Bicara selebriti 1 Disember 2012


Assalamualaikum cinta. :)

Setelah Anna Althafunnisa (Oki Setiana Dewi), Mas Azzam (Kholidi Asadil Alam) Telah Melawat Kelantan... Kini Kerajaan Kelantan Membawakan Seorang Lagi Pelakon Ketika Cinta Bertasbih, Ayatul Husna (Meyda Safira) Yang Akan Bergandingan Bersama Ustaz Azhar Idrus, Heliza Helmi Bersama Pengacara Amin Idris... Jangan Lupa 1 Disember 2012 Ini Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan Dalam Program Bual Bicara Selebriti.


Kalau dahulu pemilik blog sempat meluangkan masa mengikuti program bual bicara selebriti yang terdahulu "Kisah kami di Bicara Selebriti 2012" tapi kemungkinan untuk bual bicara 1 disember ini tidak berkesempatan kerana berada di bumi Shah Alam. Insyaallah lain kali ada lagi.


Ustaz Azhar Idrus tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan ikon pendakwah muda atau lebih dikenali sebagai Ustaz Youtube. Terkenal dengan penyampaian kuliah bersahaja dan mampu menarik hadirin terutama anak muda dari pelbagai latar belakang.


Panel kedua, Meyda Safira bukanlah asing bagi rakyat Malaysia khususnya para peminat filem Ketika Cinta Bertasbih yang memegang watak Ayatul Husna. Selepas kemunculan Oki Setiana Dewi (Anna Althafunnisa) dan Kholidi Asadil Alam (Abdullah Khairul Azzam) di pentas Bicara Selebriti, kini didatangkan pula Meyda Safira.


Heliza Helmi sebagai panelis ketiga mula muncul di persada seni menerusi Akademi Fantasia .Seterusnya muncul dalam layar perak dan siri-siri drama TV dan host untuk banyak program di kaca televisyen. Juga merupakan seorang model muslimah.

Dan bicara ini dihostkan yang tidak kurang hebatnya iaitu Saudara Amin Idris. Moderator yang terkenal dengan celoteh bersahaja dan beliau juga sebenarnya adalah selebriti di stesen TV Alhijrah. Anak jati Sarawak yang membesar di Kelantan Darul Naim ini adalah pengasas dan CEO kepada Amin Idris Training Consultant (AITC). Lulusan undang-undang dari UIA ini juga adalah penulis buku Magnet Diri.

Lagi info tentang program ini "http://kalkulus2102.blogspot.com/2012/11/bicara-selebriti-ust-azhar-vs-meyda.html " Kepada adik kakok, abe-abe, mok cik pok cik, tuan puan, dato datin hok duk berdekatan stadium klate silo lah singgoh ke program ni. Insyaallah banyak manfaatnya disamping menambahkan ilmu. Peace. @.@v



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Hey pinky lady!


Assalamualaikum cinta. =)

Hey pinky lady!, eh bukan hey sexy lady tau. hikss Oh kisah kami yang diperam selama entah beberapa minggu. Pemilik blog tak sempat nak bercerita. Upload gambar untuk santapan mata pun jadi la kan. hehe dah banyak kisah yang ingin dikongsi tertunda antaraya kisah keluar bercanda bersama housemates tonton "The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2", shopping di Times Square, teman miera photoshoot, dan bla bla. Haish tidak terkira. Picha pun mungkin dah basi. Lolz


Hari tu, ada hal yang memaksa mek cah , konah dan miera ke Taman Tasik Shah Alam ibarat. lagi entri mek cah bersantai di Taman Tasik Shah Alam "OpocOt jalan-jalan di Tasik Shah Alam untuk hilangkan stress". hal apa memang tak boleh cerita kerana itu adalah rahsia. muehehe *poyo ayat!*.so secara kebetulan dan memang tak dijangka kami menjadi pinky lady pada masa tu. Konah pakai inner pink. mek cah pakai shawl pink, dan miere juga pakai shawl pink. Haish memang sehati sejiwa tak?:P


Lepas prom pram prom pram selesailah kerja kami disana. Alhamdulillah walupun agak kalut sedikit tetapi semuanya selesai. Yelar kalut nak jumpa buah hati iaitu atynn & Mastura Rara selepas selesai kerja kami. Opss mas Ore sohor kampung kebakat. ekeke kalau sempat nanti mek cah update tetang dating dengan buah hati tu.


