Review Japan Silk Mask dari Lazada Malaysia

Assalamualaikum cinta.


Sebagai admin kepada blog Love is Cinta dan tanggungjawab sebagai pekerja maka rutin harian tersangatlah sibuk memandangkan tanggungjawab yang dipikul boleh dikatakan besar. Jadi hari-hari yang dilalui tersangatlah sibuk. So bila waktu kerja perlu focus pada kerja, haruslah menjadi pekerja yang baik kan. Malam pula sibuk blogwalking dan update blog kesayangan. Maka, online business hazanis fashion kadang-kadang terabai namun order untuk barangan yang mek cah jual tidak pernah putus. Alhamdulillah. 


Memandang selalu je sibuk maka penjagaan muka harus dititik beratkan. Walaupun sibuk bagaimanapun kulit wajah muka harus dijaga. Ehem nasib baik ada - Sheer off crease - Japan Silk Mask dari Lazada Malaysia sebagai salah satu produk penjagaan muka yang mampu membuat kulit wajah sentiasa segar walaupun penat bagaimanapun. Mihmih terima kasih Lazada Malaysia kerana menyediakan produk yang betul-betul membantu mek cah untuk menjaga kulit muka.


Yang mek cah pakai ni Sheer off crease - Japan Silk Mask bertindak sebagai anti penuaan dan mencerahkan kulit muka. Rasa gebu gebas je bila pakai mask ni. Lembut bagai kulit baby, biasanya kulit mek cah cepat allergic dengan produk atau mask sebarangan tetapi dengan Sheer off crease - Japan Silk Mask begitu serasi dengan kulit mek cah. 

Selain menjual barangan smartphone, aksesori wanita dan lelaki dan sebagainya Lazada Malaysia juga turut menjual Produk Penjagaan Wajah Online. Kebanyakan Produk Penjagaan Wajah Online yang dijuat memenuhi citarasa remaja masa kini kerana berasaskan natural produk. Lagi pun produk Japan Silk Mask mampu membuatkan kulit wajah bak gadis korea. hikss

Hidup semakin ceria dengan mengamalkan set penjagaan wajah dengan betul. Love Japan Silk Mask. :)

Japan Silk Mask terdiri dari banyak jenis, terpulang mengikut citarasa pengguna ataupun jenis masalah kulit yang dihadapi. Antaranya ialah


Yang mana berminat dengan Produk Penjagaan Wajah dari Lazada Malaysia boleh la terjah ke page Lazada Malaysia sekarang. Yang pasti sekarang tengah banyak sales serendah RM1 untuk barangan lain. So cepat-cepat tau jangan lepaskan peluang ini.

Website : http://www.lazada.com.my/
Facebook : Lazada Malaysia


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Zon Pantai Timur : Jom Outing dan Bengkel Fotografi

Bengkel Asas Fotografi dan program Jom Outing | Assalamualaikum cinta, hari minggu sentiasa dinantikan sebab boleh rehatkan minda dari penat bekerja. Tetapi buat rakyat kelantan boleh la menghadirkan diri ke Bengkel Asas Fotografi dan program Jom Outing dimana cikgu Tarmizi Shukri yang amat mahir tentang dunia fotografi akan berkongsi ilmu dengan mereka yang berminat dalam dunia fotografi .Nak tahu lebih lanjut tentang cikgu Tarmizi Shukri silalah jenguk sendiri ke:







Blog : http://tarmizishukri.com/ 
Facebook  :https://www.facebook.com/TarmiziShukriBlog
Instagram  :http://instagram.com/tarmizishukri
Twitter : https://twitter.com/tarmizishukri


"Saya dapat banyak PM kat FB dan Insta bertanyakan cara nak ambik gambar-gambar ini"

"Gambar-gambar ini saya edit tone warna sahaja dalam iPhone dengan apps Vscocam dan Mexture. Bokeh atau yang blur2 tu semua original."

Rahsia mengambil gambar macam ni?? Nak tahu sila lah join Bengkel Asas Fotografi di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu pada 27 September 2014 , 8.00 pagi - 12.00 Tengahari dan yuran sebanyak RM100 dikenakan.:)



Kalau nak tahu macam mana nak dapatkan hasil macam ni hanya dengan DSLR entry level atau dengan smartphone, boleh datang ke Jom Outing 4 di lokasi berikut.


