BE Nuffnang ke-22 : Ford Fiesta Phase 2

BE Nuffnang ke-22 : Ford Fiesta Phase 2- sekarang kurang dah rasa kecewa dengan Nuffnang. eceh! sekarang Nuffnang baik hati, dulu-dulu pun baik hati juga lagi-lagi selalu bagi BE/CPUV bertahan lama. hope BE/CPUV kali ini bertahan lama seperti "BE Nuffnang ke-9 : RHB Debit Mass Usage". Opsss terbodek la pulak. Mihmih


Jarang sekali blog mek cah menerima BE/CPUV berkaitan kereta iaitu BE Nuffnang ke-22 : Ford Fiesta Phase 2-Alhamdulillah, syukur sebab terpilih. Thank you Nuffnang dan advertiser kerana memilih blog ini. Fuh! nasib la kan. 

sejujurnya mek cah tak pro sangat pasal kereta tapi dalam hati memang niat untuk memiliki kereta sendiri. Nampaknya kereta Ford Fiesta Phase 2 telah memikat hati ini. cun weh!


so siapa yang berkenan boleh la terjah sekarang. banyak promosi dan kelebihan yang korang akan dapat. laju-laju terjah bagi pencari kereta tegar macam mek cah. buat pilihan dengan bijak okay!. :)

Ehem, tengok iklan macam ni tlong terklikk yer. krikkk
Semoga "BE Nuffnang ke-21 : DiGi - Project Red" yang sedang running sekarang ni bertahan lebih lama. sekurang-kurangnya mampu buat bayar bil P1 setiap bulan jadi la kan. nak dapat beribu riban sekarang susah, melainkan dapat offer campaign blogbuster dari Nuffnang. Entri macam ini "Pelakon tambahan dalam Ambi Pur Home Tectonic" ini punca earning korang akan naik mendadak tau! thank you Nuffnang. :)

Artikel menarik berkaitan Nuffnang:

Thanks for reading. xoxo.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Percutian ke Bali : Day 2

Hello Love.. Miss you Bali..


Percutian ke Bali dah berminggu berlalu. eceh! tapi masih segar dalam ingatan tentang tempat menarik di Bali. opss mek cah dah mula cintakan pantai. krik. Alhamdulillah, perkongsian hari pertama di sana telah pun selamat di publish. Belum membacanya sila lah ke entri ini "Percutian ke Bali : Day 1". so, bagi yang nak tahu jumlah keseluruhan kos kesana boleh juga terjah ke entri ini "Percutian bajet ke Bali". hope dapat membantu korang yang merancang untuk ke sana nanti.



Yang pasti percutian mek cah ke Bali adalah percutian bajet. shopping sikit sahaja, cuma ke sana untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah. Yang pasti Bali kaya dengan budaya adat resam iaitu kepercayaan dimana kebanyakan penduduk di sana beragama hindu. 

-BALI BIDADARI BATIK-

Memandangkan waktu subuh awal di Bali maka selepas solat subuh, tidur balik dan bangun semula untuk bersiap untuk dating bersama Pak Eddy merangkap driver kami yang sangat sporting. perjalanan untuk hari ke-2 memang panjang kerana lokasi tujuan kami sangat jauh. kononnya nak tengok sunset di Tanah Lot. Mihmih memulakan perjalanan menuju ke Tanah Lot singgah dahulu di Bali Bidadari Batik yang terkenal di kalangan pelancong asing. proses pembuatan batik boleh tengok secara live. Berlainan sedikit dengan kisah di Terengganu "Tempat menarik di Kuala Terengganu". 


singgah dalam 30 minit. syok berselfie dan lepas tu bergerak menuju ke padi bukit. ehem! selalu tengok dalam blog jer, sekarang teruja nak tengok secara live. Alhamdulillah


sekiranya korang nak buat kenang-kenangan boleh sahaja minta pekerja di situ lukis apa-apa je di baju korang. mungkin i love bali ke. yang pasti ada charge dikenakan. hihi kami hanya melihat sahaja, tidak berminat untuk mencuba. okay saving untuk dinner sebab barang kat sini mahal sedikit berbanding di tempat lain. 

