Drama Yes Boss di TV3

Sinopsis Drama Yes Boss TV3 - Yes Boss ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad jam 6 petang bermula 15 Februari di TV3. Yes Boss merupakan adaptasi novel terlaris tulisan Areila Sahimi. 


Antara barisan pelakon : Aryana (Emma Maembong), Ilham (Fahrin Ahmad), Shamsiah (Noorkhiriah), Opah (Norlia Ghani), Dato Maarof (Eizlan Yusof), Datin Rokiah (Jasmin Hamid), Mellina (Aishah Ilias), Udin (Aidil Aziz), Harun (Shamsul Ghaw2), Midah (Wan Maimunah), Sakinah (Cha Cha Maembong), Jeffry (Hisham Hamid), Amanda (Shella Faeiz) dan ramai lagi. Yes Boss diterbitkan oleh Zeel Production.

Sinopsis Yes, Boss :

Oleh kerana tidak serasi bekerja di Pizza Hut, Aryana mencuba pula di McDonald’s. Tidak sesuai di McDonald’s berpindah pula ke Jaya Jusco. Akhirnya setiap tempat tu pun paling lama bertahan adalah selama 2 bulan sahaja. Bukannya dia terdesak sangat. Dia merupakan graduan universiti, tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temuduga pegawai kerajaan.


Menggunakan orang dalam dengan bantuan mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan sebagai seorang setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof iaitu Ilham merupakan kasanova yang mempunyai ‘simpanan’ edisi model keliling pinggang.


Selain menjalankan tugas rasminya sebagai seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tidak rasmi’ seorang setiausaha. Kena 'cover line' untuk bosnya setiap kali bosnya curi tulang, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan YES BOSS! Pening kepala Aryana melayani setiap kerenah bossnya itu. Aryana terpaksa bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan akhirnya hubungan mereka semakin rapat.


Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bossnya sendiri tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bossnya itu.

Bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Pada masa itu barulah dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang boss memerlukan setiausaha, dia terpaksa berdepan dengan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.


Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sudah terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu? Nantikan drama Yes Boss Sabtu ini di TV3.

Tonton online di tonton.com.my

Info - http://tonton-drama-online.blogspot.com/2014/02/tonton-yes-boss.html
Photo : Pak cik Google

Review : jalan cerita yang boleh tahan, dah lama tak menonton drama melayu yang mempunyai unsur cinta, maklumlah busy dengan kerja. last tengok "Tonton online Setia Hujung Nyawa Episod 1-28". hoho drama ini diselitkan dengan babak yang kelakar. memang tak boring bila menonton. si fahrin yang kacak, gelagat comel emma membuatkan mek cah tak puas tengok cerita ini. layan di tonton pun okay. Yess, Boss. memang terbaik.

Selamat menonton.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE Nuffnang ke-20 : LANEIGE Serum Intense Lipstick

Hello love. 

Nuffnang! terima kasih tau kerana akhirnya bagi juga hadiah sebijik CPUV/BE untuk bulan Februari 2014. LANEIGE Serum Intense Lipstick merupakan BE/CPUV yang pertama buat tahun 2014. hampir 2 bulan menunggu iklan baru, sekarang baru dapat. sob sob "Inti Cycle 1 Degree Campaign" CPUV/BE terakhir untuk tahun 2013.



BE/CPUV kali ini berkaitan produk kosmetik, well macam tahu-tahu je blog Love is Cinta sekarang lebih kepada review produk, so kira okay la kan. Mih mih serasi bersama untuk BE/CPUV - LANEIGE Serum Intense Lipstick.


Hope lepas ni makin bertambah rezeki bersama Nuffnang. Alhamdulillah entri ini menjadi bukti mek cah masih setia dengan Nuffnang. "Cashout Nuffnang RM1272.67"

Artikel menarik berkaitan Nuffnang:

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Persediaan percutian ke Bali

Assalamualaikum cinta.