Tempat: Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu
Tarikh: 26 September 2014
Masa: 4.00 - 6.00 petang
Yuran: Percuma


Dan bagi yang berminat untuk belajar lebih detail boleh hadiri Bengkel Asas Fotografi di lokasi yang sama. Tapi kena cepat sebab tempat sangat terhad.

Tempat: Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu
Tarikh: 27 September 2014
Masa: 8.00 pagi - 12.00 Tghari
Yuran: RM100 / seorang




[ PROMOSI PENAJA ]

Disamping itu penaja kali ini, ASIA Silver Shop nak bagi peserta yang Jom Outing & Bengkel Asas Fotografi diskaun 15% untuk rantai leher, rantai tangan, cincin, brooch dan subang.

Maklumat lanjut:

Facebook: ASIA Silver SHOP
Whatsapp / SMS / Wechat: 0147169570

Begitu hebat ASIA Silver Shop keran menjadi penaja untuk Bengkel Asas Fotografi & Jom Outing 4 yang akan diadakan nanti. Tarmizi Shukri dah tak sabar nak jumpa orang-orang Kota Bharu. Tunggu ya. :P



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Jemputan Ke Program 'His Excellency' Bersama Amar Baharin

Jemputan Ke Program 'His Excellency' Bersama Amar Baharin | Assalamualaikum rindu. Buat para peminat Amar Baharin, program ini memberi peluang keemasan untuk korang berjumpa secara live dengan Abang Zen yang selalu menjadi pujaan hati korang. Mohon jangan lepaskan peluang keemasan ini tau. - Ehem. pengaruh drama Kerana Terpaksa Aku Relakan punya pasal. *Mihmih 


Program 'His Excellency' Bersama-sama Amar Baharin


Program: 
His Excellency bersama Amar Baharin

Bayaran Pendaftaran: 
RM350.00

Tempat: 
HQ Hawa Ghazzali Collections, Bungalow No. 6, Jalan Taman U Thant 1, 55000 Kuala Lumpur.

Tarikh: 
11 Oktober 2014

Masa: 
3.3pm-6.00pm

Pembayaran pun mudah je kerana bayaran boleh dibuat secara ansuran. Bayaran pertama boleh dibayar sebanyak RM200 dan bakinya sebanyak RM150 boleh dibayar pada bulan depan. 

Nombor akaun untuk pembayaran boleh didapati dari HQ Hawa Ghazzali Collections dengan menghubungi nombor dibawah:

1) 03-2141 8801
2) 03-2141 4802

Istimewa Untuk Staf Celcom :

Sila rasa beruntung ya semua staf Celcom sebab korang berpeluang menghadiri program His Excellency bersama-sama Amar Baharin ni secara PERCUMA!!! 

Untuk lanjut korang boleh baca di entri Promosi Istimewa Untuk Staf Celcom ni.

Macam mana caranya? 

Korang bolehlah pergi ke Program Celcom yang berlangsung selama 5 hari mulai 22 September . Kemudian, dapatkan Ambassador Set atau Excellency & Majesty Set (dalam gambar di bawah) daripada Hawa Ghazzali Collections dengan harga promosi. 

Setiap pembeli bagi dua set promosi ini akan diberikan tempat duduk secara percuma di Program 'His Excellency bersama-sama Amar Baharin!!! siapa yang tak nak kan. sambil membeli dan bergaya korang juga dapat beramah mesra bersama selebriti yang namanya kini meningkat naik iaitu Amar Baharin. Mek cah pun nak lah! gedix tau.:P

Papaii.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Promosi Istimewa Dari Hawa Ghazzali Collections Untuk Staf Celcom

Promosi Istimewa Dari Hawa Ghazzali Collections Untuk Staf Celcom | Bunyi macam woww! memang bertuah sangat bagi staf Celcom kerana mendapat keistimewaan dari Hawa Ghazzali Collections. So yang berniat nak berhenti bekerja dengan Celcom sila hold dulu kerana ternyata korang adalah insan yang paling bertuah. Yang bukan sta Celcom boleh gigit jari je .:P



Kenapa staf Celcom yang bertuah hari ni? 