-PADI BUKIT-


kebanyakan di sini hanya untuk bergambar sahaja. parking yang terhad memang sukar untuk para pengunjung singgah di sini. kebetulan rezeki kami dapat parking dan terus turun kereta dan bergambar. terasa nyaman dan bahagia kalau dapat ke sini bersama suami tercinta. okay! mula dah berangan. sob sob T.T


cantik di pandang, tapi kami tak berani nak bertanyakan harga kerana sepertinya harga mahal dari teMpat lain. hii so tengok sahaja. tapi...... akhirnya mek cah terbeli gelang untuk adik mek cah. lagi satu beg i love bali. okay! harga memang jauh berbeza dengan tirtampul. so jangan beli kat sini tau!. nak jimat katakan. krik

-KINTAMANI HILL-


Di kawasan berbukit ala pergunungan, memang suasana yang sangat sejuk berbeza dengan susana pantai yang panas "Percutian ke Bali : Day 1". teringat perjalan mek cah ke Tangkubang Parahu di Bali hari tu. "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu) dan "Percutian ke Bandung : Day 1 (Strawberry land, Floating Market, De' Ranch" sangat sejuk dan perjalanan berbukit. di sini lebih best kalau lunch, tapi kami plan tak nak lunch dan hanya singgah bergambar disini sebagai kenangan.

fokus dalam hati, nekad tak nak terpengaruh dengan jurujual disini. memang ikut je kami jalan, sama kisah di sini "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu) . hum akhirnya tergoda untuk mencuba inai yang lukis ditangan. Akhirnyaa??


Tips ke Bali! Di kintamani mek cah kena tipu disini. Deal untuk lukis inai rp10,000 untuk sebelah tangan. So untuk 2 belah tangan rp20,000 sepatutnya. Tapi bila dah siap di bilangnya rp100,000. Kena tipu! Pak supir edy pun juga terkejut. Malas nak gaduh bayar jerk rp100000 - lebih kurang rm33 gituw. Sayang ya ambak! Inai bukan cantik pun! So hati-hati bila ke kintamani. Jangan di layan orang yang ikut korang. Cakap terima kasih saja dan bilang aja sudah ada. Kebanyakan menipu disana. Mungkin xde rezeki semalam. Insyaallah orang teraniaya akan di bantu Allah.mungkin rezeki di tempat lain atau mungkin si penipu itu di tarik rezekinya. Winkkk. -,-'
tak pe, Allah kan ada. smile. :)

-PURA TIRTA EMPUL-

Pura Tirta Empul sebagai peninggalan Kerajaan di Bali, salah satu dari beberapa peninggalan purbakala yang menarik untuk disaksikan dan diketahui. 


Disebelah Barat Pura tersebut pada ketinggian adalah Istana Presiden yang dibangun pada pemerintahan Presiden Soekarno.

Tirta Empul artinya air yang menyembur keluar dari tanah. Maka Tirta Empul artinya adalah air suci yang menyembur keluar dari tanah. Ramai penduduk setempat bersembahyang disini.


Benda ni selalu jumpa kalau pergi mana-mana. okay kepercayaan mereka dan benda ini juga digunakan upacara sembahyang bagi agama diorang iaitu Hindu. colourfull gituh!


ukiran dan seni bina sangat unik. hampir sama dengan tempat yang lain. kelihatan patung sana sini dah menjadi perkara biasa. kiranya Bali masih kuat tentang kepercayaan, dan menjadi tarikan utama pelancong ke sini.

-TANAH LOT-


Ramai betul pelancong disini! ramai juga yang photoshoot disini sambil tunggu sunset. Akhirnya tanah lot di depan mata. cuaca panas sangat lah ohsem membuatkam kami sangat dahaga air. yang pasti kami tak akan lepaskan saat manis disini. waiting.... sunset...Muah!!


sambil tu kami sempat berselfie dahulu. Yippii, abaikan gosip-gosip di kiri kanan kami. yang pasti akan ku rakam saat indah disini. muehehe




sekitar perjalanan ke Tanah Lot Bali, banyak kedai yang menjual barang-barang kraftangan untuk pelancong membawa pulang. kalau ke sini kena pandai lah menawar harga, dan tipsnya masa mula-mula tu tawar je separuh harga. opss itu pun kalau berani.Mihmih

-WANG SOLO-


Andaian hari terkahir kami makan di Bali. Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan makanan di sini. Nasi Ayam Penyet memang sedap. nanti mek cah review makanan sedap di sini. insyaallah.