Percutian ke Bali sememangnya sentiasa di nantikan memandangkan beberapa perkara berjaya mek cah selesaikan dari segi tiket dan penginapan hotel. kini menghitung hari di samping study serba sedikit tentang Bali. Persediaan percutian singkat ke Bali haruslah dilakukan terlebih dahulu supaya apa yang di rancang berjalan dengan baik. Insyaallah mek cah dan 2 orang lagi rakan wanita akan sama-sama berangkat ke sana pada bulan 3 ini nanti. so waktu di Bali nanti tiada perbezaan dengan waktu di Malaysia. tak perlu pening-pening nanti. hihi kalau di Bandung "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu)" berbeza sejam dengan jam Malaysia. hope semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

1. Tiket 

sememangnya AirAsia menjadi pilihan utama untuk fly! bak kata orang putiss everyone can fly! wink AirAsia banyak memberi peluang untuk mek cah menerokai dunia. ewah! dunia la sangat, namun percutian ke bandung tetap menjadi kenangan terindah. lihat entri "Promosi tambang murah AirAsia".

Promosi RM87
tiket penerbangan pergi dan balik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Total RM292 seorang!

AirAsia selalu je buat promosi, so kalau rajin survey dapat la harga murah. tiket pergi balik dari Kuala Lumpur-Bali dan Bali-Kuala Lumpur bagi seorang RM292 sahaja tau! murah kan, namun korang akan dapat lagi murah bila pandai survey tiket. 

2. Hotel booking 


Dah lama survey dekat Agoda.com dan booking.com. pilihan terakhir ialah di booking.com. ini kerana website ini menyediakan total ke seluruhan penginapan kami selama 3 malam. so total RM247 untuk 3 orang. jimat kan?hope tempat penginapan kami nanti selesa dan berbaloi dengan percutian singkat nanti.

Alamat: 
Jl. Kartika Plaza, Gang Samudera - Kuta 
Kuta, 80361 Indonesia

3. Supir 

haaa, ini penting juga kerana orang yang bertanggungjawab untuk mengambil dan menghantar kitorang di Denpasar Ngurah Rai International Airport. boleh bawa kami ke tempat menarik di Bali, plan nak ambil perkhidmatan supir selama 1 hari sahaja dalam RM120 duit Malaysia termasuk petrol. 


Done hubungi supir di Bali. dan telah deal untuk menggunakan perkhidmatannya yang mek cah jumpa dalam review blogger yang dah ke Bali sebelum ini. namanya Pak Yanto.

3. Google tempat menarik di Bali 

Alhamdulillah, dalam fikiran dah ada beberapa tempat yang ingin di lawati. salah satunya tanah lot yang selalu je orang tempatan ke sana. che ta pun ada ke sana. cantik gambarnya! hii perasaan teruja semakin menjadi-jadi. okay akan di update nanti tempat menarik di Bali sekiranya mek cah benar-benar sampai ke sana. Amin

4. penukaran wang indonesia (X)

okay yang ni masih belum di selesaikan. plan nak tukar wang sehari sebelum berangkat ke Bali. boleh gitu? okay yang money converter yang dah print seperti dalam entri ini "tips bercuti ke Bandung" perlu siap sedia dalam purses supaya nanti tak pening bila RP banyak angkanya. lolzz So tidak perlu untuk menukar matawang dengan terlalu banyak. Cukup sekadar untuk makan, minum, shopping dan tambang pengangkutan di sana nanti. Dah sampai tempat melancong nanti, leh tukar lagi. Macam di Bandung, mek cah dapat lagi lebih nilai matawan. jadi jutawan jap!

5. Tidak membawa barang yang terlalu banyak.

merancang akan membawa beberapa pakaian sahaja. yang selebihnya kalau tak cukup pakaian boleh shopping di sana je. t-shirt i love Bali pun okay je kan. mihmih At least dah boleh jimat berat luggage semasa berangkat ke Bali.

6. kamera 


Ini yang paling penting. chewah! untuk memastikan setiap kenangan di sana nanti di rakam. semoga my nikon baik-baik sahaja nanti, tidak meragam bateri habis ke apa. lolzz tapi sediakan bateri lebih nanti dan kalau boleh gunakan bateri yang rechargeable. see my kamera "Nikon Coolpix L820 dalam gengaman".