Staf Celcom seluruh Malaysia sangat bertuah hari ni kerana mempunyai peluang mendapatkan koleksi perhiasan porselin handmade mewah dengan harga promosi daripada Hawa Ghazzali Collections!!!!! Eeeeeeee nak jugak lah! :D

Kebanyakan staf Celcom ni ramai yang lawa-lawa suka berhias so kepada yang dah lama termimpi-mimpi untuk dapatkan barang perhiasan unik yang direka khas dan dipilih secara personal oleh Datin Lynda aka "Queen of Porselin" dialu-akukan untuk ke Pameran Celcom yang telah bermula sekarang.

Tempat: kafeteria tingkat 5, bangunan Celcom, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 
Tarikh: 22 September hinggalah 26 September 2014

Promosi Istimewa Dari Hawa Ghazzali Collections

Set yang ditawarkan adalah

Ambassador Set
Harga Sebenar: RM429.80
Harga Promosi: RM350
Potongan: RM79.80

Majesty and Excellency Set
Harga Sebenar: RM550.80
Harga Promosi: RM398
Potongan: RM152.80

Hawa Ghazzali Collections

Bracelet diperbuat daripada 925 silver dan biji-biji yang diletakkan pada bracelet tu kita panggil murano glass. Sangat the class. Mihmih

Mana-mana staf Celcom yang tinggal berdekatan Kuala Lumpur boleh la mengambil peluang untuk ke Pameran Celcom dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga potongan macam ni untuk barangan perhiasan dari Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa. sangat ekclusif okay!!

Bukan itu saja!!!

Korang yang membeli produk Ambassador Set atau Majesty & Excellency Set dalam tempoh promosi ni juga berpeluang berjumpa dengan 

pelakon terkenal iaitu Amar Bahrin semasa majlis High Excellency secara percuma!!!!

amar barahin

Siapa Amar Baharin?

Dialah Abang Zen dalam drama popular Kerana Terpaksa Aku Relakan! Oo.. Sebut Abang Zen baru kenal ek? Mesti ramai peminat abang hensem ni. opsss

Kalau korang staf Celcom and berhasrat untuk jumpa Abang Zen smart hensem gorgeous hot ni secara dekat, jangan lupa dapatkan Ambassador Set or Majesty & Excellency Set daripada Hawa Ghazzali Collections ni.

Bila lagi nak dapat peluang macam ni? Dah la dapat barang perhiasan cantik kebabomm, made in Italy dengan harga promosi lagi. Lepas tu dapat pulak berjumpa Amar Baharin aka Abang Zen ni. Mohon jangan lepaskan peluang ni tau. :D

P/s- booth Hawa Ghazzali Collections ni akan dibuka bermula semalam. sempatkan diri untuk kesana. Selamat bergaya dengan barang cantik ekclusif staf Celcom. :)

Papai.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Review : Set Kecantikan Kulit Shaklee Untuk Wajah Cantik Berseri

Set Kecantikan Kulit Shaklee Untuk Wajah Cantik Berseri - Alhamdulillah kini mek cah beralih menggunakan produk Shaklee selepas di cadangkan oleh kakak mek cah sendiri yang sentiasa setia bersama Shaklee. hati tergoda dengan kulit wajah kakak mek cah yang tiada masalah kulit muka. so, bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk wanita yang telah berkahwin pastinya ingin kekal kelihatan cantik di hadapan suami.



sebelum ini mek cah ada amalkan suppliment "Review : Emilay Whitening Clear Spots USA" , hasilnya sangat memuaskan untuk kulit wajah sihat dan putih. tetapi tidak serasi dengan diri ini selepas mek cah dapati selera makan bertambah. Opss mek cah tak nak gemuk tapi nak jugak kulit cantik. so kalau yang mempunyai berat badan berkurangan boleh amalkan Emilay Whitening Clear Spots USA disamping mencantikkan kulit. budjet pun rendah hanya RM40 sahaja. :)





so selepas mendaftar sebagai ahli Shaklee mek cah cuba amalkan menggunakan set Kecantikan Kulit Shaklee Untuk Wajah Cantik Berseri. Ini lah suppliment yang mek cah guna buat masa sekarang, alhamdulillah set ini banyak memberi perubahan pada kulit dan berat badan mek cah. selain Lechitin RM52 untuk kurus. WINK!


