Gambar pernikahan Adam AF dan isterinya, Fiza Elite

PENYANYI Adam bersama isterinya Fiza selamat dinikahkan di pejabat Agama Islam Selangor. Bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32 sah menjadi isteri kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman, 30 dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap. FOTO Osman Adnan.



Penghijrahan pasangan suami isteri ini ke arah lebih mendalami agama, membuka lembaran baru buat kehidupan mereka.


Cinta pandang pertama - Adam

Memulakan langkah melalui rancangan realiti Akademi Fantasia, penyanyi kacak ini pernah menjadi igauan ramai gadis di luar sana. Bagaimanapun kalau diikutkan berita mengenai dirinya agak jarang kedengaran kebelakangan ini, keputusan yang diambil untuk mendalami ilmu agama sedikit sebanyak menjauhkan dia dari industri seni. Bagaimanapun dia sendiri tidak menduga dalam kesibukannya itu, Allah kini menghadiahkan kehadiran insan teristimewa buat dirinya, seorang isteri.
Menganggap Fiza merupakan wanita istimewa kerana berjaya meruntuhkan dinding perasaannya untuk berkahwin, tempoh yang singkat mengenali Fiza bukan sebab untuk jiwa lelakinya meragui keputusannya ini.
"Kali pertama bertemunya dengan pada awal tahun lalu, waktu itu Fiza masih belum bertudung. Cuma baru-baru ini setelah melihat dia bertudung melalui telefon, hati saya mula mahu mendekatinya itupun sekadar untuk berkongsi ilmu agama.
"Bagaimanapun setelah pertemuan itu, saya akui asyik teringat kepadanya. Dan kali kedua bertemunya saya mengambil keputusan untuk melamar. Saya panggil ini jodoh yang sudah ditentukan oleh Allah. Sepatutnya saya mahu menamatkan zaman bujang saya pada dua tahun lepas namun tidak kesampaian, dan bila bertemu Fiza saya yakin sudah bersedia untuk meneruskan hubungan ini," katanya yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahannya, di Shah Alam, Selangor, semalam.
Menceritakan kembali saat dia membuat keputusan penting ini, menurut Adam status isterinya itu langsung tidak difikirkannya sebagai sesuatu yang perlu diambil perhatian. Menganggap tanggungjawab yang diberikan ini sebagai satu nikmat hidup, Adam mahu peminatnya sentiasa mendoakan kebahagiaan dirinya kelak.
"Memang sebelum bertemu jodoh saya selalu mendoakan yang terbaik, tetapi memang saya tidak sangka akan berkahwin dengan seorang janda. Bagaimanapun itu bukan perkara penting lagi kini kerana saya tahu tugas utama saya adalah untuk membimbing isteri ke jalan yang baik," katanya.
Bukan setakat bergelar suami, Adam juga turut sedar dia kini sudah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan isterinya terdahulu. Menganggap ini sebagai rezeki, tanggungjawab ini mahu digalas dengan ikhlas. Ditanya keistimewaan sebenar suri hatinya, bagi Adam cukup jelas untuk dirinya memberitahu Fiza bakal melengkapkan keseluruhan hari-hari yang akan dilalui mereka sebagai suami isteri.
"Saya tidak ada masalah dengan anak-anak Fiza. Malah sebelum ini juga saya menggalas tanggungjawab sebagai abang buat adik-adik saya. Saya terpikat melalui pertuturan seta kelembutan hatinya, selain itu melihat sifat keibuan yang terdapat pada Fiza juga membuka hati saya untuk menerimanya," katanya.
Menjelaskan penerimaan keluarga, menurut Adam perkahwinan merupakan suatu rahmat buat keluarganya. Sungguhpun hanya bertemu dengan Fiza pada Syawal lalu, itu sudah cukup membuktikan Fiza diterima dengan baik dalam keluarga Adam.
"Sewaktu menyampaikan niat ini kepada keluarga memang mereka terkejut, dan masih keliru dengan keputusan yang dianggap terlalu cepat ini.
"Bagaimanapun Syawal lalu, Fiza datang bertemu dengan ibu serta keluarga saya yang lain. Selepas di interviu ternyata semuanya menyukai dirinya," katanya dalam seloroh kecil.
Secara terbuka masih menyokong karier lakonan isterinya, Adam bagaimanapun sudah meletakkan syarat buat Fiza agar tanggungjawab wanita itu terhadap dirinya tidak dilupakan.
"Saya masih benarkan dia berlakon. Cuma ada perkara yang perlu dielakkan dirinya seperti sentuhan, kerana saya memang tidak sanggup untuk melihat isteri saya di pegang lelaki lain.
"Rasanya dia tidak akan membantu saya di Perubatan Alternatif Islam Nursalam yang beroperasi di Kota Damansara memandangkan dia kini juga dalam perancangan untuk menjadi duta sebuah produk," katanya.
Bakal mengadakan majlis perkahwinannya di Sabah, majlis itu nanti lebih kepada majlis meraikan pengantin baru. Adam juga menjelaskan, tiada perancangan untuk berbulan madu buat masa ini, semuanya terserah kepada rezeki.
"Kami hanya akan mengadakan kenduri di Sabah, kalau diikutkan majlis perkahwinan hanya akan berlangsung dalam keadaan sederhana cuma kami tidak akan bersanding. Soal bulan madu belum saya fikirkan, semuanya terserah kepada rezeki, buat masa ini Fiza akan tinggal di rumah saya," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 