7. Aktifkan pengeluaran antarabangsa. (X)

aktifkan kad bank kepada pengeluaran antarabangsa. dua tiga hari sebelum fly, baru nak call customer service bank . nombor telefon customer service ade dekat belakang kad bank tau. akan aktifkan kat MAYBANK dan CIMBANK kerana mahu selamat, takut tak cukup duit gara-gara shopping. sediakan payung sebelum hujan. lolz. nanti staff bank tu akan tanya negara mana, bila nak mula aktifkan dan bila nak tamatkan. suruh dia aktifkan ikut tarikh pergi dan tarikh balik. 

buat sementara ini, itu jer kot yang penting sebelum berangkat ke sana selain PASSPORT! insyaallah semoga di permudahkannya, tapi sebelum ke Bali yukkk ke Kota Kinabalu, Sabah dahulu. okay percutian ke Sabah nanti akan di update jugak. Papaii.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Review : Perla Coffee

Assalamualaikum rindu.

Alhamdulillah masih berpeluang berkongsi tips kesihatan dan kecantikan dengan semua selepas mendapat testimoni sendiri. Yeay! selain supplement untuk kulit iaitu produk "Review : Emilay Whitening Clear Sport Supplement - RM40 free postage.", minuman kesihatan untuk dalaman dan luaran juga penting untuk lebih berseri-seri dan mendapat kulit yang sihat. 

perbezaan hampir 2 bulan mengamalkan emilay + perla coffee
Perla Coffee adalah salah satu kopi untuk mencerahkan kulit dan seluruh tubuh badan dengan cepat dan efektif. Proses pemutihan berlangsung daripada kepala hingga ke kaki yang bermakna anda akan mendapat warna kulit yang putih/cerah yang sekata di seluruh tubuh badan anda. Walaupun baru habis sekotak mengamalkan Perla Coffee ini dah nampak perubahannya iaitu sesuai untuk diet, lebih kenyang dan tidak mudah lapar. memandangkan mek cah sekarang tengah berdiet maka Perla Coffee adalah pillihan utama untuk membantu mek cah menahan lapar. Misi makin berjaya dan kulit makin sihat. opss nak cakap gebu malu.:P


Perla Coffee juga boleh membantu merawat kulit bermasalah seperti kulit berjerawat, jeragat, parut-parut lama dan juga masalah kulit yang menghantui anda. Hasil dapat dilihat selepas seminggu mengamalkan perla coffee.


Antara kebaikan Perla Coffee : 

✿Melembut dan menghaluskan tekstur kulit.
✿Kulit kelihatan lebih gebu, bersinar & flawless.
✿Meningkatkan kecerahan warna kulit dgn ketara dlm masa 1-2 minggu.
✿Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
✿Menjadikan kulit lebih anjal serta lembap.
✿mengurangkan kedutan dan garis halus
✿mengecilkan liang pori
✿meningkatkan sistem imunisasi badan.
✿mengatasi masalh jerawat dan jeragat.


Bahan- bahan utama dalam Perla Coffee :
Serbuk Mutiara, Glutathione , Asid Hyaluronik

Serbuk Mutiara :

MUTIARA dipercayai berkhasiat untuk kecantikan sejak ribuan tahun lalu. Para Maharani China menggunakan dan meminum serbuk mutiara sementara Ratu Cleopatra memanjakan diri dengan mandi susu yang dicampur serbuk mutiara. Kelebihan serbuk mutiara ialah melembap, mencerah serta menghaluskan kulit. 

Glutathione :

GLUTATHIONE sudah terbukti secara saintifik oleh ahli perubatan dapat mencerahkan kulit sekiranya diambil secara berterusan. Pengambilan glutathione secara berterusan akan membuatkan kulit semakin cerah dan putih. Ianya juga dapat membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Glutathione juga merupakan agen pembuang toksin yang paling berkesan.

Asid Hyaluronik :

ASID HYALURONIK adalah salah satu rahsia penjagaan muka selebriti di dunia hiburan, ianya diperlukan untuk menentang kedutan atas kulit muka. Asid Hyaluronik memainkan peranan penting ke atas kulit kerana ianya akan mula hilang bermula umur 25 tahun yang menyebabkan kelembapan kulit juga berkurangan. Asid Hyaluronik membantu menganjalkan kulit serta menghalang penuaan. Kandungan Asid Hyaluronik dalam badan harus dikekalkan dengan mengamalkan Perla Coffee.

