Review 2 Step Synergy Effect Mask Whitening By Regen Cosmetic

Rutin harian semakin sibuk, kulit pun kadang-kadang tidak terjaga. Sebagai seorang wanita, kulit yang bermasalah dan terlalu kusam pasti membuatkan otak sedikit serabut. Mana nak cari produk yang serta merta membantu kulit muka bebas dari kulit wajah yang kusam dan gelap.


Percaya lah! perkara asas penjagaan muka ialah memerlukan mask yang boleh di pakai di hari minggu ataupun sewaktu kita berehat dari cuti kerja. Opss masa itu lah kulit perlu di manjakan. Bagi Mek Cah 2 Step Synergy Effect Mask Whitening By Regen Cosmetic yang sangat popular di KOrea banyak membantu mengurangkan masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Maklumlah, hari-hari pakai make up pergi kerja, balik rumah kadang-kadang make up pun tak sempat nak bersihkan. Jadi syukur sangat 2 Step Synergy Effect Mask Whitening By Regen Cosmetic banyak membantu dan mengurangkan masalah kulit muka ini.


Jangan kata mask tidak penting untuk muka tau! konsep ini yang silap. Seminggu sekali kulit muka harus dimanjakan dengan mask. Tak kisah la jenis apa janji selepas itu kulit muka akan terasa segar dan glowing gitu. Mihmih Sekarang tak perlu susah payah pergi SPA untuk treatment muka. Haa melalui rumah pun kita boleh buat. Yang ini pula mampu meningkatkan keanjalan kulit , menegangkan kulit muka, dan membentuk V untuk muka.


2 Step Synergy Effect Mask Whitening By Regen Cosmetic merupakan produk dari Hermo Malaysia satu jenama pembedahan kosmetik premium dari Korea. Patut la kulit awek korea lawa-lawa kan. Diorang selalu amalkan penggunaan mask. Yang tu perkara wajib bagi mereka. 


Oh ya! Hermo.my menyediakan pelbagai produk kecantikan dari jenama kecantikan yang terbaik di seluruh dunia. Bukan setakat jual mask dari Korea je tau tapi skincare, make up, dan banyak lagi produk untuk cantik persis awek korea. hehe


Apa yang menarik tentang 2 Step Synergy Effect Mask Whitening By Regen Cosmetic ini adalah no alcohol, no coloring, no mineral oil, no preservatives, dan sesuai untuk kulit muka sensitif. Selepas menggunakan mask ini kulit muka lebih lembab dan kulit muka terasa lebih lembut! Ikhlas dari hati. <3

Anda boleh mengetahui lebih lanjut di: 

Instagram :- @hermomy
Facebook :- HermoMalaysia

Sekarang Hermo.my tengah membuat promosi besar besaran tau! kiranya harga mask ini harga mampu milik, janji berkesan! 


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Fesyen Jubah Terkini Dari Berenice Couture

Fesyen Jubah Terkini merupakan fesyen yang semakin di gilai oleh remaja zaman sekarang. Lebih-lebih lagi cara penggayaan yang mudah dan cepat menjadi pilihan wanita supaya senang digayakan di mana-mana sahaja. Lagipun fesyen jubah terkini sangat sesuai untuk remaja, mereka yang bekerja , suri rumah atau sebagainya. Kini Berenice Couture tampil mengeluarkan koleksi jubah terkini yang mampu memikat hati mereka yang melihatnya. Ehh! koleksi jubah ini korang boleh buat sebagai baju raya juga tau. Mihmih :)







Berenice Couture yang kini semakin terkenal di kalangan wanita masa kini kerana material yang digunakan sangat berkualiti, tidak mudah panas, tidak jarang menjadi faktor fesyen jubah ini mendapat tempat di hati pelanggannya. Sungguh lengkap memakai jubah ini sekiranya di sertakan sekali memakai selendang labuh. Opss lihat artikel ini untuk cara berselendang yang sopan 'Fesyen cara pemakaian selendang' dan 'tutorial pakai selendang '. Hikss

"Egyptian cotton abaya direct from the land of Pharaoh. We call it Glossy Abaya"


Fesyen Jubah Terkini Dari Berenice Couture | Kini, semua wanita boleh mendapatkan fesyen jubah yang menarik ini di laman sosial facebook Berenice Couture atau hubunginya di blog dan instagram. Haaa tak susah nak cantik kan, lagipun Berenice Couture menyediakan pelbagai saiz untuk wanita di luar sana. Harga pun mampu milik! 


