Photobooth Untuk Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum cinta.

Malam ni feeling love gitu sebab dah dua malam duk ushar google cara nak buat photo booth yang cantik dan menarik di hari perkahwinan nanti. opss jangan kata hazanis dah nak kawin, ini semua sebagai tambahan ilmu dan maklumat untuk perkongsian bersama. mana tahu timbul idea untuk buat satu photo booth yang cantik di hari perkahwinan atau pun sebarang majlis yang bakal menjelang tiba.



mungkin wujudnya photo booth dapat memberikan kelainan di hari istimewa. okay ushar dulu gambar, lepas tu kita cari idea macam mana nak buat semua ni. Yang otak kreatif mungkin kacang je bagi korang, tapi bagi otak tepu macam hazanis ni ambil masa untuk belajar. Lollz

Pastikan sebelum tu baju pengantin dah siap tempah okay, bagi bakal pengantin elok sangat terjah entri ini. "Baju pengantin 2013", "Busana pengantin dan tunang", & "Busana pengantin edisi peplum". Mungkin dapat membantu sahabat semua. 


theme photo booth garden memang cantik sangat. sesuai yang ingin tampak kelainan di hari bahagia. jumpa gambar ni di google, style English memang kebanyakan macam ni. tapi ada juga pasangan malaysia kita yang buat theme macam ni. berduit, mampu lah. teheee sewa taman KLCC lagi meletop. Mihmih 




Photo booth simple macam ni sepertinya memerlukan budget yang rendah. just sediakan kerusi yang ohsem dan sediakan backdrop wallpaper untuk memastikan dibahagian belakang kelihatan cun! humm simple tetapi menarik kan? oh idea dah datang. winkk lagi pun memerlukan ruang yang kecil sahaja.



yang ini pula memerlukan kertas ataupun tissue khas. so yang kreatif boleh cuba buat sendiri. cuma budget untuk beli peralatan untuk alah belakang tu. lozz lepas tu tempek kat dinding rumah. siap! erk?ingat senang ke. jom cuba buat. :)

haaa, idea macam ni bagus. sediakan belon banyak-banyak lepas tu tiup dan letak atas lantai tempat shoot. oh indahnya dan sweet gitu. budget pun tak banyak. dari menempah pelamin beribu-ribu baik sediakan sedikit budget untuk buat photo booth ni. so bila kawan-kawan datang diorang boleh bergambar di photo booth kan. nak bergambar atas pelamin memang tak sempat la kan kawan-kawan anda itu. grrr


Owner blog ni sangat lah cantik. banyak maklumat berguna dalam blog beliau. jemput terjah tau. opss selamat pengantin baru akak.



yang last sekali theme vintage, mempersonakan sebab menggunakan color pastel. alololo sangat comel, macam bersemangat pulak nak buat photo booth untuk hari perkahwinan nanti. angan-angan, entah jadi ke tidak. hoho akan tiba saaat itu, tunggu dan lihat. 


cun tak?buat bakal pengantin hope dengan entri ini mampu membantu dan menambahkan idea untuk majlis perkahwinan korang. buat perancangan dengan bijak dan yang paling penting jangan membazir. terima kasih buat google kerana gambar anda wujudnya entri ini.
Thanks for reading. hikss salam. xoxo.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE Nuffnang ke-11 : DOVE SAMSON D

Alhamdulillah, rezeki kalau Allah nak bagi dalam pelbagai cara. sejak akhir-akhir ni rajin pulak nak blogwalking di blog rakan-rakan blogger yang lain. stay up sampai tengah malam semata-mata nak aktifkan diri dalam dunia blogging. boleh gituwww, mungkin itu faktornya dapat BE/CPUV terbaru. Thanks Nuffnang dan DOVE kerana memilih blog ini sebagai duit raya. Lagi pun "BE Nuffnang ke-10 : Q3 Prepaid Roaming" & "BE Nuffnang ke-9 : RHB Debit Mass Usage" masih lagi on going di blog ini. Picit tanda ikhlas, tak mau paksa-paksa. :')


Now, dah jatuh cinta dengan Nuffnang sebab sejak akhir-akhirnya ni selalu baik hati. dapat 2 tiket free untuk NN Premiere Screening of KL Zombi , nak tahu apa kisahnya disini "Sinopsis Filem KL Zombie".