KELEBIHAN SET KECANTIKAN SHAKLEE

HARGA PROMOSI 1 SET : RM285 FREE POSLAJU
SABAH/SARAWAK ADD RM5

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit (RM149):
  1. Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  2. Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  3. Menjaga kelembapan kulit
  4. Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit (RM92):
  1. Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  2. Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  3. Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit (RM53):
  1. Sebagai pelembap
  2. Mencegah pigmentasi
  3. Melambatkan tanda penuaan
  4. Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  1. Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  2. Mencegah penuaan
  3. Menjadikan kulit lebih kenyal
  4. Mencerahkan kulit
  5. Menjaga kulit dari sinaran UV
  6. Mengurangkan parut jerawat
  7. Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  8. Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  9. Menjadikan wajah lebih berseri

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia meningkat. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri. Untuk penjagaan wajah boleh guna "Review : Dnars skincare".

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
hazanis/hanisah hasbullah

♥ Sms/whatsApp: +60108931044
♥ Emel : hazanis88@gmail.com
♥ Facebook: Hazanis Blogspot

Untuk kesan yang lebih cantik dan juga untuk masalah kulit tertentu, kita juga boleh mengambil ESP atau GLA Complex. Boleh hubungi saya untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda. Sila nyatakan terlebih dahulu masalah anda. InsyaAllah saya akan membantu anda.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE Nuffnang ke-27 & 28 : HP PC Demand Gen Digital dan Kotel SELV

Alhamdulillah, BE/CPUV yang ke-27 ialah HP PC Demand Gen Digital masih beraksi diblog ini walaupun jarang sekali nak jumpa. kebetulan hari ni dah terjumpa. Yeayy! begini rupanya. iklan HP PC Demand Gen Digital bermula 22 August lagi tetapi belum berkesempatan update mengenai. Alhamdulillah masih melekat. 







Brand HP merupakan brand yang sentiasa menjadi pilihan semua. teringin nak ada notebook macam ni. tergoda tau!


BE/CPUV yang ke-28 ialah Kotex SELV. Kotex sedang menganjurkan satu peraduan berselfie dengan tawaran hadiah yang menarik. Hadiah utamanya baucar pelancongan bernilai RM3000 dan juga ada hadiah sampingan iaitu baucar beli belah bernilai RM100 untuk 30 pemenang. Hadiah utama plak untuk 3 pemenang. Untuk maklumat lanjut, boleh terjah Kotex SELV. Gila selfie? boleh la join. Mihmih 


Terima kasih kepada Nuffnang, HPdan Kotex kerana murah hati bagi BE/CPUV. Next BE/CPUV tetap ku nanti. Yeszaa. opss happy dengan yang ni "Cashout Nuffnang ke-4". :)

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Hazanis dan Sunsilk Lively Clean & Fresh Episod 3 Safiyya

Assalamualaikum cinta.

Kalau dulu tidak pernah bermimpi nak masuk dalam rancangan Safiyya yang menjadi kegemaran wanita muslimah. suka menonton rancangan Safiyya kerana pelbagai segmen menarik yang boleh di tonton. Pelbagai info dan tips untuk menjadi wanita yang berjaya lebih-lebih lagi bagi wanita yang bertudung. Opss hijabista yang ditampilkan juga cukup memberi inspirasi kepada mek cah untuk terus berjaya dalam hidup.