Harga yang berpatutan kiranya harga mampu milik untuk semua tau! Jubah terkini ataupun boleh juga di panggil sebagai maxi dress sesuai dipakai ke pejabat, ke kuliah, dinner, event dan keluar bersantai. Menyediakan pelbagai menarik dan rekaan yang menarik membantu wanita untuk bergaya, jadi ala minah Arab pasti meletop nanti. Yang penting ianya menutup aurat tau! lebih longgar dan tidak mudah melekap di badan. :)







011-32193030

“Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah” dan MUSLIMAH YANG SOLEHAH itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati.♥ 

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Pusat Jualan Kereta Murah Di Kelantan

Pusat Jualan Kereta Murah Di Kelantan | Alhamdulillah syukur, walaupun sebelum ini Mek Cah tiada kereta idaman namun untuk memudahkan urusan harian jadi Mek Cah memilih kereta Saga SV kerana harga mampu milik. Nak beli kereta mahal-mahal kerja pun biasa-biasa sahaja. Namun tetap bersyukur diberikan peluang memiliki kereta ini. Memandangkan Mek Cah aktif berniaga di ‘Hazanis Fashion’ maka kereta merupakan pengangkutan yang penting untuk ulang alik ke pejabat pos dan ambil stok untuk dijual. Jadi terima kasih Saga SV kerena melengkapi hidupku. Chewah!


Mesti bunyinya agak poyo, alahhhh Saga SV je pun kan. Tapi terpulang korang nak fikir apa janji Mek Cah dah ada kereta untuk bergerak. Tak kan nak harapkan kereta abah je kan, nak naik moto isshhh bahaya sekarang ni. Mihmih 


Bagi yang ingin memiliki kereta Saga SV dengan harga terendah boleh lah hubungi FARIZ. Untuk urusan pembelian kereta memang Mek Cah deal dengan FARIZ ni. Orangnya baik, kalau ada masalah berkaitan kereta boleh rujuk dengan FARIZ. Tak sangka pulak waris jauh-jauh. 

Dalam tempoh sebulan dah dapat kereta ini, sempat la jugak kan Mek Cah beraya dengan kereta baru. Apa-pun rezeki dari Allah, syukur mampu jugak lah bayar bulan-bulan dengan duit hasil berniaga, sekurangnya nampak la jugak aset kan. Duit? Tak kan nak habiskan berjoli selalu kan? Tak kan nak habiskan duit dengan bercinta je kan? Elok lah beli kereta sekurangnya nampak duit habis kat mana. Hikss :P

Sekarang berbalik kepada review kereta Saga SV, kini kita mampu memiliki sebuah kereta serendah +-RM350 bayaran bulanan! Sangat rendah kan, terkejut Mek Cah pada mulanya macam tak percaya je. Ok, back to main topic, kereta ni boleh available dengan 6 colour iaitu Solid White (Putih), Tranquility Black (Hitam), Genetic Silver (Kelabu Silver), Blue Rock (Biru), Elegant Brown (koko ala-ala gold gitew) dan Fire Red (Merah yang Berjaya memikat hati mekcah, Opsss tiba-tiba). Banyak kan pilihan warna yang ditawarkan. 


Apa yang mekcah tahu, kereta ini dikuasai oleh enjin CamPro IAFM 4-Cylinder, DOHC 16 VALVE. Ok, dengan harga ini mekcah dapat banyak facilities menarik yang ditawarkan seperti 2 SRS Airbags untuk safety, remote key bersama alarm, reverse sensor dan juga radio + mp3 player. Yang paling penting, kereta ini sangat la “value for money” car kerana banyak features yang kita dapat pada harga yang rendah, boot belakang pun luas juga, boleh la nak buat isi-isi barang untuk stok ‘Hazanis Fashion’. Lagi satu perkara yang berjaya memikat hati mekcah ialah kereta ini menawarkan penggunaan bahan api yang sangat rendah iaitu pada 6.3L bahan api untuk pemanduan sejauh 100km. Dengan harga minyak sekarang pada RM2.30/L, mekcah kira-kira dapat 14.5sen/km, sangat la jimat kan.