Itu jer sebenarnya nak cerita. saje nak kasi korang jealous pakai warna pink yang sama. ekeke yang penting mek cah bukan peminat setia pink. Lolz selamat hari rabu dan selamat selamat. kena tidur awal untuk research esok. tata. :P

Nak thu siapa dia markonah meletop baca ni:
 "Dia yang bernama 'Markonah Meletop'"

Nak tahu siapa miera raie baca ni:

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Minaz boutique : Tampil elegen ke majlis walimatulurus

Assalamualaikum cinta.

Dah lama tak cuci mata tengok dress yang cantik-cantik. hoho kalau dah tengok dan lepas tu berkenan memang cari nahas la. Tapi bergantung kepada harga sesebuah produk tersebut, kalau harganya berpatutan memang mek cah beli. Yang terbaru , dah beli Baju kurung peplum dari shawl attic. harganya sangat berpatutan dan student macam mek cah ni mampu memilikinya cuma kena kumpul duit ataupun guna je duit PTPTN tu. muehehe janji boleh pakai pergi kuliah ataupun kenduri. memang sesuai la sangat. :)


so sekarang kom cuci mata di Minaz boutique. wow! wow! design yang sangat comel. colorful memang menarik hati yang pandang, lagi-lagi kalau gadis yang gila shopping macam mek cah. tapi yang ni mampu tengok jelar tapi tak nak beli sebab harganya sangatlah tut. hehe korang ushar sendiri lah ke page Minaz boutique ni.


Butik yang beralamat di:
No.20-02, Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor Malaysia.

OPENING HOURS :

weekdays: 9a.m.-6p.m.
SATURDAY: 9a.m.-7p.m.
SUNDAY & MONDAY: off


Sekali pandang sangat cantik kan baju ini. rasanya sesuai juga dipakai di hari pertunangan sebab ianya comel sangat. ada riben kat belakang, tudung pun cantik so memang sesuai sangat la kalau pakai di hari pertunangan. nampak simple dan comel. Tapi lagi ohsem bila pakai di majlis walimatulurus, baru kalah pengantin perempuan. ekeke Lagi kalau nak ushar baju kawin yang comel-comel disini "busana pengantin dan tunang". =)


 Idea fesyen ini menyuntik inspirasi baru agar penampilan anda menajdi perhatian setiap tetamu yang hadir. Dah habis ushar? ada yang berkenan dihati tak? ke berkenan benda INI lagi? maklum la namanya "CUN"! nak tahu harga baju ni? kalau dah berkenan cepat-cepat beli tau. hehe lepas tu sila tunjuk kat mek cah untuk kasi mek cah jealous. boleh gitu?:P

Thanks for reading.  

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Untuk seorang isteri dan bakal isteri

 1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

Credit to photog : Nazri Noh photography
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.


6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”.

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.(Hadis Riwayat Tarmizi)


"Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”
via :Bercinta Selepas Nikah



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Fokus!