Next day??


Okay. Bye-bye Bali walaupun flight kami delay selama 2 jam. okay tak pe, mungkin ada hikmah disitu. Tapi flight mek cah ke Kelantan dari LCCT memang terlepas. Agak sedih disitu, alhamdulillah bila buat aduan di kaunter AirAsia dapat jugak tiket free balik kelantan walaupun terpaksa lepak di Lcct selama 5 jam. nasib baik surau ada. yang pasti semuanya selamat. Alhamdulillah, insyaallah ketemu lagi yer Bali. Amin




Follow instagram : @hazanisblogspot
Papai.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE Nuffnang ke-21 : DiGi - Project Red

Hello Love, Hello Nuffnang

BE Nuffnang ke-20 : DiGi - Project Red- chewah! mentang-mentang dapat BE/CPUV kan terus happy dan terus lupa misi untuk update blog tentang percutian di Bali hari tu. "Percutian di Bali : Day 1" Kalau lama-lama di pendamnya maka akan lupa lah segala tempat yang mek cah lawati hari tu.T.T


Okay dah! sekarang nak happy kan? so Alhamdulillah sangat sebab kesetiaan bersama dengan Nuffnang terbalas dengan mendapat BE/CPUV pertama di bulan March. Last "BE Nuffnang ke-20 : LANEIGE Serum Intense Lipstick" . Dah la jarang update blog,tapi masih bermimpi nak bolot banyak BE/CPUV . oh tak mungkin. kena rajin tau. Addesss


Teringin sangat beralih kepada DIGI. sebab banyak sangat promosinya dan lebih JIMAT. mungkin cintaku harus beralih arah?? guna dua number pun okay. satu untuk "Hazanis Fashion" dan satu lagi untuk diri sendiri, kiranya privacy gituh! 


So bagi pengguna DIGi jangan lepaskan tawaran ni ya. Hanya dari RM3 you all boleh "get unlimited Internet surfing".

Prepaid Mobile Internet
Enjoy unlimited Internet access and stay socially connected with our brand new Prepaid Mobile Internet plans! Now you can stay connected anytime, all the time. Share, surf and chat away without limits.


Hope lepas ni makin bertambah rezeki bersama Nuffnang. Kalau buat modal kawin hasil menulis blog okay gak. mampu ker. T.T angan-angan boleh la. krik krik

Alhamdulillah entri ini menjadi bukti mek cah masih setia dengan Nuffnang. "Cashout Nuffnang RM1272.67". Masih menunggu campaign blogbuster terbaru dari Nuffnang. Entri "Pelakon tambahan dalam Ambi Pur Home Tectonic" ini punca earning naik mendadak tau! thank you Nuffnang. :)

Artikel menarik berkaitan Nuffnang:


Happy blogging guys! ♥

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Percutian bajet ke Bali

percutian bajet ke bali - terima kasih AirAsia kerana memenuhi impian kami untuk ke sana. Alhamdulillah, memories in bali selalu dalam ingatan. Return ticket for only RM292!! tersangat murah jika dibandingkan dengan syarikat penerbangan yang lain. Thank you Airasia. love your tagline 'everyone can fly" . Yeah! bandung juga dalam kenangan "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu)" dan "Percutian ke Bandung : Day 1 (Strawberry land, Floating Market, De' Ranch)"

Percutian bajet ke Bali sentiasa menjadi pilihan buat si penggemar bercuti. Lebih-lebih lagi yang bergelar pelajar, graduate , perkerja swasta, dan bla bla bla. Siapa yang tak nak bercuti dengan kos yang agak rendah kan?maka persediaan awal harus di buat untuk memastikan kos percutian nanti tidak memerlukan kos yang tinggi. ops entri pembukaan "I Love Bali" dan "Percutian ke Bali : Day 1". Lagipun ramai juak mahu tahu kos keseluruhan bila ke sini. hope dapat membantu. :)