TV show : Safiyya
Channel : TV9
Time : 11 AM
Date 14 September 2014

Namun, rasa nak horeyy horeyy je bila dapat email dari pihak paintinmotion.tv. Mihmih tapi kan, masa tu masih blurr betul ke dengan email yang mek cah dapat ni, ke diorang silap hantar. Masa dapat email terus baca, dan mek cah biarkan sahaja email tu tidak berbalas. hanya menunggu masa yang sesuai untuk replay email tu kerana masa tu tengah busy uruskan "hazanis fashion". Akhirnya dapat panggilan dari pihak paintinmotion.tv sama ada mek cah bersetuju atau tidak dengan tawaran mereka. Arghh masa tu terus kata setuju padahal dalam hati boleh ke aku buat ni. T.T

Wajib selfie diatas permintaan krew. Lolzz cara pakai selendang macam mek cah lihat sini "cara pakai selendang dari hazanis".

Akhirnya masa telah ditetapkan untuk shooting, masa tu pertengahan Ramadhan kalau tak silap. so nasib baik ada member yang tolong snap mek cah tengah shooting. terima kasih kawan!!



Akhirnya hampir 2 bulan selepas siap shooting maka mek cah akan ditampilkan dalam Sunsilk Lively Clean & Fresh_Episod 3 di dalam Safiyya pada 14 september 2014 jam 11 pagi hanya di TV9 dekat dihati. Mihmih. Jangan lupa tengok tau. Maafkan sekiranya banyak kekurangan sepanjang slot mek cah berlangsung. Yang pasti banyak tips berguna yang dikongsi bersama untuk wanita muslimah dan pastikan Sunsilk Lively Clean & Fresh menjadi pilihan hati untuk penjagaan rambut bagi wanita berhijab. Papaii. Muah!


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Percutian ke Ho Chi Minh, Vietnam - Day 1

Percutian ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam pada mulanya tidak menjadi pilihan buat mek cah untuk bercuti. Tak pernah terfikir pun akan sampai ke sana. Cadangan bercuti di Vietnam oleh rakan mek cah diterima sahajo memandangkan hati meronta meminta untuk bercuti. Opss kalau ke Krabi pastinya balik rumah sunburn gituh. So pilihannya bandar Ho Chi Minh ,Vietnam sebab tempatnya unik dan boleh shopping barang murah. Rezeki kami bila dapat harga tiket RM245 return. Syukur bajet lebih untuk flight boleh di simpan untuk hotel.


Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 5 minit sangatlah bosan lagi-lagi perut mek cah asyik menyanyi je. Bila nak sampai sebab tak sabar nak ngap bekal yang kami bawa dari Malaysia. Stok kami bawa hanya maggi, biskut, roti sahaja sebab kami tahu di Vietnam makanan halal kat sana harga 2x ganda dari Malaysia tau. Sob boleh la diet. lolzz


Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat kami perlu melalui pihak imigresen. Itu yang lama sikit. Tapi tak pe asalkan kami dah selamat sampai di bumi Vietnam. Kalau disini kami tak perlukan travel guide seperti di bali “Percutian bajet ke Bali“ kami perlukan supir untuk membawa kami berjalan-jalan. Tetapi disini kami main redah je, nak gerak ke hotel pun naik bas sahaja untuk ke Ben Thanh yang tambangnya dalam duit Malaysia lebih kurang RM1 sahaja. Wow!! Boleh jimat. Hikss Dah sampai airport, boleh pilih bas untuk ke Ben Thanh (keluar je dari pintu airport belok kanan, bertentangan dengan Burger King, cari bas nombor 152).


Ini lah rupa Bas bernombor 152 . Kami tahu pun lepas baca kisah blogger lain yang kesini menggunakan bas ini untuk ke hotel mereka . Katanya lebih jimat untuk percutian bajet. Tengoklah pelancong asing pun guna bas ini tau walaupun diorang kaya. Lolzz beg diorang besar-besar, bas sempit. Sabar jelar kata nak percutian bajet kan?wuwu 


Akhirnya kami sampai di Lele hotel. Pening jugak nak mencarinya tapi dekat je dengan tempat untuk shopping. Kami dah plan awal-awal nak hotel berdekatan ben than market. Selepas check in hotel kami terpaksa meninggalkan passport dan bayaran hotel perlu dijelaskan selepas kami check out. So passport pun dapat. Hehe


Sampai bilik terus mandi-mandi dan solat sebab nak gerak ke Pasar malam Ben Thanh market dan mencari kedai untuk kami makan. Sebelum keluar wajiblah selfie dahulu. Oh tidak, gambar hotel lupa nak snap sebelum kami rasmikan untuk buat bilik bersepah dengan barang shopping. Hehe


