Review : GlassesOnline.com.my

Assalamualaikum cinta.

Rasa cool dan terlebih ohsem bila menggayakan glasses dari GlassesOnline.com.my ini. memang cun habis lagi-lagi dapat free sahaja. Gift untuk blogger katakan, alhamdulillah rezeki berblog. hikss 


Melalui review apa yang boleh mek cah cakap bahawa service penghantaran tersangat cepat dan bila sampai je memang puas hati. lagipun harga berpatutan, kiranya harganya mampu dimiliki semua. Kalau tak percaya boleh terjah page GlassesOnline.com.my sekarang! 



Okay, memang tak sabar bergaya dengan glasses ni. Bermula 31-06 Nov mek cah ke Sabah. masa tu baru nak pakai glasess ni. hikss nanti mek cah share gambar tau. tunggu.! tapi kod pilihan mek cah ialah DANDELION YS28153 BROWN.

     

Dandelion is a fashionable brand that offers you stylish high quality products at affordable prices. These Dandelion are the perfect choice for those looking for trendy and fashionable eyewear solutions. Its brown, full-rim, wayfarer frame fits both women and men (unisex) and is perfect for both oval and round-like faces. The material, plastic, provides a lightweight and resistant solution to your selected eyewear. Buy your pair of Dandelion YS28153 Brown sunglasses today and receive a free cleaning cloth and protective case.
Lebih banyak pilihan dan design disini!


Jadi berita baik untuk pembaca blog Love is Cinta ini kerana setiap pembelian bernilai RM100 di laman GlassesOnline.com.my menerima potongan harga sebanyak RM20. Gunakan kod baucar GOBLOG20 untuk dapatkan potongan tersebut.

KOD : GOBLOG20
Happy shopping & fashion!!



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Gambar perkahwinan Diana Amir dan Muhammad Habib Bullah

Assalamualaikum cinta.

Tahniah, tahniah, tahniah kepada Diana Amir dan pasangan kerana selamat sah bergelar pasangan suami isteri. Ya Allah sungguh sepadan mereka berdua. Diana Amir kelihatan jelita dengan imej yang menutup aurat manakala Muhammad Habib Bullah kelihatan segak bergaya, hensem pulak tu. Eceh! teringat entri ini "Diana Amir Rahsiakan Pertunangan". sekarang mereka dah bersatu. :)



Diana Amir telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A. Rahman dengan sekali lafaz dalam satu majlis sederhana tetapi meriah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. 

Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid tersebut iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapa sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim. 



Pasangan yang mengenakan busana indah hasil rekaan dan tajaan Ezuwan Ismail ini selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 9.30 malam. 

Sebelum berlangsungnya majlis ijab dan qabul, terlebih dahulu berlangsung satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai di Wisma Metrowealth. 

Pihak perempuan menerima hantaran berupa senaskah al-Quran, sebentuk cincin emas dengan mas kahwin RM 1,000. 



Tak puas tengok gambar perkahwinan mereka kerana Diana Amir sungguh cantik sekali. Busana pengantinnya sangat cantik. macam baju pengantin yang ni jer. hihi "Baju pengantin 2013". pernah sekali dapat jumpa Diana Amir depan-depan, masa tu sungguh ayu dan cantik. tidak sangka Diana Amir yang dulu telah berubah dengan imej wanita muslimah yang menjadi ikon kepada remaja muslimah kini. Alhamdulillah, syukur dengan perubahan yang dilakukan Diana Amir. ok dulu suka sangat tengok Diana Amir pakai tudung style ni "Cara pakai selendang seperti Diana Amir". 



Apa pun tahniah untuk mereka. boleh terjah entri ini juga "Busana pengantin edisi peplum", "Busana pengantin dan tunang", "Photobooth Untuk Majlis Perkahwinan", kalau anda pun rasa nak kawin. lolzz terima kasih. Picture credit to : Instagram Diana Amir. xoxo 


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE Nuffnang ke-16 : Talent Corp SFCF - October

Assalamualaikum cinta.

selagi kita masih percaya dengan rezeki yang Allah bagi dalam pelbagai cara, haruslah seseorang itu bersyukur dengan pemberian dariNya walaupun tanpa di duga. Alhamdulillah, alhamdulillah rezeki berblog semakin bertambah, hampir setiap bulan BE/CPUV yang akan melekat di blog ini. last BE/CPUV ialah "BE Nuffnang ke-15 : Guess Jeans x ANTM". Hanya yakin denganNya, insyaallah semuanya Okay! tapi haruslah usaha juga dengan mengikuti tips ini "Tips mendapatkan & mengekalkan BE nuffnang". 


