Gambar Banjir Di Kelantan 2014

Episod banjir di Kelantan 2014 telah pun berlalu, namun semua penduduk di Kelantan masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana dijangka gelombang ke-3 akan berlaku. Namun ianya hanya lah ramalan dari pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Segalanya berserah kepada Allah S.W.T, semoga tragedi banjir 2014 tidak akan berulang lagi kerana banjir besar telah berlaku hampir seluruh daerah di negeri Kelantan yang banyak memberikan kami seribu kenangan yang tidak mungkin kami lupakan.
Bermula pada 28 December 2014 mengikut ramalan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) gelombang ke 3 siri hujan lebat akan melanda bumi Semenanjung Malaysia sepanjang 7 hari. 




Ini baru sahaja dugaan kecil dari Allah, terputus bekalan eletrik, terputus bekalan air bersih dan terpaksa bergelap di waktu malam sepanjang tempoh banjir benar-benar menguji kami sebagai hamba yang lemah. Pengalaman yang begini lah mengajar dan memberikan sejuta keinsafan dalam diri yang mana kami sebagai manusia kadang kala terleka dengan keindahan dunia sehingga melupakan akhirat. 











Ini lah antara gambar yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial facebook sepanjang banjir di Kelantan berlaku. Masih banyak lagi gambar yang sangat menyedihkan hati, kesian melihat mereka yang kehilangan tempat berteduh. 


Terputus hubungan dengan dunia luar, masing-masing cuba menyelamat diri, keluarga. Kami penduduk di Kelantan ibaratkan kejadian yang berlaku merupakan tsunami kecil yang berlaku sebelum ini 10 tahun yang lalu. Banyak kemusnahan harta benda, kami redha Ya Allah. :(






Daerah yang teruk di landa banjir ialah Gua Musang, Kuala Krai , Manek Urai yang telah meranapkan sekaligus tempat tinggal penduduk disana. Sedih melihat suasana kesan banjir disana. Bersabarlah Mak Cik. :')






Kami yakin dan pasti, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kami redha, kami pasrah, kami banyak berdosa, kami lalai. Ampunkan dosa kami Ya Allah. :')

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Pertunangan Dr Fatin Liyana Asri

Pertunangan Dr Fatin Liyana Asri  | Akhirnya Dr Fatin Liyana Asri selamat menjadi tunangan kepada Dr Anwar Fazal. Disebabkan berita mengejut Fatin Liyana bertunang tersebar di facebook maka ramailah yang serbu blog Mek Cah hari ini di entri 'Dr Fatin Liyana Asri'. Boleh dikatakan nama Fatin Liyana Asri merupakan keyword paling panas untuk hari ini. Terkini ' 7 Gambar Sekitar Pertunangan Dr Fatin Liyana Asri Dan Dr Anwar Fazal'. :P



Yelarkan, hari ini telah berlangsungnya pertunangan blogger cantik honeykoyuki atau lebih dikenali sebagai Fatin Liyana. Mek Cah juga percaya semua blogger telah menerima khabar gembira yang Dr Fatin Liyana Asri kini menjadi tunangan orang. Majlis pertunangan yang hanya dihadiri keluarga terdekat menjadi rahsia buat Fatin Liyana namun perkongsian gambar pertunangannya melalui facebook kawan baiknya Najahtul telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat Fatin Liyana. Oh! patut la instagram FL sekarang tidak aktif buat sementara waktu tapi nasib baik blognya masih dibuka untuk semua. Haishh kalau tak memang rindu nak merisik khabar blogger cantik ni.

Tahniah! kerana mendapat Anugerah Tokoh Srikandi Negara baru-baru ini.

Fatin Liyana menjadi idola Mek Cah sejak mula-mula terlibat dalam dunia bogging, dia lah inspirasi untuk berada sehingga tahap ini. Semua kebaikan yang ada dalam diri Fatin Liyana cuba Mek Cah pelajari yang penting nama Dr Fatin Liyana Asri telah menjadi inspirasi buat semua bukan sahaja untuk Mek Cah tau. Apa yang paling memikat hati ialah "Fatin Liyana : Gambar pilihan paling comel". Sehingga kini masih tidak percaya pernah tersenarai bersama Fatin Liyana di entri ini " Tersenarai di antara 15 blogger paling cantik di Malaysia?. Addioosss


Nama Fatin Liyana terus serasi di dalam blog ini gara-gara banyak sangat keyword Fatin Liyana Asri di dalam blog ini. Mek cah selalu mengikuti perkembangan beliau dalam media massa tu Fatin Liyana semakin popular. Contohnya:-


Akhirnya Fatin Liyana bakal menamatkan zaman bujang, pasti ramai jejaka yang akan rasa kecewa nanti. hehe apapun kami peminat FL doakan semoga Fatin Liyana Asri terus berbahagia bersama yang tersayang, kalau terbaca entri ini silakan lah hantar kad jemputan kahwin. Mihmih * berangan. lol 


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tahniah! Anis Dan Azia Sah Menjadi Isteri Dan Bakal Ibu

Assalamualaikum Cinta.