  • Tiket Airasia

telah menjadi kegilaan untuk melihat promosi tiket di website rasmi Airasia. sekali terbang, dah jadi ketagih nak bercuti. so melihat tiket murah serta bersesuaian dengan masa free so terus booking tiket pergi dan balik dari LCCT-BALI. total RM292 okay! sangat murah! memandangkan mek cah dari kelantan tiket pergi dan balik dari Kelantan ke Kuala Lumpur RM87. Alhamdulillah rezeki di situ.

  • Menggunakan perkhidmatan Supir (driver) 

kami menggunakan perkhidmatan Pak Eddy dan sebagai pemandu pelancong kami. kos cuma rp350,000 untuk sehari. Memandangkan kami menggunakan perkhidmatan Pak Edyy sehari setengah. Rp200,000 untuk separuh hari. Super murah right! dah la kereta avanza, baru lagi! Ideal for family. lagi satu kami deal dengan Pak Eddy supaya dia yang bertanggungjawab menjemput dan menghantar kami di airport. kosnya rp30,000. 




YANTO
+62817556488/+6281236540997

E-mail : ytobalitour@gmail.com/yanto_tour@yahoo.com
Facebook : Yanto Bali

  • Surveyed and booked hotel/resort
Bakung Beach Resort menjadi pilihan. Yang ni lebih jimat di booking.com. sangat mudah dan cepat. persekitaran dan kemudahan pun okay. 



sangat berbaloi disini. kalau yang tak suka makan pagi tak perlu ambil yang pakej sekali breakfast, macam kitorang makan ketika malam sahaja. perut katam katakan. krik krik RM252 untuk 4 hari 3 malam.

  • money changer.
okay, menukar wang di KL sentral sahaja. tak tahu untung ke rugi sebab last minute kan. duit poket hanya rm407 bersamaan rp1400,000 . jadi jutawan kejap. Alhamdulilillah masih berbaki rp10,000 boleh jadikan kenangan. hihi

  • Jangan shopping sebarangan tempat
please jangan shopping sebarangan. jangan pandai-pandai menawarkan harga sekiranya tidak berminat untuk membeli. haa kami bertiga pernah terkena goblokkkk kerana tawar harga handbag tapi tak jadi beli. hihi hadiah goblokk dapatnya. lolzz


so mek cah suggest korang shopping di krishna, kuta dimana kat sana barang semuanya murah-murah, tapi kalau yang jenis selendang, batik dan baju prefer beli di Tirta Empul okay. sebab kat sana boleh tawar menawar. Lebih budget sekiranya pergi berkumpulan, macam mek cah ke Bali hanya bertiga. Jadi sewa hotel dan supir di kongsi bersama. Lebih jimat dan berbaloi. 

KOS:

Tiket airasia : KB-LCCT & LCCT- KB = RM87 & LCCT-BALI & BALI- LCCT =RM292 
Sewa bilik : RM251 untuk 3 hari 2 malam = RM84/ 1 orang 
Duit poket RM407 (shopping + bayar tax + tiket masuk + supir)
  • Sewa supir : separuh hari rp200,000 + (sehari rp350,000 = rp184,000/ orang )(RM53.236) + ambil dan hantar di airport rp30,000
  • Tiket masuk ke tempat menarik : shared rp 100,000 atau RM29 
  • Tax di airport sebelum balik: rp150,000

Total : RM870
Yang pasti percutian kali ini tidak melebih RM1000 setiap orang. 

Hope entri ini dapat membantu semua yang teringin ke sini. Alahai, memang jimat dan berbaloi ke sini. mungkin korang dapat dengan harga lebih murah lagi. Yang pasti, resort yang kami stay tu memang banyak kemudahan. dekat dengan pantai dan mall. Bakung beach resort tau!, dalam entri ini "Persediaan percutian ke Bali". lagipun korang stay bukan lekat kat bilik pun. banyak berjalan jer, macam rugi pulak kan if bayar hotel mahal-mahal tapi satu hari tiada di bilik. so sewa hotel yang biasa-biasa je yer.:)

happy reading.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Natural look with Hansaegee Nature

Assalamualaikum.