Perkara yang dilepas pandang ramai wanita di Malaysia... Lihat apa yang terjadi jika ada penyelesaiannya!
Memandangkan wanita suka sangat mementingkan penjagaan diri terutamaya bahagian rambut yang menjadi mahkota wanita. so DOVE merupakan pilihan yang sesuai untuk mendapatkan rambut yang sihat dan bebas dari segala masalah rambut gugur, kelumumur, dan sebagainya. so DOVE jenama pilihan yang tepat!


Thank you semua yang selalu support blog hazanis ni. *kalau sudi bila lihat iklan ni boleh picit tau, sayang korang *. so kepada new blogger yang Nak dapatkan tips simple untuk dapatkan earning dari Nuffnang, boleh terjah entri [Tips mendapatkan dan mengekalkan BE nuffnang]. 


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kisah di Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum cinta.
Entah kenapa sekarang malas sangat nak update kisah peribadi. Zaman dulu-dulu suka sangat share gambar kesana kemari. setiap kali kuar outing mesti nak snap dan share dalam blog or facebook "hazanis blogspot". sekarang mood malas ni dah datang bila rasa dah tua. eleh! tapi itu semua tetap dalam kenangan. kenangan i love photography masih kekal dalam diri. terjah sini " I Love Photography" untuk lihat zaman hazanis masa muda mudi remaja dulu. Lollzz kat situ banyak kot list kenangan bersama rakan talent & photog. rindu.;)


Okay sekarang, untuk raya memang biasa-biasa je. 5 hari sebelum raya baru dapat buat persiapan. nasib baik sempat belikan mak sepasang jubah liplap lip lapp, belanja abah kemeja dan wallet, belanja abang baju raya dan selipar raya, belanja adik diela baju raya dan selipar. alhamdulillah tahun ni rasa berbakti sangat sebab semuanya hazanis dapat settlelan dalam masa 5 hari. kuih raya memang wajib buat. tak percaya lihat entri ini "Resepi Biskut Raya 2013". dengan tanggungjawab sebagai owner "Hazanis Fashion" memang berat. lagi-lagi nak raya, permintaan untuk baju dan jubah meningkat. memang rezeki dibulan ramadhan. sebab tu dapat belanja family baju raya. hikss sekarang pun dapat duit raya dari Nuffnang kerana BE Nuffnang ke-9 : RHB Debit Mass Usage masih running di blog ini. Alhamdulillah. 

Dalam gambar ni seperti abah tahan sakit je.:'(
Sehari sebelum raya masih sibuk siapkan biskut raya. entah kenapa hari tu hazanis tengok abah lain macam je. nampak sangat kurang sihat, dah la selalu batuk-batuk, makan pun kurang, berjaga tengah malam. bayangkan abah selalu bangun pukul 2 pagi , sahur seorang diri dan terus pergi masjid. mesti la masa sahur tu makan tak berapa nak selera kan. so tengok kat abah pun memang makin kurus dan kurang makan. so hari tu tiba-tiba abah jatuh, terkejut tapi abah masih boleh bangun dan berdegil nak ke masjid. okay fine! mak bagi abah pergi masjid tapi jangan dengan moto takut apa-apa yang terjadi. so abah pergi jalan kaki memandangkan masjid dekat je dari rumah. after abah balik solat zohor tiba-tiba abah jatuh pengsan. terus mak buatkan abah air milo dan bagi abah makan biskut raya yang hazanis tengah buat. lepas terus bawa abah ke bilik kecemasan klinik wakaf bharu. nasib baik tak ada apa-apa kata doktor,. bimbang gak takut abah kena tahan dan kami sekeluarga beraya di hospital. alhamdulillah abah kembali pulih, dan rasa takut telah hilang. hukss takut jugak kehilangan abah. Alhamdulillah dapat beraya bersama.:')


sambutan raya tahun ni berlainan sikit sebab tahun ni hazanis dapat sediakan duit raya untuk sepupu dan anak murid mak & abah (abah & mak mengajar mengaji). hehe rasa macam dah dewasa , dan patut kawin dah. lolzz alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri walaupun sekarang nis belum kerja. sekarang cuma bergantung dengan business "Hazanis Fashion" je. Tapi bersyukur. :') 