Alhamdulillah suka melihat pasangan ini bersatu. hijrah mereka memberikan berita gembira untuk kita semua. siapa sangka kan mereka akan bersatu sebagai suami isteri. teringat majlis perkahwinan "Gambar Majlis Perkahwinan Irma Hasmie Dan Redza", Majlis Pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah, "Gambar Abby Abadi Dan Farhan Bersanding Sederhana" . mereka merupakan selebriti yang berjaya melakukan penghijrahan. Alhamdulillah. 


cantik baju pengantin mereka, menutup aurat bagi pengantin perempuan. Alhamdulillah tumpang gembira melihat cinta mereka bersatu kerana ALLAH. selamat pengantin baru!! -.-



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Panas! Kisah gaduh isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan

Hye Love dan peminat bola sepak.

Okay, berkata jujur bahawa yang pemilik blog ini bukan lah peminat tegar bola sepak lebih-lebih lagi masih belum mengenali sepenuhnya pemain bola sepak. tapi kisah gaduh isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan jadi topik hangat untuk dibicarakan.


"Insiden kekecohan membabitkan isteri pemain bola sepak negara, Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih popular dipanggil Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), mencetuskan topik hangat di kalangan pengguna internet sejak beberapa hari lalu." more info themalaysianinsider

Memandang isu ini masih panas , so mek cah pun cuba google apakah perkara sebenar yang membabitkan mat yo. maklumlah diri ini bukan minat sangat tentang isu bola sepak. hasil pencarian tentang kisah ini membuahkan hasil kerana terjumpa video "Isteri Mat Yo berperang Mulut Dengan Pengawal Keselamatan".



Fuh! memang terkejut dengan sikap isteri mat yo iaitu Shahrul Aishah. banyak pihak mengecam. Kebanyakannya mengutuk perbuatan isteri pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) yang dikenali sebagai Shahrul Aishah sehingga ada yang mengambil insiatif membuka akaun Facebook "Kami Benci Bini Mat Yo" sebagai bantahan atas perbuatan melampau perempuan itu. antara komen pihak yang tidak berpuas hati dengan perbuatan Shahrul Aishah.


"Bila kita jadi ahli keluarga artis, janganlah berlagak, bila kita jadi adik beradik kepada selebriti, janganlah sombong, bila kita jadi isteri kepada pemain bola sepak yang masyhur pun, janganlah bercakap angkuh hingga menghina orang lain."

Luahan Pengawal Keselamatan Insiden Isteri Mat Yo: 


memang kesian sangat dengan pak cik ni. bila tengok video ni terlintas difikiran biar betul ada perempuan macam ni kat atas dunia ni. asyik-asyik sebut dayus, dayus. haishh tahu ke makna dayus tu sebenarnya? sepatutnya dayus itu untuk mat yo, bukan untuk pak cik tu. macam orang hilang akal dah tengok. apa pun semoga kes ini dimenangi oleh pengawal keselamatan tu. 

ok. bye!!. -.-/

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE Nuffnang ke-12 : Olay JAS Bundle

Syukur alhamdulillah.



setiap hari ternanti nanti BE/CPUV ynag baru. akhirnya penantian membuahkan hasil. terharu dengan pihak Nuffnang walupun blog ini lama menyepi tapi BE/CPUV masih boleh melekat di sini. so makin bertambah sayang dengan Nuffnang. sayang untuk mencari penganti. insyaallah iklan dari Nuffnang akan kekal di sini.


oh olay, kerana dirimu begitu berharga. last dapat hadiah disini "BE Nuffnang ke-11 : DOVE SAMSON D". Cashout pertama nuffnang [Entry]. so Thank you semua yang selalu support blog hazanis ni. Nak tips simple untuk dapatkan earning dari Nuffnang, boleh klik SINI [Entry]. 