Assalamualaikum cinta. :)

Masa untuk hantar assignment bakal menjelang tiba. semua kaum kerabat mek cah tengah sibuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar sebelum minggu study week iaitu penghujung bulan 12. Semakin hari semakin stress, rambut yang lurus gituw kembali terpacak sebab tak sempat nak uruskan. Lolzz test yang belum dibuat membuatkan otak makin serabut, research ke company lain pun masih belum di buat. so lepas ni memang lotih bebenor la pemilik blog love is cinta ni. Agagaga


Penat nak fikir, penat nak layan perasaan tapi nasib baik la housemate rumah ni banyak menceriakan hari-hari mek cah. walaupun tengah sibuk tahap gaban tapi kami masih sempat melayan "Drama Adam Dan Hawa" disetiap lewat malam. hoho gigih download selepas cerita itu bersiaran. TAk sabar juga nak tengok Lagenda Budak Setan 2 yang akan berada di pawagam 29 November ini!. Poyo! masih sempat bukan. study, study jugak. enjoy sikit-sikit jangan lupa untuk ringankan dan kurangkan beban ni ha. Muehehe sekarang nak fokus untuk 3 article review yang perlu dihantar isnin ini 26.11. 12, pada hari itu juga la ada test untuk subjek electronic record. sabor jelar.. Tapi alhamdulillah mek cah masih kekal bertenaga untuk menghadapi semua ini. Ayuh! kembali fokus. Selamat Malam.^^


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Contest I Choose To Wear Hijab


Assalamualaikum cinta. :)

Hari ini tergerak hati untuk menyertai contest dari adik manis salwa.kali terakhir menyertai contest hebat ini "Dapatkan skirt FREE dan wang tunai RM100 dari Moon Couture ". Alhamdulillah rezeki contest itu menjadi milik mek cah. Dah berbulan-bulan tak menyertai akhirnya hari ini, telah menyerah kalah untuk meluangkan masa beberapa minit untuk taip entri mengenai "Contest I Choose To Wear Hijab". Begitu tertarik dengan tajuk contest yang hanya memberi peluang kepada kaum hawa untuk berkongsi gambar berhijab mereka, yang penting menutup aurat katanya salwa. ^^





Gambar yang di pertaruhkan ialah :
"Hijab bukan pilihan. Hijab adalah kewajipan."

Tarikh tutup ialah 7 Disember 2012. hadiah pun lumayan, maka korang masih ada masa lagi untuk menyertai contest yang menarik ini. Disamping mengeratkan silaturrahim sesama blogger perempuan. Menang kalah lain kira. yer dok? selamat menjayakan contest. ^^

Nota kecil : semoga ianya menjadi hadiah di hari jadi mek cah yang bakal tiba di Disember ini. Menang topup pun jadi lah. hehe. Amin. Lebih banyak contest di SINI dan SINI. :P

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Saya pun nak kawin!


Assalamualaikum cinta. :)

Walaupun minggu ini merupakan minggu/bulan kesibukan yang berada pada tahap paling maksimun namun sanggup curi-curi masa untuk luahkan rasa hati untuk malam ini. Erk?? Umur dah makin meningkat dewasa so perasaan gedik untuk berkahwin pun semakin bertambah. hoho lagi-lagi bila tengok kawan-kawan kawin. Yang dah bertunang pun ramai. Haishh ni yang makin tergedik-gedik nak kawin. Tapi bila difikirkan balik masa belajar ni belum sesuai lagi untuk pikul tanggungjawab semua tu. yelar, bila dah kawin tentu kena fokus untuk suami dan belajar. mana sempat kan, nak bahagikan masa lagi , lagipun duit tiada. muehehe. Tapi :

Tiada pengantin lelaki. Lolz. :P
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”- Hadis Rasulullah SAW

So entri meluah perasaan jer, jeles dengan kakak yang dah kawin. ehem entri ni tau "Malam akad nikah....Alhamdulillah, akhirnya menjadi milik Nur Adli.." & "Kisah pengapit yang tersepit". Haish akan terima masanya. InsyaALLAH tapi kalau yang dah kawin dan baru nak kawin semoga berbahagia bersama orang yang tercinta. Picha zaman dulu-dulu masa kakak kawin iaitu 13.03.12. *baru upload gambar*. Lolzz malas nak simpan picha ni lama-lama. sekarang dah nak dapat anak buah dah pun. Alhamdulillah ehem cepatnya masa berlalu kan. so mek cah Chau dulu, kena siapakan kerja sekolah,. baca sini untuk tengok baju pengantin "Busana pengantin dan tunang". Salam. ^^

