Radiusite : Pesona Syawal


Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Alhamdulillah sekarang umat islam di seluruh dunia dah masuk 11 hari berpuasa...Rasanya kejap jer masa berlalu...Kalau dah masuk pertengahan Ramadhan lagi cepat masa berlalu..Mula lah kelam kabut nak mengemas rumah, buat biskut raya, cari baju raya dan bla bla....Tapi nasib baik mek cah dah beli baju raya..Alhamdulillah tahun ini 1 pasang je baju raya, hoho bersederhana dalam menyambut hari raya aidilfitri nanti..itu pun mek cah pecahkan tabung mek cah untuk beli baju raya..eh eh tipu je tu, yang sebenornya kakak mek cah dah sponsor baju raya tahun ini..Semoga bertambah rezeki kakak mek cah..Amin..:)


Okey, walaupun dah beli baju raya tapi mek cah tetap nak cuci mata..Opss nama dah perempuan nafsu membeli memang tak pernah hilang..Tapi kali ni mek cah berazam untuk cuci-cuci mata jer sebab mek cah tau baju raya dari Radiusite ni memang mek cah tak mampu miliki sebab ehem mahal sikit..Tapi kalau yang berduit tu memang kacang je untuk dapatkannya..:)



yang penting semua baju kat sini cantik-cantik dan shawl pun turut dijual disini..Lagipun nama Radiusite memang terkenal so bagi yang ingin membeli produk dari Radiusite tak perlu bimbang dengan kualiti dari produk itu..sememangnya terjamin..^^


kombinasi warna yang menarik..membuatkan hati ku tertawan..Lolzzz baju ni dah macam baju tunang dan kawin pun ada....Kalau nak bertunang boleh la pakai baju ni tapi kalau untuk raya ehem "jangoknyo"..:P


Untuk hari raya ini, Radiusite mengeluarkan baju kurung Lace yang sesuai digayakan di hari raya, juga untuk pertunangan/pernikahan. Baju Kurung Pearl plain pun ada..Ianya hanya boleh didapati di butik Radiusite di Shah Alam & Rawang kerana jualan online untuk baju agak sukar sebab ada saiz ni..Jahitan manik yang heavy dan menggunakan manik berkualiti, potongan baju kurung yang unik, membuatkan baju ini agak mahal. 

Tetapi ada diskaun sebanyak 15% (untuk Baju Kurung Lace dan Baju Kurung Pearl sahaja) jika membeli di butik sehingga 5 Ogos 2012! ♥ 


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Nuffnang yang baik hati


Hye, kalau dulu mek cah menduakan Encik nuffnang sekarang mek cah kembali setia dengan nuffnang....setelah sekian lama menunggu BE namun hasilnya tak seberapa tapi  mek cah tetap sabar menunngu BE itu....Tapi, Encik nuffnang  masih tetap baik hati kerana dalam seminggu tu ada la jugak earning mek cah meningkat dalam RM1 macam tu...hoho tu setiap satu minggu..kira okey la tu kan dari tak naik langsung earning tu...









Opsss lepas ni mek cah kena usaha lebih lagi...Oh  Encik  nuffnang  di mana BE ku?? please bagi bonus untuk raya nie..kehkeh memang tak malu langsung..

mood:Bermimpi beraya bersama bonus dari Encik nuffnang..

p/s:bagi yang dah ada pengalaman dapat BE boleh la berkongsi kegembiraan dengan mek cah..hewhew mek cah nak dengor tips macam mana nak dapat BE..hikss jangan kedekut ilmu tau di bulan mulia ini...:P

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tips perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. 

Tips ini diambil dari "http://www.facebook.com/KisahWanita"

Thanks for reading...

p/s:: Tips yang sangat berguna buat kita semua..terbaik la Ustaz Azhar Idrus...semua picha kebanyakan gambar irine dan suami kan...sweet sangat...Oh ya sempena bulan Ramadhan ni apa kata korang buat amal sedikit, hanya dengan satu klik dapat membantu kanak-kanak dimana akan dermakan wang pada rumah anak yatim!...KLIK SINI tau...:))


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

The Curve : hanya ini yang mampu.


