuanya  di jual oleh Amy Shahira Shop. Bagi Mek Cah membeli belah secara online lebih menjimatkan masa, duit dan tenaga tau. Kalau walk in ke kedai kosmetik sudah tentu akan tergoda dengan produk kecantikan yang sah-sah pada awalnya korang hanya bajet ingin membeli 1 ataupun 2 jenis produk sahaja. Selain itu sudah tentu korang terpaksa tanggung duit minyak kereta sekaligus terpaksa menghadap jem. Hum! sangat menakutkan berbanding pembelian online sahaja.  


Amy Shahira Shop boleh dipercayai???. Sudah tentu boleh dipercayai kerana mereka sangat menitikberatkan kualiti dan juga keselesaan pelanggan ketika berurusan. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka lebih-lebih lagi perniagaan mereka telah didaftakan dengan SSM REGISTRATION: AS0354878P. Kalau ada sebarang kes penipuan korang boleh sahaja membuat laporan polis. Sangat mudah bukan?. Nak tahu Amy Shahira Shop boleh percaya ataupun tidak korang boleh lihat 'Review pembeli' ini. Pasti korang akan percaya 100%. 

Jadi Mek Cah sarankan jika ingin mendapatkan produk-produk kecantikan kesihatan terbaru dan berkesan boleh lah dapatkan di Amy Shahira Shop yang sudah semestinya menawarkan harga yang murah dan original. 


Oh ya! Mek Cah pun terkejut apabila layanan yang diberikan oleh Amy Shahira Shop sangat mesra dan pandai melayan karenah pelanggannya.  Insyaallah banyak lagi produk-produk terbaru yang akan menyusul setiap bulan di Amy Shahira Shop. 

Penghantaran adalah ke SELURUH MALAYSIA dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran oleh POSLAJU.

Isnin - Jumaat : Tengah Malam
Membalas e-mel, membungkus "parcel" dan mengepos barang yang mana bayaran telah dilakukan.

Sabtu & Ahad : Cuti
Penghantaran akan dibuat pada hari Isnin berikutnya.

Masa Penghantaran
Sehari selepas anda membuat pembayaran produk yang dipesan. 

Untuk Maklumat Lanjut Bagi Sebarang Pertanyaan / Tempahan Sila Hubungi:

Najihah
013 | 368 9046

E-mail:
hcubeshop@gmail.com
Facebook : Amy Shahira Shop



Jangan cakal Mek Cah tak habaq online shop yang menjual kosmetik murah tetapi original tau. Kalau berani boleh sahaja survey dahulu dengan membuat perbandingan harga antara Amy Shahira Shop dengan online shop yang lain. Pasti korang akan jatuh hati nanti dengan harga yang diberikan oleh Amy Shahira Shop. Eh!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kulit Wajah Bersih Berseri Dengan AQU Skincare!

Assalamualaikum Cinta.

Sebelum ini Mek Cah pernah berkerja sebagai Beauty Advisor di Watsons KBMALL, Kelantan. Oleh itu, selepas sahaja dapat tawaran menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan wajah 100% dari Malaysia iaitu aQu Skincare – It’s Me di Royal Selangor Golf Club, Jalan Tun Razak, KL kerjasama dengan Watsons terus teruja untuk menghadirkan diri. Memang tak menjangka produk ini hanya exclusive di Watsons seluruh Malaysia. Mula-mula ingatkan produk ini dari Korea tetapi terus berbangga ianya 100% keluaran Malaysia. Pi mana-mana jumpa Watsons jadi tidak perlu risau untuk mendapatkan produk penjagaan wajah yang cukup sesuai untuk semua jenis kulit. 

aQu-it's me kini berada di 111 outlet Watsons terpilih di Malaysia dan bahan-bahannya dijamin HALAL oleh pihak JAKIM serta disahkan oleh pihak KKM . Antara bahan eksklusif yang terdapat pada produk ini ialah aloe vera , minyak jojoba , Vitamin E , chamomile dan minyak benih bunga matahari .

 aQu Brand Ambassador Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013 ; Adura Kamarul Zaman, Marketing Director of Fountain of Health Sdn Bhd ; Caryn Loh, General Manager of Trading Watsons Malaysia ; Yang Mulia Tengku Mudzaffar Tengku Zaid, Executive Director of Fountain of Health Sdn Bh

Menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan wajah aQu Skincare – It’s Me baru-baru ini memberikan kesempatan kepada Mek Cah untuk lebih mendekati para blogger yang lain selain mendapatkan rahsia kecantikan Carey Ng, Miss Universe Malaysia selaku duta produk aQu Skincare – It’s Me. 

aQu Brand Ambassador Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013 and Adura Kamarul Zaman, Marketing Director of Fountain of Health Sdn Bhd. 
Semua teruja melihat kecantikan Carey Ng yang hanya menggunakan solekan nipis yang mampu memukau semua yang hadir pada majlis pelancaran tersebut. Kini baru Mek cah sedar, untuk dapatkan solekan yang cantik dan kemas sudah tentu perlu kulit wajah yang bersihat dengan menggunakan aQu Skincare. Bukan hanya wanita sahaja yang layak menggunakan produk ini tetapi para lelaki juga!. Wah! bertuahnya golongan lelaki kerana mampu mendapatkan kulit yang sihat setanding para wanita diluar sana.