Main belasah je bila edit. Kan pelik bebenor dah jadi muka mek cah tu. T.T
Nota kecil :  Best kalau dapat benda INI tak percaya tengok la sendiri . oh bestnya.kemah keming!. :)

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Gambar comel Lisa Surihani dalam filem Istanbul Aku Datang


Assalamualaikum cinta. :)

MoOd malam selalu jer berbunga-bunga untuk update entri baru. Fuh ! walaupun busy dengan assignment namun blog kesayangan ni memang tak boleh dilupakan. dalam sehari harus jugak buka blog ni ha. semalam terbuka facebook dan ternampak la gambar comel Lisa Surihani dalam filem Istanbul Aku Datang. Cerita ni nampak best, tak sabar nak tengok. tapi tunggu download je. *konon berjimat disitu*. ehem. LISA SURIHANI sangat HOT macam benda INI pun ada. :P


Pelakon Istanbul Aku Datang: Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat.

Jom tengok sinopsis filem Istanbul Aku Datang:

"Dian adalah seorang gadis yang periang dan manja. Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya enam tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama,


"lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya. Malang sekali, bila tiba di Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad."


"Azad risau yang kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru."

"Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Setelah membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu – rumah itu sudah pun diduduki, oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti,"


"terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan!"


"Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan mengamuk jika dia mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin pertunangan dari Azad?"

Nak tahu kisah selanjutnya?tengok la sendiri. :P



lisa sangat comel dengan style rambut pendek macam tu. picha ni paling mek cah suka. macam kanak-kanak korea kan. Haish patut la Yusry jatuh hati. rasa nak cubit-cubit jer pipi lisa yang gebu tu. ^^



untuk koleksi gambar Lisa Surihani yang lebih menarik dan comel terjah la ke facebook Istanbul Aku Datang. Senyuman Lisa Surihani sangat comel. Haish tengok kepada lokasi lakonan mereka sangat cantik dan menarik kan, macam benda INI pun ada. :P

Thanks for reading.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

10 hari menternak lemak


Assalamualaikum cinta. :)

Bunyi menternak lemak pun dah berdiri bulu roma mek cah ni ha. Gila tak meremang bulu roma ni, asyik makan, makan dan makan sepanjang cuti Aidiladha hari tu. Kisah Aidiladha disini "Raya Korban Saya". Balik kampung rezeki untuk makan tu selalu ada. Haish dah la makan daging banyak ditambah pula dengan makanan kat bawah ni. Macam mana berat badan tak naik kalau asyik makan jer. Lemak pun dah sebati dalam badan ni. Hukss


Sampai jer dibumi kelantan, terus abah ajak bersarapan. Bungkus nasi kerabu sebab dah lama tak makan. Pergh memang sedap. Kebiasaan orang kampung suka makan nasi berlauk untuk sarapan pagi. Normal dah tu. :))


Jalan-jalan di Tesco Kota Baru berdekatan sungai kelantan Nak tahu suasana cantik di situ boleh la terjah entri ni "Ragam si gadis di pinggiran sungai kelantan". tiba-tiba nak makan Big Apple la pulak. hOho terus beli gara-gara mengidam. Duk kat kampung kerjanya menternak lemak. Lepas pada tu mula la stress berat badan dah naik. Makin chubby. T.T


Makan bubur kacang yang di buat khas dari mak kesayang mek cah. permintaan bubur kacang dari abah so mak terus buatkan. Rasanya yang berlemak so makin berlemak lah badan mek cah ni. Grrr


Di aidiladha dah menjadi tradisi mak buat ketupat palas yang memang sinonim dengan masyarakat kelantan. dengan menggunakan daun palas memang sedap. Ada ketupat palas daging dan ada ketupat palas tawar dicicah air gula melaka. memang sedap. :)