Pusat Jualan Kereta Murah Di Kelantan | Haaa, tunggu apa lagi. Hubungilah FARIZ dari J.M Otomobil Sdn. Bhd kelantan untuk dapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang kereta idaman korang keluaran PROTON. Banyak lagi pilihan kereta lain yang boleh korang survey. Jangan nak mengorat FARIZ sudah la kan. Opss jangan lupa bagitahu datang dari blog hazanis tau. Kot dapat banyak free gift nanti. Hehe :P

Sales Advisor :- Mohd Fariz Che Dir 
SMS/WHATSAPP :- +60179525207






SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi | Pasti disini ramai penggemar Jeruk Mangga Asam Boi lebih-lebih lagi bila buka facebook je terus terpampang gambar Jeruk Mangga Asam Boi. Kelihatan sangat sodap je! Ada yang sanggup order online sebab terlalu mengidam dengan Jeruk Mangga Asam Boi. Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi  semakin menjadi-jadi sehingga ramai yang membuka perniagaan jeruk mangga asam boi. Fuhh! banyak tu untung. :P



Namun lebih senang, cepat dan mudah sahaja untuk menghasilkan Jeruk Mangga Asam Boi yang sedap. Buka 'Google' berlambak Resepi Jeruk Mangga Asam Boi yang digilai ramai lebih-lebih lagi kaum wanita, kononnya mengidam la sangat kan. So apa kata buat sendiri lagi senang, jimat dan sedap!.

Gambar :- Sumber GOOGLE

Bahan-bahan jeruk mangga asam boi ialah :-

3 biji mangga muda - ikut suka nak jenis apa
gula - mengikut citarasa
5 biji Cili padi
10 - 12 biji asam boi putih
Kupas mangga muda. - Rendam mangga dalam air bersih dan masukkan sedikit garam halus. biarkan 5 minit dan tos kering.

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan termasuk biji asam boi dan gaul rata. Tambahkan garam sedikit kerana masin dari asam boi putih sudah mencukupi.
  2. Tidak perlu menggaul terlalu lama kerana boleh merosakkan buah mangga tersebut. Gaul rata sudah mencukupi. Dah siap simpan dalam bekas atau botol. Ikut pilihan masing-masing.
  3. Jeruk mangga asam boi sudah siap disimpan dalam botol dan diletak dalam peti ais.

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Yang Mek Cah punya guna epal hijau sahaja memandangkan epal hijau masam banyak sangat stok dalam peti ais. Akhirnya berjaya buat dan boleh dikatakan sangat sedap cuma terlebih lada sikit. Sobss tapi antara mangga dan epal, epal lebih sedap tau!! tak tipu punya. Hikss

Selamat mencuba. ;)


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Barang Kemas Perak Murah

Barang Kemas Perak Murah | Bila sebut sahaja barang kemas pasti ramai wanita teruja kan? sebab apa? semuanya kerana barang kemas telah serasi dengan jiwa setiap wanita. Sebelum ini 'Koleksi Aksesori di Aidilfitri' juga pernah menceritakan tentang barang kemas murah ini. Harga sangat berpatutan dan harga kasih sayang tau! :)


Sejujurnya, Mek Cah bukan penggemar barang kemas perak namun disebabkan kecomelan design tu terus jatuh hati dan nak pakai terus. Barang kemas perak dari ASIA Silver SHOP yang diukir nama sendiri 'hazanis' membuatkan Mek Cah teruja untuk memakainya.Wah! ada nama sendiri lah. Mihmih






Gelang tangan perak dari ASIA Silver SHOP baru je pakai masa keluar dating di KBMALL, tiba-tiba masa makan di Secret Recipe terus kawan tanya gelang tangan ni beli kat mana?cantik lah. Berapa ni berapa ni? Iskk teruja benor kawan Mek Cah yang bernama Fadhillah ni, kebetulan dia kerja di Secret Recipe KBMALL. Hari esoknya pergi kerja, kawan office pun tanya benda yang sama. Jadi diblog kita bercerita dari mana Mek Cah dapat gelang perak murah ni.