Testimoni from Mr. Google

CARA PENGAMBILAN PERLA COFFEE:

1. Masukkan 1 sachet Perla Coffer ke dalam secawan air panas @suam.
2. Kacau dan sedia diminum
3. Maxima penggambilan Perla Coffee adalah 2 sachet sehari dan boleh diamalkan pada bila-bila masa.
4. Dinasihatkan minum air masak / mineral / air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.


1 BOX : 20sachet : RM55 sm / RM60 ss
2 BOX : 40Sachet : RM105 sm / RM110 ss
3 BOX : 60Sachet : RM140 sm / RM150 ss
FREE POSTAGE!!!

SMS/WHATSAPP: 010-8931044


Tugas sebagai Beauty Advisor di Watsons memerlukan kulit yang sihat, kalau kulit tak okay macam mana nak promote barang-barang kosmetik kan. so Perla Coffee membantu mek cah kelihatan berkeyakinan di hadapan pelanggan selain Odbo lip tint pemerah bibir Korea ini. yakin bila berbicara dan bla bla. rahsia kulit nampak glowing, staff pun ada yang bertanya muka makin berseri-seri dan nampak glowing, so hanya mampu tersipu malu. :P


okay! ini sahaja produk yang mek cah amalkan sekarang, since umur 21 tahun baru timbul kesedaran untuk jaga kesihatan kulit dan dalaman. hope korang pun tidak terlewat, menjaga kesihatan diri dan kecantikan diri perlulah bermula dari sekarang. berminat? SMS/WHATSAPP: 010-8931044. :P

Sebarang pertanyaan/order boleh dilakukan di:♥ 
SMS/WHATSAPP : 010-8931044 
Facebook: Hazanis Blogspot
email: hazanis88@gmail.com 

Jemput LIKE page ni "Hazanis Fashion".






SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014

Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014 - Alhamdulillah , mek cah dah selamat mendaftar dan insyaallah sekiranya masa mengizinkan sampai lah ke sana. Untuk makluman semua program ini di anjurkan oleh pihak Denaihati Network untuk tahun yang ketiga. 

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

tujuan utama program Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014 di anjurkan ialah untuk merapatkan ukhwah diantara blogger, pengiat sosial media dan pembaca. apa yang lebih menarik beberapa panel top blogger seperti Redmummy, Ben Ashaari, ShafieBustan, Zarul Husin dan beberapa top blogger lain akan di tampilkan. rugi kalau korang melepaskan peluang keemasan ini. dapat jumpa ratusan blogger dari Malaysia, Brunei dan Indonesia tau! .:)


Tajuk : Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014
Tarikh : 8 Mac 2014
Masa : Sabtu, 10 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Saloma Bistro, Kuala Lumpur

Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad menjadi penaja utama majlis SBB2014. Lokasi baru di pilih untuk memudahkan Rakan Blogger datang menaiki kenderaan awam iaitu bas, monorel dan LRT. lebih senang!


Yeo's penaja utama sepetang bersama blogger 2014

Bagi menambahkan kemeriahan majlis pada tahun ini, pihak penganjur mengadakan beberapa aktiviti pra-SBBYEOS2014.

1. Pendaftaran akan melayak untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.
Minggu pertama : RM100 x 3
Minggu ke dua : RM80 x 5
Minggu ke tiga : RM50 x 5
Minggu ke empat : RM20 x5


2. Rakan-rakan boleh daftar ikut cabaran affiliate dengan menjadi affiliater untuk mempromosi SBBYEOS2014 di blog, facebook, twitter dan instagram. 5 hadiah misteri akan disediakan kepada top 5 affiliater. Memang bebaloi hadiah yang disediakan yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014. Link cabaran affiliate setelah daftar seperti ini http://sbb.my/?affiliates=fbd7939d674997cdb4692d34de8633c4

3. Mini Contest dengan beberapa hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai tajaan Yeo’s. Pemenang akan diumumkan di majlis SBBYEOS2014. Sebagai tanda terima kasih jom follow Facebook Yeo’s Malaysia.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 