Rasa tak sabar nak cashout earning, lepas tu simpan dalam ASNB untuk masa depan. mana tahu boleh dijadikan modal bercuti bersama bakal suami yang tercinta. Chewah! besar angan-angan mek cah. lolzzz. okay kisah cashout yang pertama disini "Cashout pertama nuffnang". 

Kalau korang nak tahu, salah satu tips untuk dapat income dari berblogging ialah join event yang dianjurkan oleh Nuffnang. kalau dapat jemputan kalau boleh jangan tolak, tapi terus terima. contohnya "Majlis pelancaran Innershine camu-camu bersama Izara Aisya sebagai duta terbaru innershine yang cantik menawan". hikss macam mek cah kadang-kadang kena tolak sebab faktor jarak event itu. biasanya event dijalankan di area Kuala Lumpur. okay masih tertunggu-tunggu earning untuk entri ini "Pelakon tambahan dalam Ambi Pur Home Tectonic". Berapa la gamaknya yang mek cah dapat. Grrrr

So BE/CPUV ynag melekat kali ini ialah Talent Corp SFCF - October dimana bersesuaian untuk blog yang berstatus pelajar. eh! betul ke tidak. kalau nak tahu apa ke benda ni semua , bila keluar iklan tersebut terus klik yer!. okay selamat berblog. terima kasih Nuffnang & advertiser

Alhamdulillah. terima kasih.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cheese powder ala KFC yang murah

Assalamualaikum cinta.

Nak rasa cheese yang sedap ala KFC? Murah? sedap sehingga menjilat jari? okay mek cah ada satu page yang ingin dikongsi bersama korang. cheese powder yang senang dibuat, benda tak leceh okay! 





Nak Cheezy Wedges macam KFC? sekarang anda boleh buat sendiri di rumah. Cukup mudah .hanya perlu bancuh dengan air panas dan siap! .Berminat ?? 


borong juga dialu-alukan 
berat 200gm - 1 pek rm 12 
3kg - rm125 inc pos 
5kg - rm200 inc pos 



tabikk spring dengan owner page ni sebab masih student tapi dalam masa yang sama menjual cheese powder ni. kiranya mencari pendapatan sampingan. Good luck dear. haishhh awat la mek cah masa study dulu tak amibil kesempatan buat business online. hikss hokss

Thankss & Yummy!


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kata-kata cinta untuk kekasih

Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia, iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.




Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan, disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.




Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.






“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)

Okay. saya sayang awak. teheeee. xoxo



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Sinopsis Love You Mr. Arrogant di TV3

Salam cinta.


terpengaruh dengan adik dengan cerita cinta walaupun dah lama tak layan drama macam ni. baru nak insaf tak nak tengok drama waktu maghrib. hukss okay drama ini juga hot tau "Tonton online Sebenarnya Saya Isteri Dia", & "Tonton online Setia Hujung Nyawa Episod 1-28". Pelakon utama iaitu Zara Zya berjaya membawa watak dengan baik. suka dengan imej pelakon wanita yang bertudung buat drama ni macam tersengeh-sengeh sorang diri bila tengok. walaupun kekadang terlepas menonton maka mek cah layan di tonton.my. wink!


Love You Mr. Arrogant ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3 menerusi Slot Akasia mulai 25 September 2013. Drama arahan Eoon Suhaini ini merupakan drama adaptasi dari novel "Love You Mr. Arrogant" terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Aliesha Kirana. Teraju utama untuk drama ini ialah Zara Zya dan Azlee Khairi.


Pelakon Utama
  1. Zara Zya sebagai Zaara Amirah
  2. Azlee Khairi sebagai Zafrel Irham
  3. Hanez Suraya sebagai Sherry
  4. Keith Foo sebagai Hadry
  5. Anzalna Nasir sebagai Fariza
Sinopsis:

Drama bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi. Puan Sri Maryam (Norish Karman) ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.


Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.


Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.


Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.

Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.


Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.


Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya.




SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE Nuffnang ke-15 : Guess Jeans x ANTM

Assalamulaikum cinta.

Berita baik, rezeki dari Allah disaatku memerlukan wang. Alhamdulillah, alhamdulillah dapat BE/CPUV dari Nuffnnag, Guess okay! terkejut, namun ini semua rezeki daripadanya.




Syukur masih ada beberapa CPUV yang masih tertenggek di blog ini. Kalau sudi rajin-rajin la klik yer. Guess memang jenama kegilaan. eceh! tapi maaf lar model dalam pic atas tu seksi banyak. lozz Kali terakhir yang dapat BE Nuffnang ke-13, 14 : University of London Inte, Chipsmore (Oct).