Assalamualaikum L.O.V.E...=)

wow!!..mahalnya barang-barang kat sini...okey hanya mampu melihat..tempat ini tidak sesuai untuk yang bernama mek cah!

Yang sebenarnya mek cah dan rakan-rakan seangkatan seperti markonah meletop dan emy sangat suka jalan-jalan..hoho just jalan-jalan dan tak suka sangat shopping..lagi-lagi kalau tempat seperti The Curve ni...kalau nak shopping pun bergantung kepada harga barang tersebut..kami mengakui kami tak suka beli barang mahal-mahal hanya yang termampu jer kami beli..owh kalau macam uptown Seksyen 18, Shah Alam tu memang kami suka la shopping kat sana..tapi kalau shopping pun pasti beli 1 or 2 barang je...hewhew bukan banyak pun, tak mampu lah nak keluarkan duit beratus-ratus ni..kami bukannya anak datuk...Lolzzz

so bila sampai sini kami hanya melepak di sana sambil cuci mata , so The Curve : hanya ini yang mek cah mampu....hanya cuci mata dan klik-klik!!..kadang-kadang ada jugak artis yang suka lepak kat sini...pernah la sekali terserempak iqram dinzy sedang lepak di satu cafe tu...*lupa lak nama cafe tu*..=.='


yiyyyha!!..okey ni la aktiviti yang paling membosankan bila sampai di  The Curve ni....tapi yang menariknya The Curve, Mutiara Damansara ini bersebelahan je dengan IKEA...antara The Curve dan IKEA mek cah lebih memilih IKEA...dah banyak kali kot mek cah sampai sana...tapi tetap tak membosankan sebab boleh snap, snap..hehe nak tahu cerita tentang IKEA terjah la entri ni 'Berdating di IKEA & the Curve - Part 2' & 'Berdating di IKEA & the Curve - Part 1'.......... so kalau dekat The curve ni memang bosan sangat jadi cari sofa pastu duk diam-diam dan terus buat muka 100% boh'san...Agagaga


kalau sampai kat sini di waktu malam memang suasananya sangat cantik...Opss sekurang-kurangnya mek cah dah kenal apa itu The Curve selama belajar di Shah Alam....uhuksss yang penting Times Square, Sungai Wang, Masjid India lebih menjadi pilihan hati kalau nak shopping....bhahaha...=_='

Thanks for reading..


p/s::Opss ada satu website ni yang menyediakan baju-baju yang preloved..semuanya cantik dan harga lak memang murah woooo...Kalah benda INI wooo!!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

1001 persoalan terhadap gambar ini...



Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Alhamdulillah tinggal beberapa jam lagi untuk masuk berbuka bagi kawasan tumpat, kelantan dan sama waktu dengannya..kejap jer masa berlalu, sangat pantas sekali sedangkan rasanya baru 2 hari puasa alih-alih dah masuk hari ke-5 dah umat islam diseluruh dunia berpuasa.....haishh lepas ni perlu ada misi mencari resepi biskut raya la pulop...hiksss

okeyh kembali kepada topik asal, semalam mek cah godek-godek facebook dengan tiba-tiba ternampak satu post gambar ni..mula-mula tak nak tengok last-last ada misteri disebalik gambar ni....apa kata korang pun cuba jugak.....sekadar untuk suka-suka sementara menunggu waktu berbuka...lolzzz..^^


1 : Cuba tenung gambar bawah ni, 
2 : fokus kat bahagian hidung selama 30 saat. 
3 : Lepas tu, alih pandangan korang ke dinding
4 : Korang akan nampak wajah sebenar pompuan ni. ...
5 : Kalau still tak Nampak lagi , Cuba Kelip-kelipkan mata Anda
6 : Selamat Mencuba ^_^


Thanks for reading...Selamat berbuka...
......................................................................................................


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Wordless Wednesday #23 : L.O.V.E


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

7 Ramadan - Kisah realiti masa kini.


Slot Samarinda TV3 terbaru menghiasi bulan Ramadhan kali ni ialah drama 7 Ramadhan, drama 13 episod ini ditayangkan pada 19hb Julai setiap Selasa & Rabu, pukul 10.30 – 11 malam dan setiap Khamis pukul 9.30 – 10 malam.