Raya ke-2, dengan adanya henset Samsung Galaxy S Advance membuatkan hati ni malas nak usung ke sana kemari "Nikon Coolpix L820". so nikon ni tolak tepi, just guna bila nak shoot koleksi untuk "Hazanis Fashion". lagi satu dah aktif di instagram "hazanis blogspot". senang nak upload gambor. :P

lupa nak bagi tahu entri ni "Koleksi SMS Ucapan Selamat Hari Raya 2013" membuatkan hazanis terkejut satt sebab page view mencecah 20k lebih sehari sebelum raya.  belum pernah dapat page view macam ni. paling kurang pun 8k. Alhamdulillah berkat reader yang nak cari koleksi sms yang sesuai untuk kenalan mereka.


Konon-kononnya sweet dengan adik, padahal selalu je main tarik tudung sebab gaduh. lolzz bila si diela ni balik berat badan hazanis akan bertambah sebab selalu ikut dia makan. kalau dia balik Unisza, bab makan selalu je hazanis abaikan. hikss nak diet dan busy. mihmih lega sebab ramai tanya kenapa makin kurus? jawabnya sebab puasa. teheee mari mengimbau aidilfitri tahun lepas punya "Aidilfitri 2012 : Part I" & "Aidilfitri 2012 Part II : Warisku Raya". 


Raya ke-3 mood sempoi-sempoi, tak tahu nak pakai apa terus rembat jubah dari "Hazanis Fashion" sendiri. hikss untung tak perlu cari kat kedai . Alah jubah macam ini la "Fesyen jubah terkini hanya RM79 termasuk postage". shawl pulak dari wakaf che yeh RM10 sahaja, best pakai. Oh yer yang request cara pakai shawl macam ni maaf yer sebab belum sempat nak amik video bagai. maklumlah nis ni pemalu. muahaha sorry tau. yang penting senang je buat shawl jadi macam ni. picha nampak menyedihkan sebab menunggu tetamu yang masih belum sampai. lozz ini hasilnya.

itu sahaja kisah hari raya hazanis yang dapat dikongsi. mungkin raya kali ni merupakan raya terakhir sebagai bujang. insyaallah tahun depan beraya bersama suami tercinta. Amin muahahaha gedik tuh. dengarkan ucapan selamat hari raya khas dari mek cah dan bakal suami. Lolzz

Blog love is cinta di beri nama,
Pemilik diberi gelaran hazanis kerana cinta ,
Ingin ku ucapkan selamat hari raya,
Buat dirimu sekeluarga,
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin."

Thanks for reading. xoxo.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Sinopsis Filem KL Zombie

Invitation to NN Premiere Screening of KL Zombi terpaksa dilepaskan kerana masih di kampung halaman tercinta. dapat 2 tiket free, kalau masa invitation tu masih di Kuala Lumpur memang sah-sah hazanis pergi je. Maafkan blog ini kerana tidak hadir. hari tu gatal tangan join contest untuk menang tiket filem KL Zombi, tak sangka pulak terpilih. mesti lawak giler movie ni sebab ada abang kit kat aka zizan razak. Apa pun nanti nak cuba nasib lagi for the next contest. thanks Nuffnang. Last tengok movie dengan si dia di penang iaitu filem "Mael Lambong".

Date: 22nd August 2013 (Thursday)
Time: 9.00PM
Venue: Cathay Cineplex e@Curve

Filem KL Zombie menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.


Sinopsis Filem KL Zombie

Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.