Cashout pertama nuffnang [Entry]. so Thank you semua yang selalu support blog hazanis ni. Nak tips simple untuk dapatkan earning dari Nuffnang, boleh klik SINI [Entry]. Terima kasih daun keladi, lain kalau singgah la lagi.tanpa sokongan korang blog ini tidak mampu bertahan. :"(

Thanks for reading.
#mood menunggu untuk cashout earning nuffnang.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cara Pakai Selendang dari Hazanis

Assalamualaikum cinta.


Mood untuk update blog datang tak kira masa. kadang-kadang dalam seminggu pun blog ini masih kosong tanpa entri terbaru. namun disebabkan aidiladha yang bakal menjelang tiba maka mek cah ingin menolong gadis diluar sana bagaimana cara memakai selendang , mengikut citarasa labuh ataupun singkat. terpulang untuk individu itu sendiri. Lain tutorial boleh lihat disini "Cara pemakaian shawl labuh dari Heliza Helmi hijab".



#Entri ini "Kisah di Hari Raya Aidilfitri" contoh selendang yang mek cah pakai#

Baca :- Cara Memakai Selendang Dengan Mudah 

Namun , mek cah prefer gadis muslimah menggayakan tudung labuh bagi memastikan lebih sejuk mata yang memandang disamping menutup aurat. tak perlu secara drastik , secara perlahan-lahan pun dah okay. yang penting niat ikhlas kerana Allah. hanya ini yang mampu mek cah tolong, nak buat video masih belum berkeyakinan so dengan step yang diberi mampu membantu muslimah diluar sana mengayakan selendang dengan penuh berkeyakinan. Nak bibir pink ala gadis korea boleh order disini "Review : odbo lip tint & gloss, pemerah bibir korea". 


sekiranya ingin mencari selendang yang besar boleh la terjah ke page "Hazanis Fashion". mana tahu mampu digayakan di Aidiladha nanti. Jubah juga masih sesuai digayakan. terjah entri ini untuk usha "Fesyen jubah terkini hanya RM79 termasuk postage".

sekiranya ada pertanyaan boleh je inbox mek cah di facebook ataupun komen sahaja disini. insyaallah sekiranya diberi kesempatan tutorial memakai tudung dalam bentuk video pula. selamat bergaya wahai muslimah. entri ini "Cara Pakai Selendang" ,"Cara pakai tudung halfmoon" & "Cara pakai selendang seperti Diana Amir".

Thanks for reading. xoxo. 


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Pelakon tambahan dalam Ambi Pur Home Tectonic

Salam.

Blogbuster Campaign Ambi Pur Home Tectonic dan approved. Usaha dalam 30 minit dalam menghasilkan video pendek membuahkan hasil. Cuma menunggu berapa sen je dapat untuk kali ini. Punya lah mula-mula record selalu gelak tak menjadi. tapi akhirnya boleh la la la. hehe Memandangkan ini kali pertama berani membuat video bagai maka semuanya terserah kepada Allah bakal rezeki yang diperoleh.


Malu memamg malu, tapi apa kan daya demi sesuap nasi memberanikan diri unutk menghasilkan video ini. Buat video last minute dan pakaian pun berjubah hitam gitu. Sebolehnya syarat untuk campaign ini para peserta harus mengelak dari memakai pakaian bewarna gelap. Tapi Nuffnang masih baik hati masih approved video ini. Alhamdulillah, tengok banyak kali boleh. Tapi malu sih !


Ramai blogger yang mendapat $$$ hasil dari Blogbuster Campaign yang ditawarkan oleh Nuffnang. Mungkin selepas ini boleh join lagi. Insyaallah.

Lebih maklumat tentang ampi pur boleh terjah sini.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE Nuffnang ke-13, 14 : University of London Inte, Chipsmore (Oct)

Assalamualaikum cinta.

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah limpahkan ke atas diriku walaupun masih baru dalam dunia blogging namun Nuffnang masih baik hati memberikan hadiah CPUV kepada blog ini. Blog dah jarang update tapi masih diberikan peluang untuk dapat duit raya sempena Aidiladha yang bakal menjelang tiba. Mungkin boleh dijadikan ibadah korban. Insyaallah


Syukur masih ada beberapa CPUV yang masih tertenggek di blog ini. Kalau sudi rajin-rajin la klik yer. Kali terakhir yang dapat BE Nuffnang ke-12 : Olay JAS Bundle.

Cashout pertama nuffnang [Entry]. so Thank you semua yang selalu support blog hazanis ni. Nak tips simple untuk dapatkan earning dari Nuffnang, boleh klik SINI [Entry]. Terima kasih daun keladi, lain kalau singgah la lagi.tanpa sokongan korang blog ini tidak mampu bertahan. :"(

Thanks for reading.
#mood menunggu untuk cashout earning nuffnang.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...