Thanks for reading.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tersenarai di antara 15 blogger paling cantik di Malaysia?

Assalamualaikum cinta.

tiba-tiba terasa malu kerana dah seminggu blog love is cinta sunyi tanpa entri terkini. untuk makluman korang, nis dah kekeringan idea untuk update entri baru. memandangkan masa pun tidak mengizinkan dengan sibuk jaga anak saudara, perniagaan di "hazanis fashion", maka kasih dan sayang untuk blog ini pun berkurang. tapi rindu tetap ada untuk update entri baru seperti dulu. 

Perkataan utama untuk entri kali ini "Terima kasih blogger Hafiz Hafizol!!"


motif entri kali ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih untuk blogger terencem malaya iaitu Hafiz Hafizol, kerana entri beliau blog ini mampu mengekalkan jumlah kunjungan ke blog ini. hukss takut juga sekiranya traffic blog menurun. alhamdulillah dengan wujudnya entri dari hafiz hafizol masih meraih visitor.

namun rasa tak layak berada di entri ini "15 BLOGGER PALING CANTIK DI MALAYSIA". terfikir beribu-ribu kali kenapa dan mengapa blog hazanis tersenarai sedangkan diriku hanya insan biasa berbanding blogger yang lain. haishhh berbanding fatin liyana, fatin suhana, nisa kay, yuyu zulaika, irine nadia, hanis zalika, lysaa, dan lain lain memang jauh berbeza seperti langit dan bumi. 

Apa yang penting Fatin Liyana menjadi yang teristimewa dalam blog ini. wujudnya entri ini "Fatin Liyana : Gambar pilihan paling comel", "Fatin Liyana - minaztv@youtube", "Close up bersama Fatin Liyana" , "Fatin Liyana : You are beautiful" & " FATIN LIYANA : NASI LEMAK KOPI O TV9" menjadi bukti hazanis peminat beliau. eceh! #sempat lagi promote. Lolzz#


sekarang hanya mampu cakap hafiz hafizol mungkin tersilap letak nama hazanis sebagai salah seorang blogger paling cantik di malaysia. tak mampu nak capai ke tahap itu, terasa bagaikan langit dan bumi dengan blogger yang lain. dengan kecantikan, pendidikan yang tinggi, style, pangkat, mampu membezakan hazanis dengan mereka. jauh panggang dari api. kerana merekamemiliki semuanya berbanding dengan hazanis yang hanya biasa-biasa sahaja. 

apa pun terima kasih hafiz hafizol kerana memberi peluang gambar hazanis tertempek dalam entri itu. terharu, dan terima kasih blogger mek onie kerana memberitahu tentang entri tersebut. :)

apa pun selamat berblog dan terima kasih semua. terjah blog mereka sebagai sokongan untuk sahabat blogger kita. semoga terus maju dan success selalu. xoxo. 



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Promosi tambang murah AirAsia

Aidiladha dan musim cuti sekolah bakal menjelang tiba. Apa kata membawa orang yang tersayang melancong ke destinasi yang di impikan selama ini. memandangkan promosi tambang murah AirAsia masih berjalan, cepat-cepat kira bajet untuk membawa kesayangan melancong. Kalau tidak mampu keluar negara apa kata membawa keluarga anda bercuti dalam Malaysia. contohnya ke Langkawi, Penang, Terengganu, dan banyak lagi tempat menarik yang sesuai dikunjungi. sangat berbaloi jika merancang perjalanan ataupun percutian dengan lebih awal.



seperti yang kita tahu AirAsia memerlukan penempahan tiket lebih awal untuk mendapatkan harga promosi. kalau dulu nak tempah tiket penerbangan pun sangat susah . tapi sekarang ianya sangat senang kerana pembayaran juga boleh dilakukan melalui maybank2u , cimbclicks dan banyak lagi. cepat, mudah, senang dan siap!