Kami ke money changer berdekatan untuk tukar duit dong. Tips ke sini tukar duit dong sikit sahaja tak pe, sebab kalau shopping kebanyakan peniaga menerima wang Malaysia. Lagi untung dan jimat tau. Kat sini ada yang fasih berbahasa Malaysia. Lupa nak bawa duit Malaysia banyak-banyak. Sobssss T.T


Penggila kain cotton pasti sakit mata tengok baju ni semua. 3 pasang RM100 tau. Iskk menggoda betul. Nasib la mek cah ni dah tauke kain di "hazanis fashion". hikss so tak de la tergoda sangat. Lagipun sekarang jarang pakai baju kurung. Suka yang mini kurung koleksi sendiri. semua gambar di sini mek cah guna OPPO sahaja. "Review Oppo R1"



Yang ni memang tergoda habis sebab RM28 sepasang yang dah siap jahit ! terus beli 2 pasang untuk diri sendiri padahal tak fikir aku nak pakai ke ni. Ades tapi nasib baik bila whatsapp adik dan kakak diorang kirim 2 pasang setiap sorang. So maknanya malam esok kena beli dan datang lagi kat sini. Kalau 2 pasang RM52 !


Jalan tetap jalan, makan tetap makan. Perut dah lapar so kami singgah makan di Restoran Hajah Basiroh yang merupakan salah satu kedai makanan halal di sini terletak di kampung melayu. Blogger lain pun suggest makan kat sini sebab sememangnya halal. Nak cari kedai halal susah tau.humm


So Mek cah order nasing goreng ayam dan teh o’ ais. Nasi goreng ni berharga RM10 lebih kalau tak silap. Kat Malaysia boleh tapau 2 bungkus kot. Tak pe lah demi tenaga untuk shopping. Krikk

Hari pun dah lewat, badan pun dah penat sebab sampai je terus keluar. Memang kaki ni dah sakit dengan kasut yang dah lama pakai. So jalan punya jalan terjumpa simple wedges, mek cah pendek so perlulah selipar tu ada tapak tinggi sedikit. Lolzz tapi yang pasti cukup selesa tau. RM13 sahaja, beli terus pakai.




Sampai hotel terus golek-golek atas katil sambil berwhatsapp dengan kesayangan di Malaysia sambil bergosip dengan mereka yang lain. So tunggu keesokan hari untuk ke sungai Mekong. Tunggu next entri pulak untuk day-2. Papai. Muah!


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cek Nuffnang ke-4


Assalamualaikum rindu muah muah muah!


Hampir sebulan tak update blog, terasa amat kecewa dengan diri sendiri sebab terlalu sibuk memanjang sampaikan blog terpaksa diabaikan. Sobss T.T


Sedih tu memang sedih tapi part happy tu ada juga. Mihmih Alhamdulillah mek cah berjaya menjejakkan kaki ke Vietnam hasil dari menulis blog. Yippi terima kasih Nuffnang dengan cek yang terbaru ni walaupun dah lama dapat. Opsss dah habis pun. Mihmih semoga BE yang ada terus melekat dan semoga ada rezeki lagi dengan "Blogbuster campaign". Fuh! nasib baik sempat update entri ini "Cashout Nuffnang ke-4"


So next entri mungkin kisah percutian ke Vietnam dan review produk terkini yang ada di "hazanis fashion". rindu nak aktif berniaga, cuti lama sebab nak dapatkan ketenangan. Hikss Alhamdulillah rezeki. Lagi satu kisah Mek cah bersama Sunsilk Lively clean & Fresh akan dikongsi disini nanti. :P

Cek Nuffnang ke-3 biasa-biasa sahaja, tetapi yang kali ni mampu ke Vietnam, haishh tak sabar nak kongsi tips ke Vietnam dan ke mana mek cah menghilang dari dunia blog. So kepada newbies semoga sentiasa bersabar dengan cabaran yang ada dalam dunia blog. pastikan diri ikhlas dengan blog sendiri!! Papai ;)



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...