Natural look with Hansaegee Nature - sejak dari dulu lagi selalu minat drama korea. faktor utama minat gila di sebabkan wajah cantik pelakon mereka. putih bersih suci murni gituw. jeless tau. so, kerana itu lah mek cah tercari-cari produk korea yang mampu membuatkan kulit seperti mereka. dapat bertukar jadi Jang Na Ra pun jadi lah. krik

baiklah! nak review tentang product beauty clinic yang di import khas oleh Hansaegee Nature dari Korea . disebabkan lama dah tak manjakan kulit muka dengan mask bagai maka hari ini terlalu rajin untuk semua itu. lagi satu penyebabnya sunburn masa di bali hari tu. "I Love Bali" dan "Percutian ke Bali : Day 1". oleh itu, sangat membantu kulit kembali normal seperti biasa.


SULFUR BLACKHEAD SUCTION PACK



1. Ambil nose pack dan koyakkan packagingnya 
2. Basahkan hidung supaya nose pack senang melekat 
3. Tampal di hidung untuk 15 minit - tidur pun boleh. krik
4. Masa untuk remove the stripp ouchhh – auww banyak gila blackhead
5. Pore Stamp Serum, sapukan di hidung ya! - Yeszza blackhead sudah tiada.

best sangat benda ni sebab masa pakai terasa hidung sedikit berangin. bila tarik buang masyaallah rupanya banyak benor blackhead dekat hidung mek cah ni. nampak kurang penjagaan diri disitu. lolz Patot la orang korea kulit cantik macam kapas. erkk ! 


ARGAN & OATMEAL DOUBLE AHA ESTHETIC SOLUTION MASK



Kiranya kalau pakai mask ni, dia akan menyebabkan kulit kita jadi gebu dan moist. Selain itu effect tambahan adalah mengecilkan pores! kebetulan mek cah mengalami masalah kulit kering. Alhamdulillah mask ini membantu melembapkan kulit. lagi satu kulit sensitif, kalau dengan mask lain mek cah akan rasa gatal-gatal di muka. tapi dengan Argan & oatmeal double aha esthetic solution mask ini memang ngam sangat. boleh terima, serasi dengan kulit gituh!




Mask ini sangat nipis dan sejuk, selesa sangat sampai tertidur. sepatutnya pakai 20 minit sudahlah. Kesan : Muka nampak hydrated, fresh and even whiter! . tersedar terus cuci muka dan bersiap untuk keluar. make-up simple sudah. krik


dapatkan produk ini sekarang di @ Hansaegee.com
tiada di tempat lain. online sahaja. haa limited gituw

Ada banyak lagi produk lain selain mask ini, barang-barang makeup pun boleh beli di Hansaegee Nature(www.hansaegee.com). yakinlah!, semuanya affordable.

Happy shopping readers! 



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Review : X-mini speaker

Hello Love.

X-mini speaker benar-benar memikat hati mek cah. design yang comel molek memikat hati sesiapa yang memandangnya. ewah!bentuk bulat yang kecil sangat lah ohsem, jarang tau nak dapat xmini speaker yang bentuk macam ni di pasaran. harganya mampu milik. tidak terlalu mahal gituw, so boleh check harga di sini "http://store.x-mini.com/".

My Love Tab 3 dah uzur. -.-'

Speaker yang biasa kita lihat yang besar sahaja, sekarang dah ada dalam bentuk mini ataupun yang lebih tepat portable speaker. Seyess kalau dulu tak nak ambil tahu tentang benda alah ini, tapi sekarang dah lain sebab kini banyak lagu kegemaran dalam hand phone mek cah. Okay, lagu jiwang, cinta, sedih, nasyid, zikir, al-quran semua ada lah. Bak kata di iklan Astro macam-macam ada. Bila guna hand phone biasa nak high volume tersangat limited, tapi dengan xmini speaker lebih kurang kuasa radio. Memang terbaik! cucuk di laptop bisa ajaa semua. krik krik

ku happy kerana ada lagu dari Mu. hanya kamu, hanya kamu. peace .-.-'
excited sebab boleh dengar lagu kegemaran hari-hari. Lagu kegemaran terbaru ialah “ Meise - Dengarlah bintang hatiku“. siap bawa X-mini speaker ini terbang sekali ke Bali. Entri ini tau "I Love Bali" dan "Percutian ke Bali : Day 1". Opss malam-malam dengar lagu sweet dari si dia. Lolzz gataii!