So, kepada penggemar rantai perak atau gelang perak boleh lah dapatkan koleksi ini di ASIA Silver SHOP, malah untuk koleksi emas pun ada mengikut bajet korang. Ternyata koleksi design mereka semuanya cantik-cantik. Kalau rantai ukir nama pun ada, so pandai-pandai la korang deal dengan jurujual tu. Tapi..tapi.. jangan lupa bagitahu datang dari blog Mek Cah tau. :P


Aksesori perak ukir nama semakin popular kerana remaja sekarang lebih suka kepada sesuatu yang simple. Hum tak kan pelajar universiti nak pakai emas kan?Fuhh nampak skema la pulak kan? so pilihan yang tepat ialah barang kemas perak macam ni tau yang paling sesuai.


Silver handcraft atau silver personalized merupakan pilihan yang tepat dan jika korang tak mampu bergaya dengan barang kemas dari emas tulen. Haa gituh!. :P


Bila tengok koleksi dari ASIA Silver SHOP terus rambang mata sebab semuanya cantik-cantik. Hukss alangkah indahnya cinta hati hadiahkan rantai emas ukir nama 'hazanis'. Lulzz Barang kemas perak ini boleh dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang tau! pasti ramai wanita diluar sana tertunggu hadiah seperti ini dari pasangannya. Kalau dapat yang emas punya lagi bagus. Mihmih

SMS/WHATSAPP :- +60169403330
Instagram :- @asiasilver
Website :- http://www.asiasilver.com.my/
Facebook :- ASIA Silver SHOP

P/S : Masa order jangan lupa bagitahu dari blog HAZANIS mana tahu korang bakal dapat dengan harga istimewa. Rugi tau tak dapatkannya sekarang .:)


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Dream Trip To Macau

Dream Trip To Macau | Yeayy! masih belum terlewat untuk menyertai contest Dream Trip to Macau yang di anjurkan oleh Nuffnang Malaysia dan Macau Government Tourist Office (MGTO). Jutaan terima kasih kepada pihak Nuffnang Malaysia kerana menganjurkan contest seperti ini dan membuka peluang kepada 3 blogger yang bertuah. Pastinya Mek Cah teringin menjadi salah seorang yang bertuah itu. Semoga impian menjadi kenyataan, so bila dah rajin menulis jadi tidak salah mencuba nasib dengan contest Dream Trip to Macau ni kan?. Lagipun semua 'fully sponsored' siapa yang tak mahu.Tunggu episod honeymoon memang lambat lagi. Jadi menang contest pun jadi la kan? Mihmih



Sebelum ini tidak pernah terlintas untuk bercuti kemana-mana negara, namun semenjak kali pertama bercuti ke luar negara iaitu 'Bandung' impian untuk menerokai negara lain terus tersemai. Chewah! mana tidaknya segala perkongsian tentang setiap percutian pasti akan dikongsikan di blog. Sekurangnya dapat memberikan informasi berguna kepada pembaca blog. Gembira kerana artikal 'Tips Bercuti Ke Bandung' mendapat tempat dihati pembaca. Justeru kalau berpeluang ke Macau pasti turut juga dikongsikan kisah selama percutian disana. Pasti artikal 'Tips Bercuti Ke Macau' dan 'Tempat Menarik Di Macau akan wujud, sebabnya? pasti traveller lain akan mencari informasi tempat yang bakal mereka tuju.




'Three Most Amazing Things' yang membuatkan Mek Cah nak sangat ke Macau kerana pelbagai tempat menarik yang wajib dikunnjungi sekiranya berkunjung ke Macau. Tempat yang paling gedik Mek Cah nak pergi ialah :-

1) Pusat Konvensyen dan Hiburan Macau Tower 



Pusat Konvensyen dan Hiburan Macau Tower merupakan salah satu tarikan pelancong dari seluruh dunia. Macau Tower mempunyai keunikan yang tersendiri kerana telah dibuka pada 19 Disember, 2001, dan ketinggian sebanyak 338 meter. Ia merupakan binaan tersergam indah yang menawarkan pemandangan panorama menawan ke hampir seluruh Macau dan kebanyakan Pearl River Delta, dari pelantar memerhati dan restoran berpusing di datar 223 meter. 