Biasanya kalau episod kawan bertunang dan kahwin pasti laju-laju update di blog. Maklum lah ingin berkongsi kegembiraan bersama rakan blog. Eceh! tak syok la pula kan selalu skema bercerita pasal fesyen berselendang dan kisah travel je. Mihmih


Disebabkan masa yang agak terhad menghadap blog kesayangan sebab itu episod manis BFF Mek Cah tidak sempat dikongsikan disini. Tak pe, kalau mereka dapat baby comel pasti cepat-cepat Mek Cah update blog tentang berita gembira tersebut.

Anis Zahirah dan Zikri (01.08.14) 


Kalau tak silap tarikh pernikahan mereka 1 Ogos 2014, sebelum ini Anis dah bertunang dalam tempoh beberapa bulan. Macam tak percaya je anis bakal berkahwin, sebab anis jenis cool dan tidak banyak bercerita tentang cinta. Tup top dah nak kahwin, so tumpang gembira sahaja. Kalau dulu-dulu suka photoshoot 'Outing Ria Ria Raya sekarang perlu dielakkan sebab masing-masing dah besar. Hihi 

Paling menggembirakan hati bila anis ada beritahu berita gembira yang dia bakal bergelar ibu. Patut la dalam Facebook selalu je upload gambar baby dan mengidam itu lah, ini lah. Hehehe rupanya dah ada isi, tak sabar melihat perut Anis membesar. Olololo comelnya! 


Berita gembira dikongsi menerusi whatsapp dan Mek Cah rasa yang lain ramai yang belum tahu. kalau sebelum ni asyik dating je dengan Anis sekarang dah jarang sebab anis dah ada En. suami, lagipun dah berpindah mengikut suami ke Kerteh dan kerja pun dekat Kerteh. Jadi sekarang kami jarang keluar bersama rindu pula kenangan bersama 'Jalan-jalan dengan Cik ted' , tetapi kadang-kadang ada la juga whatsapp bertanya khabar. 

Nurul Azia dan Nadzim (11.10.14)


Yang ni kawan masa diploma UITM Machang, tapi masa ni kami tak rapat sangat cuma bertegur macam tu je. Yelarkan, Azia ni orang popular dalam fakulti kami sebab cantik dan pandai lagi-lagi orang key-el. KIhkih Mek Cah lak hanyalah pelajar biasa yang tak banyak cakap dan lebih suka berkawan dengan orang terdekat je.


Tapi bila sambung degree di UITM Puncak perdana kami mula rapat sebab kelas sekali dan setiap kali ada group assighment pasti kami bersama. Keluar buat research sama-sama [Anak raja sedang menanti di Istana Seri Menanti], jalan sama-sama. Yang paling best naik bas dan monorail ke Times Square. Hikss Azia dan Nadzim pasangan yang cool sebab tak de sangat bab gaduh-gaduh kira percintaan mereka tiada tekanan sangat. Kalau tak silap di artikel ini 'Dia yang bernama 'Markonah Meletop' dan 'Kembara di Melaka Bandaraya Bersejarah' ada gambar mereka bercinta. Masa belajar dahulu, Mek Cah je yang duk pong pang pong pang nak kahwin terus lepas habis belajar, si Azia relak je cakap aku lambat lagi. Tengok-tengok sekarang dah lain, tiba-tiba kahwin dan bakal jadi ibu juga. Ini tidak adil kedua BFF Mek Cah dah nak jadi ibu tapi diriku masih begini tetap menanti putera idaman hati. Insyaallah jodoh pasti bertemu.


Selepas tamat belajar Mek Cah balik kelantan dan cuba cari kerja di kelantan. Jarang-jarang sekali ke Key-el untuk derakss dan jumpa juga Azia. So untuk pernikahan Azia pada 28 Oktober 2014  mek cah sanggup tempah tiket flight awal semata-mata nak tengok Azia kahwin. Alhamdulillah semuanya selamat, sempat menyaksikan episod akad nikah dan bersanding. Awak kita rindu nak jalan sama-sama 'Pelajar UITM Puncak Perdana yang sesat di Pasar Karat' lagi.