5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. Virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. 


lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke Sarawak dan ke seluruh Malaysia. Dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis – seorang kaki teori konspirasi – mencadangkan mereka berpindah ke Putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.


filem KL Zombie sememangnya merupakan filem yang harus ditonton jika anda ingin menyaksikan sesuatu yang berlainan dalam industri filem kita.

Info : 

p/s: Rasa terkilan tak dapat hadir. mesti best geng blogger tengok ramai-ramai lepas tu exclusive sebab filem ni keluar 29 ogos 2013. haaa special gituww. last event bersama nuffnang kat sini "Majlis pelancaran innershine camu camu bersama izara aisya". sorry Nuffnang. T.T

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Baju raya dan Fesyen Muslimah terkini 2013 #2

Raya dah habis?? tapi tak pe Raya Aidiladha masih ada. jom ushar koleksi terbaru dari "Hazanis Fashion". Alhamdulillah Baju kurung peplum dari MinimaLace menjadi top post dengan mencatat view "144078" . Masa nak raya hari tu banyak jugak la dapat mesej dari peminat Minimalace, ramai yang menyangka koleksi tu kepunyaaan hazanis fashion. maaf yer hazanis cuma mempromosikan. 



entri ini "Fesyen jubah terkini hanya RM79 termasuk postage” mampu dijadikan salah satu koleksi peribadi tau. Jangan bimbang sekiranya pembelian melebihi 2 helai keatas akan dapat diskaun. Lagi banyak anda beli lagi banyak diskaun yang anda akan dapat. Baju Raya dan Fesyen Muslimah , alhamdulillah habis terjual. love benda INI



So terjah fesyen terkini ini dulu.

promotion Price 1 set include postage : RM79
Fit XS-M Only
Maximum tinggi 157cm
Design yang unik, tapi cantik!

promotion Price : RM79
Fit XS-M Only
Maximum tinggi 157cm

#sesuai digayakan di hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma. namun hanya sesuai untuk si kurus sahaja#

promotion Price : RM85

Fit XS-M Only
Maximum tinggi 160cm


promotion Price include postage : RM85
Fit XS-S Only
Maximum tinggi 160cm

promotion Price 1 set include postage : RM82
Fit XS-M Only

promotion Price 1 set include postage : RM82
Fit XS-M Only


promotion Price 1 set include postage : RM82
Fit XS-M Only

promotion Price 1 set include postage : RM79
Fit XS-S Only

promotion Price skirt stripey include postage : RM49
FREE SIZE

Sebarang pertanyaan/order boleh dilakukan di:♥ 
SMS/WHATSAPP : 0108931044 
Facebook: Hazanis Blogspot
email: hazanis88@gmail.com 

Jemput LIKE page ni "Hazanis Fashion" untuk dapatkan fesyen dan baju kurung peplum terkini. Insyaallah akan di upload dari masa ke semasa. Lebih mudah & cepat! 

Order 
1. Nama Penuh
2. Alamat Penuh
3. Nombor Telefon
4. No kod/Link gambar

booking hanya untuk 24 jam sahaja, sekiranya melebihi tempoh tersebut maka baju kurung peplum ini akan dibuka jualan untuk orang lain.

Pembayaran: no akaun akan diberi sewaktu pembelian.

Selepas pembayaran, jangan lupa beritahu tarikh, masa dan jumlah pembayaran. Sebagai bukti. nak email/attach gambar transaksi/resit pun boleh.:)

Warna : Warna di dalam gambar mungkin sedikit berbeza berbanding warna sebenar produk disebabkan lighting dan monitor display.

Sekian terima kasih.♥


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Shine on by Libresse

Assalamualaikum.

wanita, bertuahnya kita semua kerana mempunyai banyak kelebihan. jenama terkenal "Libresse yang sememangnya di ciptakan khusus untuk wanita. dengan libresse hidup lebih selesa dan mampu membuatkan wanita mencapai target dalam hidup!. Libresse jenama kegemaran sejak dulu lagi.Mihmih :D


seriusly, shine on banyak membantu hazanis dalam meningkatkan lagi perniagaan online "hazanis fashion". pelbagai tips dan maklumat dikongsi. tak percaya boleh tengok sini "http://www.livelibresse.com.my/shineon/downToBusiness.php". 