Paling gembira apabila pengorbanan ke majlis pelancaran ini ialah kehadiran dihargai apabila mendapat satu set lengkap penjagaan muka aQu Skincare – It’s Me. Okay! mulai hari ini terus jatuh hati dengan produk yang 100% selamat digunakan dan tidak mempunyai kesan sampingan.

Layan video ni untuk korang lebih memahami apa maknanya aQu Skincare – It’s Me. Yang penting sentiasa cool okay!. Hiksss



Antara kelebihan set lengkap produk penjagaan muka aQu Skincare – It’s Me ialah :

FACE WASH  /  PENCUCI WAJAH (RM25.00) - "Pencui muka aQu Skincare terbaik kerna kulit Mek Cah tidak lagi kering bermasalah selain tidak terasa pedih ketika mencuci kulit muka. Selepas mencuci kulit muka semakin lembut! ".

REFRESHING TONER  /  PENYEGAR WAJAH (RM23.00) - "Bila menggunakan penyegar aQu Skincare kulit lebih segar sepanjang hari disamping menghilangkan saki baki kotoran pada muka yang tak tertanggal masa cuci muka"

RADIANT MOSTURISER  /   PELEMBAP (RM35.00) "Dah namanya pelembap muka sudah tentu ianya melembapkan kulit wajah disamping mengelakkan kulit wajah kekeringan"

FACE SCRUB  /  SKRUB WAJAH (RM20.00) - "Scrub berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, meremajakan kulit serta menjadikan kulit wajah sentiasa bersih dan sihat. Apabila kerap menggunakannya, kulit menjadi lebih licin dan cerah, namun mestilah dengan pemakaian yang betul (sekurang-kurangnya 2 kali seminggu). 

CC CREAM SPF35 (RM29.90) "Kulit wajah Mek Cah kini lebih halus disamping mampu bertindak sebagai concealer. Apa yang lebih penting makeup tahan lama!


Sekarang pergi jalan-jalan pasti bawa CC CREAM SPF35 aQu Skincare. Maklumlah disebabkan terlajak berpuashati solekan nampak nipis sahaja dan tidak sarat dengan krim muka. Eceh!

Jadi, Mek Cah cadangkan kepada mereka yang masih lagi tercari-cari produk penjagaan muka yang sesuai eloklah mencuba set lengkap penjagaan wajah dari aQu Skincare – It’s Me ni tau. Confirm korang berpuas hati!. Tak nak membebel panjang silalah terjah Watsons berhampiran anda dan terjah laman web rasmi aQu Skincare bagi mendapatkan detail produk. Nak order online pun boleh tau, sila terjah http://www.aqu.my/ sekarang. Tak perlu bazirkan minyak kereta, tol dan tenaga ke Watsons. Hikssss. Papai!


WEBSITE : www.aqu.my
INSTAGRAM : @aqu.official
FACEBOOK : AQU - Skin Care

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Inspirasi Pelamin Terkini 2015

Bakal pengantin baru pasti tengah pening kepala dalam sesi memilih pelamin terkini untuk hari bahagia korang kan?. Kalau sebelum ini Mek Cah berkesempatan berkongsi artikel 'Pelamin Mini 2014' sebagai inspirasi untuk mereka yang bakal melangsungkan hari bahagia., kali ini perkongsian pelamin 2015 haruslah terlebih moden sikit. Lagi satu 'Pakej fotografi perkahwinan murah part-1' di Kelantan mampu merakam memori terindah dalam hidup korang.

Pelamin Terkini 2015
Pelamin inspirasi 2015 untuk bakal pengantin

Kini giliran Mek Cah pula tengah pening kepala memilih tema untuk majlis perkahwinan nanti. Bagi citarasa Mek Cah sendiri sukakan warna putih dan simple, tidak perlu sarat dengan pelbagai warna. Insyaallah bridal yang Mek Cah ambil ni mudoh kiro, seney baso asalkan bagi je contoh pelamin yang kita idamkan selepas itu dia boleh design seperti contoh yang kita bagi. Entah la, hasilnya tak tahu lagi macam mana, tunggu dan lihat sahaja majlis perkahwinan Mek Cah nanti. Berdebar tau!


pelamin vintage

Pelamin kali ini memang cantik dan pelamin terkini gituh, sesuai dengan zaman kita yang boleh dikatakan agak moden. Tetapi tema vintage garden telah menjadi pilihan bakal pengantin. Isskkk banyak tau design yang cantik dan menarik, cuma kalau harga tu boleh tahan agak mahal juga. Opss!

Kalau nak senang design sendiri, lebih jimat dan menguntungkan, seperti kawan Mek Cah Anis Zahirah mama dia sendiri yang design semua tu!. Memang mama Anis ni cukup berbakat, nak tengok pelamin leh baca artikel ini 'Anis Dan Azia Sah Menjadi Isteri Dan Bakal Ibu'.






Penggemar tema warna merah jambu boleh la pilih pelamin seperti ini, alaaaa sekarang kan ramai yang lelaki pun minat warna merah jambu ini. Auwww! contoh pelamin dari blog ini semua bersumberkan En. Google juga. Jangan marah tau, nanti cepat tua. Mihmih

Apa pun selamat mencuci mata untuk pelamin 2015, diharap perkongsian ini mampu memberikan inspirasi untuk semua. Selamat pengantin baru kepada yang bakal berkahwin, alang-alang nak jadi isteri orang jom belajar memasak 'Resepi Nasi Ayam Mudah. Pikat hati suami dengan masakan tau. Krik krik.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...