Lebih gembira beberapa minggu lepas Mek Cah dapat berita Azia bakal bergelar ibu. Berita ini pun di beritahu sendiri oleh Azia melalui whatsapp. OMG! tahniah Azia dan masa itu juga terkeluar airmata. Rasa gembira, sedih semuanya bercampur. Okay! masa untuk kejar status sebagai isteri dan ibu juga. Krikk

Apa pun, Mek Cah gembira dengan perkahwinan kedua-dua BFF Anis dan Azia. Mek Cah doakan semoga hubungan mereka bersama pasangan berkekalan hingga akhir hayat, dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Amin

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cara Memakai Selendang Dengan Mudah

Cara memakai selendang dengan mudah sering di impikan oleh setiap wanita apabila mengenakan hijab. Lebih-lebih lagi mereka yang sentiasa sibuk dengan rutin seharian, jadi cara memakai selendang yang mudah semestinya menjadi pilihan buat wanita di luar sana. Syukur alhamdulillah artikel ini ' Fesyen cara pemakaian selendang' dapat membantu wanita di luar sana menutup aurat dengan sempurna lagipun cara pemakaian selendang yang mudah membuatkan pembaca mudah jatuh hati ditambah pula model yang cun melecun! :P





Melalui laman sosial instagram @hazanisfashion Mek Cah sempat berkongsi cara memakai selendang dengan mudah dan cepat. Maaf video dan tutorial tersebut kurang jelas, masa buat video tu okay je tapi bila dah upload di instagram terus jadi video pecah-pecah. Sakit hati sangat namun bersabar adalah ubat terbaik. Lullz maaf sekiranya ada yang tidak sempurna yang penting Mek Cah ingin membantu korang untuk berselendang dengan lebih mudah dan cepat. Semudah ABC tau! Mihmih


Cara Memakai Selendang Dengan Mudah | Sebelum ini Mek Cah sempat berkongsi 'Cara Pakai Selendang dari Hazanis' dan 'Tutorial pakai selendang' . Jadi ini kali-3 Mek Cah berjaya menulis cara memakai selendang dengan mudah untuk tatapan korang semua. Lagipun kebanyakan cara berselendang ini lebih kurang cara pemakaian selendang untuk tujuan promosi 'Fesyen Terkini Mini Kurung Sequin RM79 Free Postage' , dalam tu ada beberapa gambar hasil penggayaan selendang yang mudah dan cepat. Maklum lah, bila ada photoshoot semuanya kena cepat. Iskkk try and error tau! perlukan lebih tunjuk ajar lagi.


Semoga tutorial bersama video dapat membantu korang memahami, tapi maaf tak sempat nak karang ayat yang panjang untuk langkah pengayaan selendang tersebut. Ada masa yang lebih nanti Mek Cah tambahkan lagi maklumat yang penting. Semoga tutorial dan cara memakai selendang dengan mudah bermanfaat untuk semua. Bagi peminat tudung bawal boleh terjah artikel ini 'Fesyen : Cara pemakaian tudung bawal', semoga dapat membantu. Hikss

P/S:- Pengcahayaan yang berlainan dan tarikh ambil gambar juga berlainan, sebab itu warna kulit nampak lain. Lagi satu gambar pertama tu dari kamera OPPO R1, nampak flawless sangat kulit dengan berpeluhnya. Harap tiada kritikan. Tetttt

Papai. 



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tempat Menarik Di Cameron Highlands

Tempat Menarik Di Cameron Highlands| Alhamdulillah kali ke-2 Mek Cah Berjaya menjejakkan kaki di Cameron Highlands. Selepas berkunjung buat kali pertama ke sana tidak pernah memasang angan-angan nak ke sana lagi. Hihi mesti la nak cuba tempat lain pula kan. Tapi disebabkan ajakan akak Mek Cah yang baru pulang dari Sabah maka dengan rela hati nak ikut. Lagipun dah lama tak bercuti satu family macam ni ditambah pula sibuk dengan kerja. Hukss Yeayy!! Dapat tenangkan jiwa sekejap. Nasib baik ada kemera OPPO R1, pengganti DSLR [Review OPPO R1]. :P

Oh ya! yang terkini filem Polis Evo sudah boleh tonton online di artikel ini 'Tonton Online Polis Evo (2015) Full Movie'. Rugi tau kalau korang tak tengok. Khas untuk pembaca blog Mek Cah. Ahakss! :P





Antara tempat menarik yang sempat kami kunjungi di Cameron Highlands ialah :- 

1) Pasar Malam Brinchang

Disebabkan sampai pun dah nak gelap maka check in hotel bersiap turun makan dan terus ke Pasar Malam Brinchang. Kiranya kalau jalan kaki ke sini boleh je sampai tapi itu pun kalau korang larat la kan. 