Pelancong berpeluang untuk berjalan-jalan di bahagian luar menara ini, umpamanya dengan mengikuti "Skywalk X". So, aktiviti tidak harus dilepaskan ketika berada disana! :)


Selain dari menara terdapat Pusat Konvensyen dan Hiburan 4-tingkat, restoran, panggung wayang, tingkat bawah tanah 2-datar dan plaza luar bangunan. Kalau dilihat dari segi kemudahan dan reka bentuknya ianya mempunyai persamaan dengan KL Tower di Malaysia. Namun ianya tetap mempunyai keistimewaan sendiri. Di Malaysia sendiri Mek Cah belum dapat pergi ke KL tower apa kata kalau ada rezeki boleh menjejakkan kaki ke Macau Tower. Mihmih angan-angan cukup tinggi kan, setanding ketinggian Macau Tower. :P

2) The House of Dancing Water Show 




Memandangkan kos bagi menghasilkan 'The House of Dancing Water' adalah bernilai USD250 juta. Fuhh!! keterujaan untuk ke sana semakin terserlah. USD dan juta satu angka yang cukup besar tau!, berpeluh terus bila dengar angka tersebut. Ianya dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, mempamerkan pertunjukan menakjubkan berasaskan air yang melahirkan budaya Asia di atas pentas.



Pertujukan ini cukup popular bagi pelancong dan menjadikannya sebagai 'Most Amazing Things' tau! Show berdasarkan kepercayaan Cina klasik (Confucian) mengenai 'tujuh emosi' dan memaparkan kesan pentas yang fantastik bagi produksi paling mewah yang pernah diadakan secara langsung di Asia. Haaa kalau tengok show ini pasti fikiran pun di awan-awangan ala fantasi. Ohhhh comelnya!. :)

3) The Grand Canal Shopper di The Venetican Macau



Part shopping jangan dilupakan sekiranya berkunjung ke Macau. Lagi satu Venetian merupakan salah satu tempat membeli-belah terkenal di sana. ‘Shoppes at Venetian’ merupakan pusat membeli-belah dalaman yang mewah menempatkan lebih daripada 330 buah kedai yang menampilkan butik dan jenama mewah terkenal dunia. Semuanya cukup lengkap dan menawarkan barangan fesyen, barang kemas, hadiah, aksesori sukan serta restoran. Opss kalau tak dapat shopping, cuci mata pun jadi la kan, sekurangnya dapat juga merasa berada di 'The Grand Canal Shopper'. Selain dari membeli-belah dan tertarik dengan suasana romantis dan kemegahan terhadapnya, pengunjung boleh menikmati telatah penghibur jalanan ‘Streetmosphere’ dan ‘jugglers’, ‘living statues’ dan pemuzik kerana mereka berlegar-legar di landskap Venitian berliku. konsep dan rekabentuk dia ala-ala Venice.



Lepas penat-penat shopping, boleh naik gondola yang menyusuri terusan sambil dengar suara yang merdu oleh pengayuh gondola. feeling Itali sangat. Romantiknya!