Pelakon Drama 7 Ramadan Slot Samarinda TV3

Elly Suriati (Sufiah), Fir Affandi (Ramadhani) , Ana Dahlia (Anna), Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda (Sufiah sewaktu zaman muda) , 
Roy Azman (Mustaza)


Sinopsis 

Drama bersiri 7 Ramadan berkisar tentang Sufiah (Elly Suriati) yang sentiasa menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya (lakonan Nabila Huda, Sufiah telah bercinta dengan Mustaza (Roy Azman) dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada 7 Ramadan. Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka.

Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak-anak yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi). Sufiah dan Ramadhani tinggal dalam keadaan kekurangan.

Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Ramadhani atau Dhani baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu merupakan 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anaknya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan, Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara.

Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Ramadhani sanggup mencela dan tidak mengakui Sufiah ibunya kerana ingin menjaga hati teman wanitanya Ana (Ana Dahlia). Ana merupakan anak orang kaya. Kerana ingin mengubah nasibnya yang miskin, hati Sufiah selalu disakiti oleh Ramadhani yang kejam.

Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

Bagaimanakah kesudahan pembohongan Dhani itu? Bagaimana pula dengan rahsia Sufiyya dan kaitannya dengan Ramadhani? Jangan lupa saksikan kisah yang sangat menghayat hati ini...


semalam baru jer mek cah tengok....episod pertama mek cah tak sempat nak tengok tapi episod ke-2 ini membuat mek cah tertarik untuk setia dengan drama ini..yelar kan kisah anak yang tak mengenang budi, kesian kat mak dia tu....humm lagipun drama ini mungkin pernah terjadi dalam kehidupan masa kini..Ya ALLAH minta jauh lah dari semua tu terjadi dalam keluarga mek cah....Sayangi ibu-bapa kita selagi mereka hidup, walau apa pun drama ini banyak memberi pengajaran kepada para penonton..so tak rugi untuk menyaksikan drama ini..Opsss tu pendapat mek cah la, pendapat korang mek cah tak tahu la pulop..^^

Thanks for reading...

......................................................................................................

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kisah kami di Bicara Selebriti 2012


Assalamualaikum L.O.V.E.....=)

Yeah!! malam ni semangat nak tidur awal sebab nak bangun sahur awal...hoho nama jer bangun sahur tapi hanya bersahur dengan air cocoa collagen jer..ianya membuatkan perut mek cah kenyang dan mampu bertahan sehingga berbuka...Alhamdulillah...*motif nak berdiet disitu*..T__T


Oh yer, sebelum puasa hari tu berlangsungnya Bicara Selebriti 2012 di Balai Islam Lundang..kalau masih ingat mek cah ada buat entri khas tentang program ni iaitu "Hero Ketika Cinta Bertasbih Dalam Bicara Selebriti 2012"..


Program Bicara Selebriti telah menampilkan 'Mas Azzam' (Hero Ketika Cinta Bertasbih), Ustaz @Saifulislam (Ustaz Hasrizal), Ana Raffali dan Haryati Hamzah (Yatt). Personaliti TVAlhijrah, Amin Idris akan bertindak sebagai moderator bagi program bual bicara ini... perasaan teruja bila melihat Yatt dan Ana Raffali mula masuk ke dalam dewan...Subhanallah cantiknya mereka, cantik bila berhijab..walaupun mek cah dapat melihat dari jauh namun dah berpuas hati bila dapat melihat mereka...kisah penghijrahan mereka semua sangat menyentuh hati mek cah...yang paling terkejut umur  Mas Azzam  hero dalam ketika cinta bertasbih baru 23 tahun....hewhew eh sama umur dengan mek cah, tapi mass azam kelihatan matang kan..:)

Allah berfirman;
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan 
Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar darjatnya disisi Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan rahmat dan keredaan-Nya dan syurga-syurga, mereka memperoleh
 di dalamnya kesenangan yang abadi, mereka kekal di dalamnya. 
Sesungguhnya Allah pada sisi-Nya pahala yang besar.”
 (At-Taubah:20-22) 

Yang paling mnyentuh hati bila Yatt mula berbicara..so perasaan sedih turut hadir, nak tahu kenapa??hoho Yatt berjiwa sensitif setiap apa yang dibicarakan...kadang-kadang mengeluarkan airmata...sampaikan mek cah sendiri pun rasa nak menangis mendengar kisah penghijrahan beliau.....