Koktail buah pulak dibuat di aidiladha oleh mak saudara mek cah. memang sedap. bagi 5 bintang lah, dalam masa sejam je dah habis, maklum lah anak-anak buah ramai. ekeke nasib baik sedap. :)


Emak buat mee kuah. yeah! mek cah hanya pembantu dan tolong makan jer. kalau buat memang makan banyak. yelar barang free kan cuma kena tolong masak je. ekeke lagipun letak daging banyak-banyak lagi sedap. Masa aidiladha memang mewah dengan daging lembu sebab ramai orang bagi. :P


Memang tak sah kalau balik kampung tak singgah makan nasi air/bubur nasi atas pasar.wakaf bharu. harganya berpatutan iaitu RM3.50 jer. sama la dengan mee celup. memang sedap. Yum yum!!


Yang terakhir sekali menternak lemak bersama kawan seangkatan iaitu mastura dan anis sebelum kitorang jalan-jalan dan shoot. ekeke kisah kami disini "Jalan-jalan dengan cik ted". Yee Mee sizzling berharga RM5.20 macam tu memang sedap. Kalau makan di tesco Kota baru memang puas hati.

Alhamdulillah rezeki untuk makan masih ada. walaupun dah semakin chubby. so proses diet bermula. hoho kena diet ni, azam nak kurus kan.Eh! apa-apa pun nak menang tiket INI dulu. Lolzz.
 *sumber gambar dari Pak cik Google, tak sempat nak snap sendiri*. Ngee
Thanks for reading. ^^


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Drama Adam Dan Hawa


Assalamualaikum cinta. :)

*Motif entri ini nak berkongsi link untuk download full episod drama adam dan hawa sahaja.* Lol, Kegilaan terhadap drama dan hawa bermula apabila housemates selalu tengok drama ni. Haishh jeles jugak, so terus download episod adam dan hawa dari episod 1 sehingga lah yang terkini. hoho tinggal di kolej mana ada ASTRO so terpaksa berjaga malam-malam untuk download drama ni. Lepas download terus tengok ramai-ramai dengan housemates.


Barisan para pelakon drama adam dan hawa astro ialah Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD). 

SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA


Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.


Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan yang berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga. Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya. Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

Apa yang akan terjadi seterusnya?


Komen : Lakonan mantap Aaron Aziz menjadi kegilaan gadis diluar sana lagi-lagi housemates mek cah sendiri. Asyik sebut am jer, bila sebut Johan terus tak nak. ekeke Senyuman Am (Aaron Aziz) membuatkan ramai yang jatuh hati. hikss kalau ada peluang tengok la yer. Cinta mereka sangat sweet. ^^Apa yang akan terjadi seterusnya tonton la sendiri okay. Yang pasti korang semua makin teruja untuk mengetahu kisah pencintaan adam dan hawa ni. kadang-kadang telatah adam dan hawa akan membuat korang tersenyum sendiri. Nah! link untuk korang download semua episod adam dan hawa. kat situ la mek cah selalu download. So Adakah drama ini dapat mengalahkan benda INI??
Thanks for reading.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum cinta. :)

Semoga ucapan ini belum terlambat dan terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku peluang untuk merasai segala nikmat diatas dunia ini. *umur makin bertambah* Alhamdulillah, salam maal hijrah diucapkan buat sahabat blogger, pembaca blog love is cinta, sahabat facebook, stalker tegar mek cah, rakan-rakan di twitter dan seluruh umat islam di atas dunia ini.^^


Semoga Allah SWT melimpahkan kepada kita..
☑ Sisa usia yang barokah..
☑ Kesihatan zahir & batin..
☑ Rezeki yang melimpah & berkat..
☑ Berjaya dalam segala hal..
☑ Kebahagiaan dunia-akhirat
☑ Keluarga yang sakinah mawaddah Warrohmah..
☑ Rahmat, hidayah & karunia-Nya..
☑ Dijauhkan dari segala keburukan & didekatkan pada segala kebaikan..
☑ Sëmogǝ selalu dalam lindungan Allah SWT..