Inspirasi daripada usahawan berjaya juga dapat kita baca. kisah bagaimana mereka memulakan perniagaan sehingga lah berjaya sehingga kini. Alhamdulillah banyak membantu dari permulaan berniaga sehingga step yang terakhir. so kepada yang bakal menjalankan perniagaan tak rugi dapatkan maklumat disini. 


Ketahui apakah yang menjadi sumber inspirasi Usahawan Wanita Malaysia dan dapatkan petua dan nasihat daripada mereka di Let's Talk Shop!

Yess! sesungguhnya memang banyak membantu. thank you "Libresse"

Anda mahukan inspirasi? Sedikit motivasi? Ataupun perangsang keyakinan? Inilah tempatnya! Di sini kami muatkan pelbagai kisah menarik mengenai Usahawan Wanita Libresse, produk-produk unik hasil ilham kreativiti mereka serta pautan-pautan berguna untuk membantu anda memulakan perniagaan!
Setiap peringkat dalam kehidupan umpama membuka lembaran yang baru. Punya liku dan cabarannya yang tersendiri. Kami di Libresse akan setia di sisi anda menyokong setiap langkah. Shine On!" - livelibresse


Perlukan inspirasi? Idamkan kehidupan yang tidak tertumpu di pejabat? Kenali wanita-wanita yang memilih untuk bebas daripada arus kebiasaan sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan. Di sini juga kami telah muatkan beberapa pautan bantuan untuk membantu anda menggerakkan idea perniagaan.


entri Kisah Wanita:::hebat orang puangggg!! dari Ustaz Azhar Idrus & Untungnya menjadi 'WANITA' menjadi penyeri entri kali ini. Alhamdulillah, semoga kita wanita bersyukur dengan kelebihan yang ALLAH berikan kepada kita semua sebagai wanita. eceh! lelaki? anda tersilap baca entri.LOlzz.

Thanks for reading.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE Nuffnang ke-10 : Q3 Prepaid Roaming




Alhamdulillah, berkat kesabaran menulis blog. 
Terima kasih Nuffnang, semakin hari semakin bersemangat untuk aktif semula menulis blog. 

Yeah! duit raya..



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cara pakai tudung halfmoon

Assalamualaikum cinta.

Mood raya dah habis ke? Alah entri pasal raya pun belum tertulis kan. eceh! mood update blog masih kelaut, sebab semua sibuk beraya. Lagi-lagi entri ini "baju raya 2014" masih menjadi keyword hangat dalam blog love is cinta. so, mood raya masih ada la tu kan? apa kata beraya bersama tudung halfmoon pulak. saksikan tutorial dari Mek su aka Engku Sulwani merangkap model terkenal asal dari Kelantan. bulih gitu?haaa sohor kea tuh. kifkifkif *Google kalau nak kenal*. Engku Sulwani layak jadi model jenama INI. Jom amalkan minum Perla coffee untuk dapatkan kulit yang cantik dan berseri-seri . Terjah entri review dari pemilik blog sendiri "Review : Perla Coffee". harga istimewa untuk korang dan dapatkan cara untuk berselendang labuh juga "Fesyen cara pemakaian selendang".

LIHAT GAMBAR UNTUK CARA PAKAI TUDUNG HALFMOON
Yang suka pakai selendang memang sesuai sangat baca entri ini "Cara pakai selendang seperti Diana Amir" , "tutorial pakai selendang dari hazanis sendiri" & "Cara Pakai Selendang" . siap ada video tutorial lagi. Oh baik tak hazanis?? Alaaa video dalam youtube kan banyak so apa salahnya berkongsi sikit kan.:)


Nak buat tutorial sendiri memang tak berani la kan sebab banyak faktor yang boleh mengundang kemarahan hater blog ni. Erk?merepek. =.=' akan tiba masanya hazanis buat tutorial cara pakai selendang yang belit-belit lepas tu letak bunga. opss dah ramai yang request tutorial macam tu tapi hati ini belum bersedia. Yeah! "cara pakai selendang dari hazanis" sendiri dah ada. :)