Alasan untuk mendaftar kali ini kerana ada geng, kebetulan 7 March 2014 memang mek cah dah booking tiket AirAsia ke Kuala Lumpur. 9 March 2014 baru berangkat ke Bali. Insyaallah, so masa yang terluang 8 hb tu boleh la mek cah join program Sepetang Bersama Blogger. lagipun peluang keemasan ini datang jarang-jarang sekali je. Geng? kebetulan juga blogger Muja ada inbox mek cah pergi tak event ini, so kami ambil kata sepakat untuk pergi bersama dan terus booking tiket AirAsia untuk Muja. cari waktu yang sama dengan mek cah, opss blogger Yuyu Atiqah pun ada sekali. so kami bertiga nanti!

hyep! mek cah dari kelantan dapat hadir, so korang yang dekat area Kuala Lumpur hadir tau. boleh berkenalan sesama kita. eceh! tak pergi nak merajuk lah. tak semestinya yang bergelar blogger je boleh datang, semua pun boleh sertai tau. haaa nak bawa pakwe/makwe ler tuww. :P

Daftar sekarang! Klik sini Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger 2014.

#Jumpa di sana. Insyaallah.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Top 10 Entri 2007-2014

Top 10 Entri sepanjang 2007-2014 banyak membantu membangunkan blog ini. Dulu masa mula-mula menulis blog tak pernah terlintas nak aktif menulis blog selamanya cuma sekadar mengisi masa lapang dan tempat meluahkan perasaan di kala suka dan derita. eceh! maklumlah masa mula menulis blog kisah peribadi selalu dikongsi. sampaikan mek cah sendiri malu nak baca entri pertama yang di tulis. hoho tapi entri tu telah di delete, memalukan jerk.:P


Alhamdulillah kini tersenyum gembira kerana blog ini dah serasi dengan Mr. Google, hampir keseluruhan yang melawat blog ini di atas bantuan Mr. Google. so, kini baru mek cah sedar menulis blog bukan sekadar suka-suka tapi ingin membantu orang lain mendapatkan maklumat dan seterusnya memberi kesan positif dalam diri mereka. hobi yang menjadi keutamaan ketika dulu ialah ":I Love Photography:" banyak kenangan disini. sekarang tidak lagi kerana zaman dah berubah. biar lah menjadi kenangan indah, kenangan suka dan duka sepanjang melibatkan diri dalam dunia photography. All time view 3,189,881. :)


masa ni, akak fatin liyana owner butik MinimaLace inbox mek cah supaya membantunya mempromosikan butik dan koleksi terbarunya. masa tu memang jatuh cinta dengan design baju kurung jenis peplum. apa lagi dengan niat ikhlas membantu akhirnya mampu menjadi top entri sepnjang mek cah menulis blog. maklum lah hari tu nak dekat raya, so ramai yang google tentang baju raya. alhamdulillah rezeki harus di kongsi dan sekurangnya ramai dah kenal butik MinimaLace sekarang.:)

2. Baju pengantin 2013 (75193)

Baju pengantin menjadi pilihan buat gadis yang bakal berkahwin, begitu juga dengan mek cah. niat sekadar suka-suka untuk berkongsi tentang design terkini baju pengantin akhirnya membuatkan hasil. sampaikan ada yang email mek cah bertanyakan baju pengantin untuk di sewa. opss mek cah tak jual dan sewakan tau. tu cuma untuk kita sama-sama cuci mata. mihmih


Ohoiii, nak raya?jadi ianya sangat membantu. memulakan perniagaan online "hazanis fashion" dan update serba sedikit tentang jubah terkini akhirnya meningkatkan jualan perniagaan mek cah. Ya Allah, rezeki menulis blog sehingga mek cah mampu berdiri di atas kaki sendiri.lihat entri ini "imbasan 2013". :')


hasil carian google banyak membantu memandangkan musim raya aidilfitri hari tu. ramai yang ingin beli baju raya. blog stats pun memang naik mendadak masa bulan ramadhan. opss fesyen muslimah juga menjadi pilihan semua.:)



kegilaan memakai selendang harus di kongsi. now suka pakai selendang dari tudung bawal, selendang senang di akai tak perlu di gosok bagai. dengan sedikit info tutorial mampu membantu gadis muslimah mengenakan hijab. alhamdulillah tutorial dari mek cah sendiri pun ada. "Cara Pakai Selendang dari Hazanis".