Kenapa blog LOVE IS CINTA harus diberikan peluang ke Macau kerana :-



  1. Mek Cah Sukakan keindahan dan melihat budaya negara lain. Terlalu banyak keunikan yang terdapat di sana yang tidak harus dilepaskan peluang. Yang paling penting i love travel. Mihmih 
  2. Sekiranya diberikan kesempatan ke sana pasti ruangan 'Travelog' akan di penuhi kisah sepanjang berada disana dan sekurangnya menambahkan list tempat yang Mek Cah berkunjung.
  3. WAJIB! artikal berkaitan 'MACAU' wujud di blog ini. Contohnya artikal yang bertajuk 'Tips Bercuti Ke Macau', 'Tempat Menarik Di Macau', 'Review Hotel Disana' dan pastinya lebih banyak artikal berkaitan Macau yang akan dikongsikan di blog ini.
  4. Pengalaman sepanjang di sana sudah pasti memberikan 1001 kenangan indah sepanjang bersama team bloggers yang lain disamping mengeratkan hubungan kami sebagai blogger.
Kini Mek Cah berjaya menyahut cabaran 'Dream Trip To Macau' yang dianjurkan oleh Macau Government Tourist Office (MGTO) dengan kerjasama Nuffnang Malaysia. Menang kalah ada pertandingan. Opss Kunjungi Macau Government Tourist Office (MGTO) kerana pelbagai info berguna kepada semua lebih-lebih lagi yang bakal berkunjung ke sana. ;)

Thanks and Regards,

Hazanis


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cek Nuffnang ke-5

Cek Nuffnang ke-5 | Dulu, tak pernah terlintas menulis blog untuk di jadikan sumber kewangan sambilan. Menulis disebabkan minat namun sekarang di samping menjadikan hobi, menulis blog juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Sekurangnya dapat buat isi minyak kereta pun jadi la kan? . So " Tips mendapatkan & mengekalkan BE nuffnang" ada di artikal ini, rugi kalau tak baca. Hikss


Alhamdulillah Cek Nuffnang ke-5 ini mampu buat beli selipar baru, yang lama dah macam merajuk sebab dah banyak buat hal. Mihmih tadi terus cheque deposit dan terus ke KBMALL untuk ushar selipar baru. Jumpa yang murah dan lepas tu yang lebih boleh isi minyak kereta. Alahai mood menunggu 'Blogbuster Oral B supernova 3' sebab melalui Blogbuster campaign dapat buat duit banyak-banyak. Rindu tau!


Sebelum ini pernah 'Cashout Nuffnang RM1272.67', masa tu happy sangat sebab boleh buat modal bercuti ke Bali tau. Sebab tu wujudnya artikal kenangan ini 'Percutian bajet ke Bali'. Mihmih Malah pernah juga bertukar kepada KOMLI namun macam susah je sebab perlu hantar invoice bagai, mek cah dah la pemalas jadi pilihan terbaik adalah Nuffnang senang cukup RM50 dah boleh cashout! cepat dan mudah! :P



Okay kepada blogger semua, boleh guna Nuffnang untuk buat duit sampingan. Cuba sabarkan diri korang semua kalau nak dapatkan BE. Semoga kita semua dimurahkan rezeki.  Amin. Papai. ;)


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Hazanis di Metro Ahad : 26 Oktober 2014

Assalamualaikum Cinta.

Hazanis di Metro Ahad | Busy...Busy...Busy dengan kerja membuatkan Mek Cah tidak berkesempatan untuk update tentang diri sendiri. Kisahnya telah lama berlalu iaitu 26 Oktober 2014 lagi. Tapi dah masuk November baru berkesempatan untuk menulis tentang diri.




Alhamdulillah Mek Cah ingin melahirkan rasa syukur kerana dapat muncul di dalam Harian Metro Ahad. Sungguh tidak sangka dapat diberikan peluang sebegini lebih-lebih lagi sekarang Mek Cah kurang aktif menulis. Kisahnya bermula selepas Mek Cah muncul di dalam "Safiyya : Hazanis Blogger Fesyen Hijab". Mungkin sebab itu ada wartawan ingin menulis tentang diri ini. Namun sebelum keluar di dalam Harian Metro, Mek Cah juga diberi kesempatan untuk muncul di dalam "Dunia Blogger Hazanis Di Majalah Harmoni". Terima kasih Miss wartawan. :)


Jemput baca "Tutorial pakai selendang", mungkin tutorial lain lagi akan menyusul. Terima kasih semua yang menyokong blog ini, insyaallah Mek Cah akan pastikan blog ini terus memberikan informasi kepada semua terutamanya tentang fesyen tudung. Muncul di media telah menjadi penamat 2014. Insyaallah tahun depan doakan kebahagiaan Mek Cah. Amin. 

Papai. :)

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...