آمِيّنْ… آمِيّنْ…آمِيّنْ...يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

"Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Ar-Ra'd :11)

p/s : Yang paling penting sekali semoga tahun ini ALLAH mempercepatkan jodoh mek cah. sama-sama doakan eh. Amin. :)

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

BE/CPUV dari Nuffnang ke-2 : Maxis Wireless Broadband


Hye love. :)

Terima kasih nuffnang! Terima kasih untuk advertiser Maxis Wireless Broadband!. Terharu sangat dan mood untuk berblog semakin bertambah. Rasa tak lengkap hidup kalau tak tengok blog kesayangan dalam sehari. Kalau ada masa terluang memang akan update entri baru. Memang dah menjadi kewajipan. ekeke


Rezeki BE/CPUV dari Nuffnang ke-2. Alhamdulillah, yang kali pertama dapat dari DiGi Samsung Galaxy Note. Entrinya disini "CPUV Campaigns 1 : DiGi Samsung Galaxy Note". Macam dah tahu-tahu jer mek cah memang gilakan Samsung Galaxy Note tu. semakin bersemangat kumpul duit untuk memilikinya. Yang terbaru iklan melekat ialah Maxis Wireless Broadband. Memang lengkap hidup sekiranya mek cah memilikinya keduanya sekali. Tentu korang pun telah memilikinya kan? Untung la. :P


Iklan Maxis Wireless Broadband baru sahaja melekat iaitu bermula 12 November 2012. semoganya ianya melekat lebih lama dan lama lagi. Fuh! sekali lagi terima kasih buat nuffnang dan advertiser Maxis Wireless Broadband. Terima kasih nuffnang dan harap akan ada BE/CPUV kedua dan seterusnya akan melekat di blog ini.
Thanks for reading.

p/s : Syukur kepadanya. Alhamdulillah, nanti boleh la beli idaman hati INI, so boleh la update blog hari-hari. ehem angan-angan ku mek cah!. Lolzz.T.T


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Assalamualaikum cinta. :)

Alhamdulillah masih berpeluang untuk menggunakan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ni. Ingatkan dah semester akhir tidak berkesempatan untuk mendapatkannya. ekeke untung la student sekarang kan. boleh berjimat walaupun potongan diskaun bukannya banyak sangat pun tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban sebagai pelajar.Eceh! lagi free lagi elok. wakakass


Untuk pengetahuan korang semua, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih tertakluk kepada kadar, terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas. Fasa pertama KADS1M telah diedarkan kepada pihak IPT pada pertengahan bulan September 2012.


Buku & Alatan Tulis
  1. MPH Bookstores
  2. Imlaq Book Centre
  3. BORDERS
  4. RONA
  5. Kiang Trading
  6. Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  7. Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  8. Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
  1. Bata
  2. iFamily
  3. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
  4. Texline Lino

Klinik / Optometri / Cermin Mata
  1. Poliklinik An-Nisa'
  2. Qualitas Health
  3. Focus Point
  4. Menara Optometry

Makanan Dan Minuman
  1. KFC
  2. Daily Fresh
  3. A&W
  4. Coffee Berry
  5. The Chicken Rice Shop
  6. Restoran Kenny Crab
  7. Sweet Chat
  8. Legend's Claypot Bariyani House
  9. Dubu Dubu Seoul Food
  10. My Java Coffee
  11. Pancake House International
  12. Station One Cafe
  13. Gloria Jean's Coffee
  14. Bangi Kopitiam