What You Get With Me
  • X-mini™ ME Speaker 
  • Cable organiser 
  • Lanyard 
  • Product Manual 


Bring ME, live X-mini™
  • Through the different generations of X-mini™ Capsule Speakers™, the focus has always been on delivering good quality sound.
  • The philosophy of Sound Beyond Size has been revisited with the aim of changing perspectives on the sound to size ratio.
  • With the new form and size of the X-mini™ ME, Xmi Pte Ltd is excited to consolidate its leading position in the portable speaker category by redefining the standard in portability once again.
Size does matter.
Great sound just got smaller.


Key Features
  • Super Portability Loop a lanyard or keychain around the metal bar and bring it everywhere you go.
  • Impressive Playback Time Up to 6 hours of playback with easy Micro-USB charging.
  • Compatibility Best used with smartphones, tablets and portable game players. Simply plug and play your favourite tunes!

Dimension (Height x Diameter) : 44mm x 38mm
Net Weight : 44g
Speaker : Magnetically Shielded 31mm (3.6Ω)
Loudspeaker Output : 1.5W
Frequency Response : 200Hz-20kHz
Signal-to-Noise : ≥80dB
Distortion : ≤0.3%
Playback Time : Up to 6 hours
Battery Capacity : 230mAh
Battery Charging Voltage : 5V (USB)
Battery Charge Time : Minimum of 1.5 hours

Buat masa sekarang produk ini baru ingin memasuki pasaran Malaysia. Jika korang yang berminat untuk membeli, kena beli secara online di http://store.x-mini.com/. happy shopping guys.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Percutian ke Bali : Day 1

Percutian ke Bali memberi 1001 kenangan indah buat mek cah. Syukur Alhamdulillah akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Bali, kalau dahulu selalu layan drama korea iaitu Memories in Bali uang berlakon di sini. tercipta lah cita-cita untuk ke sini, so selepas event "Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014", ke esokkannya Ahad 09.03.14 akhirnya mek cah mendarat di Ngurah Rai Airport dalam 11.30 malam. Seperti yang di rancang supir Eddy pembantu Pak Yanto datang menjemput kitorang. Semua yang di rancang di entri ini “Persediaan percutian ke Bali” berjalan dengan baik. Alhamdulillah.


Hari pertama kami menggunakan perkhidmatan supir hanya separuh hari iaitu RP200,000. So pagi tu kami rehat sahaja di hotel dan keluar jalan-jalan di sekitar hotel. Lebih menggembirakan tempat kami menginap bersebelahan dengan Lippo Mall yang baru dibuka,  pelbagai kemudahan terdapat di sana. hanya berjalan kaki 10 minit sahaja untuk ke Kuta Beach. Di situ kami mula teruja sebab baru nampak pantai. Sepanjang perjalanan ke Kuta Beach pelbagai perkara yang menarik kami lihat antaranya ke unikan kedai-kedai yang dibina, lukisan di dinding, kedai antik, dan timbul di situ feeling di korea sebab jalan yang sempit dan padat. Mihmih



Disini banyak sangat kedai tattoo tau, seram jugak tengoknya. tapi bab bergambor layan sahaja. ni baru separuh jalan dah banyak berselfie. nasib baik ada monopod , so tak perlu susah-susah minta tolong kawan tolong snapkan my pic. Mihmih


-KUTA BEACH-


Subhanallah, cantik betul pantai di sini, walaupun agak kotor sedikit tetapi tetap cantik di pandangan mata. Cuaca yang panas , membuatkan kami merancang ke Lippo Mall untuk menyedut aircond di sana di samping membeli makanan sedikit untuk stok kami makan sepanjang berada disini.