Masa Mek Cah kesana hujan kot, so pergerakan terbatas sedikit. Lagipun bawa budak kecil. Jadi kejap je kesini. Gambar pun tak sempat ambil tapi kami sempat ke kedai berdekatan untuk shoping bantal hello kitty. 2 bantal RM28 kira murah la tu kan dan sempat juga beli satu untuk orang tersayang. Oopss 

2) Lavender Farm 

Tempat Menarik Di Cameron Highlands | Sebelum masuk dikenakan bayaran RM5 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak kalau tak silap RM3. Yang pasti tempat ini yang membuatkan Mek Cah paling jatuh hati. Dalam satu garden semuanya ada tau! Tak perlu susah-susah ke tempat lain. Yang penting cantik dan sesuai untuk bergambar.




Bunga kat sini boleh dipetik, sekuntum RM2 tau! Lagi best kalau datang bersama En. Suami. Cuba bodek En. Suami bagi bunga di taman bunga. Chewah!



3) Ladang Teh Boh 

Tak sempat la pula singgah di sini di sebabkan masa pun dah lewat. Lain kali lah singgah sini lagi pun pernah datang di sini suatu ketika dahulu. Biarkan sahaja memori berlalu ‘Ladang Teh Di Cameron Highlands’.


4) Kea Farm 

Kat sini sebelum ini Mek Cah dah datang. Pelbagai jenis barangan dijual. Bunga pun ada tau! Sempat la juga masa dulu pergi borong 6 jambak bunga. Dulu borong banyak bunga 'Cameron Highlands : Bunga Segar' sekarang dah mahal sikit.Hanya borong 3 jambak bunga sahaja. Sobss



Jangan lupa merasa strawberry bersalut chocolate. Sedap betul fresh strawberry bersalut chocolate ni makan di tepi jalan untuk 1 cucuk  RM2.00. Lullz memori sebelum ini terus dilupakan 'Cameron Highlands : Yummy Strawberry'.

5) Big Red Strawberry Farm 


Big Red Strawberry Farm juga merupakan salah satu tempat menarik di Cameron Highlands, walaupun singgah sekejap tetapi sempat juga bergambar. Memang sesuai sangat untuk bergambar, emak mek cah sempat beli daun salad fresh dari pokok. Amboih ma, lawan tauke Nampak. Krik krik Boleh dikatakan disini banyak tempat menarik untuk bergambar.


6) Cactus Valley 


Lokasi Cactus Valley berdekatan dengan Big Red Stawberry Farm, peminat cactus boleh singgah sini. Bawa balik sebagai cenderamata untuk tersayang pun boleh tapi kena pandai jaga la kan. Takut nanti tak sampai seminggu Cactus dah mati. Mihmih


Itu je la antara tempat menarik yang sempat Mek Cah sekeluarga singgah selama dua hari satu malam di Cameron Highlands. Sehari memang tak cukup nak pergi semua tempat, lagi-lagi bawa anak kecil macam bambam afif ni.


Selain itu, banyak lagi tempat menarik di Cameron Highlands. Antaranya ialah:-

6. Taman Agroteknologi Mardi, Tanah Rata. 
7. Kg.Tradisional Taman Sedia, Tanah Rata 
8. Ladang Teh Bharat, Tanah Rata 
9. Gunung Brinchang 
10. Gunung Berembum 


Tempat Menarik Di Cameron Highlands | Percutian kali ni kira biasa-biasa je sebab hotel pun booking last minute. Lagipun bawa budak kecil susah sikit nak jalan tapi tak pe kali ni Mek Cah happy sebab ada baby zikri dan bambam Afif. Mihmih kenangan bersama mereka masa mereka kecil tu ada la kan. Lagipun baby zikri dan bambam nak balik sabah dah tahun depan. Mungkin banyak lagi tempat menarik di Cameron Highland yang patut Mek Cah singgah tapi disebabkan kekangan masa jadi lain kali lah pulop datang bersama En. Suami. Amin 'hanyalah khayalan semata-mata'.

Papai. 



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...