Diana Amir selebriti muslimah yang di kagumi. dulu dan kini penampilannya sangat berbeza. ramai muslimah jatuh hati dengan cara beliau berfesyen, lebih-lebih lagi cara beliau berhijab. yes! diana amir salah satu idola mek cah. tahniah diana amir dah bergelar isteri "Gambar perkahwinan Diana Amir dan Muhammad Habib Bullah"..


macam biasa, keyword ini menjadi pilihan utama bila nak cari baju tunang atau kawin. image itu penting sebab nak kasi jatuh hati. so ada butik yang nak mek cah update tentang koleksi baju tunang dan nikah tak?:) berminat boleh email hazanis88@gmail.com. sempat promote lagi tau!

8. Baju Raya 2013 (52121)

meriahnya raya andai semuanya baru. entri baju raya banyak membantu, terima kasih sudi singgah ke blog ini. yang pasti baju raya yang memikat hati golongan wanita. opss harislah kan!


bila menjelang raya, ucapan istimewa untuk rakan-rakan, keluarga, kekasih haruslah penting. jadi sekadar berkongsi ucapan hari raya membuahkan hasil bila orang google je terjumpa blog mek cah. alhamdulillah.


ni langkah pertama yang mek cah buat bila nak mulakan pernigaan online "hazanis fashion". Ya Allah syukur sangat-sangat sebab langkah ini berjaya menarik pengunjung singgah di page "hazanis fashion". terima kasih semua. 

sekian sahaja beberapa entri yang popular sepanjang mek cah menulis blog. terima kasih semua yang menyokong blog ini. tanpa korang siapalah mek cah kan. chaiyook terus bersemangat untuk aktif menulis blog, korang pun mampu.:)


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Aku dan Muhammad Afif Al-Fateh

Assalamualaikum cinta.

Dah lama jari jemari tidak menulis tentang kisah peribadi aka kisah hidup mek cah. kini kebanyakan cerita semestinya berinformasi dan berguna untuk semua. Alhamdulillah entri "Tempat menarik di Kuala Terengganu" membuatkan mek cah tersenyum. nak tahu kenapa?cuba google. Mihmih


kisah setahun yang lepas tak sempat mek cah nak share dengan korang. dulu tersangat teruja dapat anak buah sehinggakan blog terabai, okay ni belum anak sendiri. memandangkan mek cah baru habis belajar, maka aktiviti menjaga anak buah sejak dari kecil dipikul dan Muhammad Afif Al-Fateh dianggap sebagai anak sendiri. bayangkan dilahirkan 01.02.2013 sehingga kini di jaga oleh mak dan mek cah sendiri. membesar didepan mata cukup membuatkan hari-hari mek cah ceria walaupun busy dengan online business "hazanis fashion ". Muhammad Afif Al-Fateh ditinggalkan oleh umminya sebab kakak mek cah tinggal berasingan dengan suami, so anak tinggal kat kampung, kakak pergi sabah. hoho kisah kawin mereka "Malam akad nikah....Alhamdulillah, akhirnya menjadi milik Nur Adli". 




"Alhamdulillah, bakal bergelar Mok Cik!" itu merupakan tanda keterujaan mendapat anak buah. Alhamdulillah kini Afif membesar di depan mata. tapi tinggal beberapa hari lagi Muhammad Afif Al-Fateh akan di bawa ke Sabah, membesar disana. so jarang-jarang sekali pulang. ni mula nak sedih ni. T.T



terupload picha ni sebab si dia melting tengok picha ini. MIhmih sekarang bambam Afif dah kurus sikit tapi tetap berat bila di dukung, so memerlukan stamina yang kuat bila bawa budak bambam ni jalan-jalan. eceh! mak lang akan rindu bila berjauhan. opss kepada follower blog, mek cah selalu update tentang life di facebook dan intagram. so hope korang tak tertipu dengan fake account tau. ni original link okay.:P


Instagram : hazanis_blogspot
Facebook : hazanis blogspot
twitter : hazanis blogspot
page business : hazanis fashion 


papai semua, misi seterusnya membangunkan semula "hazanis fashion" setelah lama menyepi. tetapi alhamdulillah order untuk produk lain seperti sabun gluta, emilay, pemerah bibir tetap mendapat order setiap hari. cuma stok baju je tidak terupdate. Mihmih :)

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...