Hotel dan Penginapan
  1. Ancasa Hotels & Resorts
  2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  4. Jerejak Rainforest Resort Penang
  5. Ancasa Express Pudu
  6. Tune Hotel
  7. Leo Express Hotel
  8. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  9. Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
  10. Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  11. Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  12. Rakyat Travel SDN BHD

Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
  1. Foot Master
  2. Paris Hill
  3. Proactiv
  4. Clara
  5. Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad


Produk IT
  1. Koperasi Celcom Berhad
  2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

Lain-Lain
  1. BKZ Bikerz (Motosikal)
  2. Roller Star Arena (Kasut Roda)
  3. Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
  4. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  5. Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  6. MYDIN

Cepat! dapatkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia sekarang di fakulti korang masing-masing. Guna untuk lebih jimat dan berbaloi-baloi. Untung la kan.hikss Terima kasih! . Eh student  zaman sekarang memang gilakan benda INI eh?. kenapa mek cah tak pun.:P


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Jalan-jalan dengan Cik ted


Assalamualaikum cinta. :)

Cuti pertengahan semester selama 10 hari masa Aidiladha hari tu memang mek cah tak akan sia-siakan. Jom tengok kisah "Raya Korban saya". memang dah janji dengan Anis dan Mastura untuk outing sama-sama. hoho memang tak sah kalau balik kampung tak keluar dengan mereka. Eceh! outing sekali pun jadi la kan. Janji di buat untuk gedik-gedik di Taman Tengku Anis, Pengkalan Chepa, Kelate boh! Lokasi yang dipilih oleh Ezwan Othman untuk shoot Mastura & Anis. Mek cah nak tengok-tengok je mereka shoot, nak cuba kawal nafsu dan kurangkan ambik gambar. Lolzz *adakah impian ini akan tercapai*. Bhahaha


Secara kebetulan Siti Nur Ain berada di area Kota baru maka mek cah suruh je ain datang ketempat kami lepak. Alhamdulillah dapat jugak bertemu dengan che mek molek ni. Ore sohor kubey Krian yang dulunya aktif dalam bidang photoshoot. tapi sekarang katanya nak kurangkan aktiviti ni. muehehe mungkin ada sebab tersendiri kot. Kali terakhir jumpa dengan ain di sini "Iftar : 15 Ramadhan". Oh banyak ceritera tentang ain. kalau sudi baca la tentang ini "She is my GF Nor Aimin!!", "She is my GF Nor Aimin!!-Part 2". Gambar beliau photoshoot.^^


Ini lak cik ted milik anis zahirah punya. Keinginan untuk berphotoshoot ala-ala cute menyebabkan anis bawa cik ted dia. hehe boleh la kongsi cik ted dengan kitorang. Opss ni che ted bukan yang am bagi dekat ain dalam Adam & Hawa tu tau. ni cik ted dari ehem ehem anis. Opsss!! banyak kisah tentang kami disini "Outing riang ria raya",Ezwan Othman Photography", "Rasydan Ishak Photography". Kalau yang dah tahu kisah kami tak payah la baca. :P


Jarang dapat pose hebat dari Mek Ain ni. mesti korang dah kenal kan yang berbaju pink tu anis la kan. dan yang dihujung sekali mastura yang namanya makin meningkat naik. Yelar photoshoot sana sini dan bakal menjadi cikgu. Untung la kan . :P kenapa la kawan-kawan mek cah ni comel-comel je, haishh rasa rendah diri bila bersama mereka. Untung la dah la cantik, pandai, pandai mengemas rumah, bekerjaya. ekeke

Tu je kisah kami, seronok ada cik ted. dan seronok dapat berkumpul macam ni dengan kawan-kawan. insyaallah ada masa kita berjumpa lagi. Nanti bawa cik ted lagi. memang malu kot masa kitorang bawa cik ted ramai yang duk tengok-tengok kami. Lolzz macam la tak pernah tengok cik ted yang besar macam tu .hum teringin nak menang peraduan INI. Hukss angan-angan sudah. :(

Thanks for reading.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...