-LIPPO MALL-


Di Lippo Mall terdapat banyak kemudahan antarnya wifi, foodcourt, guardian, shop, chatime pun ada!. hiihi Setelah semuanya selesai. Jam 11 pagi kami pulang ke bilik dan menunggu pukul 2 untuk keluar bersama Pak Eddy, orang yang sangat menepati masa, friendly, kelakar, pemberi nasihat yang setia tentang cinta. Awas sudah beristeri. Krik3

-PANDAWA BEACH-


Percutian ke Bali ini merupak percutian budget. Lokasi pertama Pandawa Beach yang terletak berhampiran kuta, tiket masuk sekitar RP20,000 untuk sebuah kereta. Sememangnya berbaloi kerana dapat melihat lautan biru yang memikat hati sesiapa yang memandangnya. Subhanallah, sungguh cantik ciptaan Allah. 



Cuca panas tidak menghalang untuk kami bergambar, balik Malaysia gelap gelita mukanya. Lolzz Pastikan sapukan sunblock supaya kulit tidak terbakor.lolz masa ni mek cah tenyeh nivea, kira okay la, tak melekit dan mudah menyerap. kulit pun tak mudah terbakar. 



-DREAMLAND BEACH-

Puas berselfie, dan bergambar kami ke Dreamland Beach. di sini korang kena parking kereta dan menaiki van yang telah disediakan. seperti biasa setiap perkhidmatan yang di berikan haruslah ada tiketnya. tapi sudah lupa kos untuk masuk kesini. tapi jangan risau murah sahaja. 



Disini, jurujual pun ramai kerana ada deretan kedai yang menjual baju, selipar, topi, spek, dan sebagainya. kalau rasa tak tahan panas wajib beli tau. tapi tips nya jangan beli disini tapi beli di Tirta Empul, memang syok menawar harga. eceh! entri seterusnya nanti yer sebab kisahnya di day-2.


-ULUWATU TEMPLE-


Next ke uluwatu temple untuk melihat ke unikan yang terdapat disitu. wajib pakai kain yang warna purple itu. ikat di pinggan okay! lagi satu kalau mat salleh yang cekci itu diorang akan di berikan sehelai kain ala kain sarung gitu supaya menuntup bahagian yang sepatutnya di tutup. lolz 


Tips ke sini jangan pakai topi yer kerana banyak sangat monyet yang berkeliaran. eceh! kan tak pasal-pasal main tarik tali disini. pesanan ini dibawakan oleh Pak Eddy, masa masuk Pak Eddy dah siap-siap pegang ranting kayu if sesuatu terjadi. nak selamatkan tiga dara pingitan ini. Mihmih


Nasib baik Pak Edy photographer yang bagus kerana mampu melayan karenah kitorang. Disini popular dengan kecak dance, tetapi kami terpaksa melepaskan peluang melihat kecak dance kerana mengejar waktu ke Jimbaran Beacah untuk dinner. Dalam fikiran, untuk hari ini sahaja melabur untuk dinner di samping melihat sunset.


Di sini macam pelancong lain nampak pelik je kami bila kami selfie macam ni. haishh diorang belum nampak monopod sebelum ni eh di tempat diorang. Ngeee rugi kalau kami malu-malu kucing, nanti tiada kenangan di sini. harus kumpul picha banyak-banyak. krik, krik


-JIMBARAN BEACH-

Alhamdulillah. Sampai di jimbaran beach kami ke sebuah restoran yang di bawa oleh pak eddy. Untuk dinner RP450,000 untuk tiga orang. maka setiap seorang RP150,000. Komen tentang makanan?boleh la sebab kebetulan kami lapar sangat so telan sahaja. -.-'



Selesai?pulang ke bilik untuk meneruskan perjalanan hari keesokkannya. Rehatkan diri sambil berwifi.  Okay review tentang Bakung Beach Resort akan di update nanti, kos keseluruhan percutian, tips dan sebagainya. Sabar nah! Yang penting kos percutian setiap orang tak lebih dari 1k okay.:P

Memories of Bali:

Follow instagram : @hazanisblogspot
Papai.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...