[kenangan percutian di Batu Feringgi, Penang]
Eceh! cukup skema entri kali ini. grrr. tiket murah, so hazanis sendiri mengambil kesempatan untuk bercuti bersama yang tersayang. yang tersayang itu adik sendiri, hanya kami berdua mempunyai masa yang sangat sesuai untuk bercuti. memandangkan adik cuti study week so perancangan 21.09.2013 sehingga 24.09.2013 adalah masa sesuai untuk kami bercuti. percutian kami hanya dalam malaysia.


permulaan perancangan ingin ke bangkok memandang harga tiket tersangatlah murah. tapi apakan daya kami tidak pernah kesana dan tidak mempunyai kawan-kawan yang sudah biasa dengan keadaan disana. wuwu so hanya kuala lumpur dan penang destinasi percutian kami. 


so apa tunggu lagi? cepat ke page AirAsia untuk melihat promosi yang masih berjalan. Pastikan mendapat harga terendah dan bijak merancang waktu perjalanan. chewah! oh la la, tak sabar untuk bercuti. 

Thanks for reading. xoxo.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Gambar Abby Abadi Dan Farhan Bersanding Sederhana

Assalamualaikum cinta.


Abby Abadi menjadi selebriti kegemaran semenjak hazanis di zaman sekolah menengah lagi. beliau yang terkenal dalam drama gerak khas di TV1 sememangnya dikenali ramai, lebih-lebih lagi sekarang banyak menimbulkan isu berkaitan perhijrahan beliau. tetapi dengan gaya dan penghijrahan terkini Abbby abadi membuatkan beliau semakin cantik. Now, suka tengok perubahan Abby Abadi. Insyaallah semoga penghijrahan beliau menjadi ikutan buat selebriti lain. Alhamdulillah penghijrahan selebriti Yatt Hamzah, Diana Amir, Irma Hasmie, Dato' Siti Nur Haliza, Shila Hamzah dan Anna rafalie juga mendapat sokongan semua. Lagi comey bilo bertudung. :)


Abby Abadi dan suami barunya, Farhan di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat Abby Abadi kerana berjaya menjadi seorang isteri yang solehah setelah perkahwinan yang ke-2 selepas bersama Norman Hakim. dah namanya jodoh, yang dah berkahwin dan mempunyai cahaya mata pun masih boleh berpisah. itu namanya takdir. kiranya cekal juga hati Abby Abadi menghadapi semua dugaan itu. :'(



Suka sangat melihat kebahagian Abby Abadi sekarang, sejuk je mata yang memandang. kalau tak percaya boleh lihat Instagram beliau. nampak sangat Abby Abadi tersangat bahagia bersama keluaraga baru. 

#Throwback: 

Berseri-seri kedua pengantin ini. tahniah buat mereka. fesyen baju pengantin yang digayakan oleh Abby abadi sangat lah menarik kerana menutup aurat. jarang sekali dapat melihat pengantin  perempuan yang menutup aurat sepenuhnya. So nak cari baju pengantin boleh ke entri ini "Baju pengantin 2013", "Busana pengantin edisi peplum" , "Busana pengantin dan tunang". sesuai untuk yang bakal melangsungkan perkahwinan dan yang paling penting ingin kekalkan ciri-ciri muslimah.

Thanks for reading. 



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Dapatkan free sample dari Lancôme dengan mudah!

Assalamualaikum.


Dah lama tak cuba produk baru memandangkan hazanis pengguna setia produk D'Nars dan Sabun Gluta Collagen. kedua produk ini memang terbaik dan memberikan kesan yang memuaskan untuk kulit muka. so ada masa nanti nis kongsikan kesan penggunaan produk D'nars. nak tanya tentang produk tersebut boleh PM nis di fb "Hazanis blogspot" , "hazanis fashion", ataupun page "love is cinta dot blogspot". 


now, sambil-sambil setia dengan produk tersebut masih mencari lagi produk kosmetik yang berjenama untuk kulit muka. memandangkan kulit muka nis mudah sensitif iaitu kemerah-merahan apabila terkena cahaya matahari maka diharap produk lancome mampu melindungi kulit nis dari masalah tersebut. 


Hope this product will protect my skin from uv. Lagipun kulit muka nis susah sangat nak sesuai dengan sebarang foundation before makeup, so kena hati-hati dalam memilihnya. dengan lancome daku memberi harapan. winkkkk. 


Nak dapatkan free sample dengan mudah??senang je KLIK SINI.


dapat free, tak salah untuk mencuba. kalau nak beli takut tidak berbaloi. so apa kata dapatkan free sample di SINI, cuba dulu yang sample punya. so korang boleh tebus sample di cawangan terdekat anda. macam nis boleh tebus sample di KBMALL je. tak percaya lihat email ini setelah isi beberapa form. Dalam email tersebut disediakan ID untuk penebusan. sebaiknya print je email yang dapat tu, so bawa masa proses penebusan sample. :)

selamat mencuba! cepat sebelum terlambat.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...