LIHAT GAMBAR UNTUK CARA PAKAI TUDUNG HALFMOON
Baca :- Cara Memakai Selendang Dengan Mudah 

Pastikan korang kekal bergaya kemana jua macam model ni. Mihmih, untuk pemakaian tudung halfmoon ni senang je sebab dalam beberapa saat je dah siap. tu bagi yang betul-betul mahir lah. tudung halfmoon sesuai dipakai begitu sahaja dan sesuai juga digayakan bersama anak tudung. nak bagi anak tudung muncung sila terjah entri ini "Tips Inner shawl kelihatan muncung". Mungkin dapat membantu. :)


Mesti ramai yang mengenali model untuk tutorial ini kan siapa lagi kalau bukan Engku Sulwani si cantik molek. Jelita sangat!! Oh masih ingat entri ini "EH FATIN LIYANA ASRI ADA KEMBAR KE??" ketika mula-mula Engku Sulwani terjun di bidang modelling. Malu pulak bila baca entri lama sebab entri entah apa-apa je.=.='


Untuk mendapatkan Halfmoon shawl yang cantik ni boleh terjah HIJABZONE7. Macam-macam pilihan yang ada. Kebanyakan shawl yang dijual sesuai sebagai tudung tunang ataupun sesuai digayakan di hari istimewa. Kepada si pencinta setia tudung bawal boleh lihat entri ini "Fesyen : Cara pemakaian tudung bawal". Yang sukakan style tudung labuh juga boleh lihat entri ini "Cara pemakaian shawl labuh dari Heliza Helmi hijab". Eh! jom tengok "cara pakai selendang dari hazanis" pula. dan terjah koleksi yang sesuai digayakan di pagi Aidilfitri nanti "baju raya 2014". 

Facebook HIJABZONE7 : https://www.facebook.com/HIJABZONE7/.

p/s: Maah mek su sebab xmitop izin untuk gambar ni semua. comey-comey sapa sero nok letok semooo muko esu. hikss Macih! Jom dapatkan produk Emilay untuk kulit sihat "Review: Emilay Whitening Softgel". Insyaallah memberi feedback yang positive okay. murah sahaja RM40 termasuk postage. :)

Thanks for reading. xoxo



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE Nuffnang ke-9 : RHB Debit Mass Usage

Assalamualaikum LOVE.
Selamat Hari Raya!!

Dah lama menunggu berita gembira dari Nuffnang, sedih tau sebab ramai je blogger yang dapat BE/CPUV. Tapi blog ini baru je dapat BE/CPUV dari RHB Debit Mass Usage. Alahai walau apa pun ku tetap bersyukur. Alhamdulillah.


So kepada Pihak Nuffnang ribuan terima kasih kerana akhirnya memberi peluang untuk blog ini merasai BE/CPUV sempena Aidilfitri. Eceh! ni kira duit raya la kan. now! sekarang menunggu masa untuk cashsout duit Nuffnang  Tapi tunggu sikit je lagi. sebab nak buat modal kawinnn. Winkk. *Gurauu bah!. 


Klik gambar tu untuk keterangan lanjut. Yang penting online banking lebih ohsem tau. Lebih-lebih lagi yang menjalankan aktiviti perniagaan. Macam "Hazanis Fashion" memerlukan online banking supaya perniagaan berjalan dengan lancar. Mihmih banyak kelebihannya tau! so kali terakhir BE Nuffnang ke-7 : GSC Man Of Steel Campaign


Thank you semua yang selalu support blog hazanis ni. *kalau sudi bila lihat iklan ni boleh picit tau, sayang korang *. so kepada new blogger yang Nak dapatkan tips simple untuk dapatkan earning dari Nuffnang, boleh terjah entri [Tips mendapatkan dan mengekalkan BE nuffnang]. 

.XOXO.
p/s: tengah ambil mood update tentang raya, raya, Opsss selamat hari raya!


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...