Apa yang pasti mek cah telah hadir ke program nie bersama Mastura Sohuya Mohd Yusoff , ida, Nur Aisheekyn ..terima kasih korang semua..kali pertama jumpa dah boleh jadi satu geng..memang kenangan bersama korang akan mek cah ingat sampai bila-bila....lagi-lagi lepas program tu kita semua lepak kat kedai makan sambil sesi suai kenal..Lolzz baru nak berkenalan..=_='


Thanks for reading...

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Marhaban Ya Ramadhan


Bulan terindah membarakan jiwa & minda

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat...Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya...Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

(Riwayat oleh Ahmad, An-Nasa'i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah)


Salam Ramadhan buat sahabat semua...semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya...

Amin..


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Shawl Dhia Hazanis for sale..


Assalamualaikum L.OV.E...=)

Hari ni mek cah rasa nak cuba jual shawl..ini baru permulaan....atas kata-kata semangat dari adik kesayangan maka terpaksa la mek cah cuba untuk memperomosikan shawl Dhia Hazanis ni..


ehem shawl ini sangat sesuai digayakan pada hari raya aidilfitri yang bakal menjelang nanti...tengok la yer, kalau hati dah berkenan inbox la di Facebook Love Patzzi ataupun email jer di hazanis88@gmail.com...harga boleh dirunding...^^

Salam Ramadhan....


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Fatin Liyana : You are beautiful


Assalamualaikum L.O.V.E...:)

“Sometimes people are beautiful...Not in looks....Not in what they say...Just in what they are.”- Markus Zusak

Fatin Liyana atau nama sebenarnya Nur Fatin Liyana Binti Asri merupakan seorang blogger popular di Malaysia dan pemilik kepada blog honeykoyuki.blogspot.com... Selain blogger popular, Fatin Liyana juga turut popular di engin carian google..Fuh!! seperti blog Love is cinta ini lah, kebanyakan keyword yang masuk ke blog ini ialah "Fatin Liyana"....Oh maknanya kebanyakan yang singgah ke blog ini hanya ingin mencari maklumat mengenai Fatin Liyana....hoho *bertambah visitor blog ini*...Lolzzz


so nama Fatin Liyana tidak asing lagi dalam dunia blog.....pergi sahaja ke mana-mana blog sudah tentu ramai blogger menjadikan blog honeykoyuki sebagai bloglist utama mereka..Fuh betapa besarnya penangan Fatin Liyana kan....


sekali pandang membuatkan hati kecil seseorang akan berkata 'Ya ALLAH cantiknya dia'. ..dan tentu tidak akan jemu melihatnya...seperti mek cah sendiri sangat suka akan fashion Fatin Liyana.......jadi duta untuk INI pun ok gak kan! HOT sangat!. Fuh! Malah masa mula-mula mek cah kenal blog yang bernama honeykoyuki ni terus jatuh hati....selepas pada tu selalu stalk blog Fatin Liyana ni...yang paling ianya sangat lucu kerana mek cah tengok semua post beliau dari mula berblogging sampai lah sekarang...hoho terlalu fanatik kan......so tidak hairan lah ramai blogger diluar sana menjadikannya sebagai idola ataupun ikon didalam dunia blog...*Mesti ramai yang teringin nak jumpa Fatin Liyana nie*....:)



Sejak bergelar sebagai seorang blogger, Fatin Liyana pernah dinobatkan sebagai pemenang kategori “Best Celebrity Blog” di dalam anugerah World Blogger & Social Media Awards 2012... Itu merupakan salah satu kejayaan yang terbesar dicapai oleh Fatin Liyana sejak bergelar sebagai seorang blogger sejak tahun 2009..:P

Thanks for reading....


p/s::Picha dicilok dari blog carlsamsudin.blogspot.com...sorry cilok tanpa minta keizinan dulu..T__T

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Wordless Wednesday #22 : Kamek bukan orang Sarawak..




SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Mariatul Faridah Ibrahim seindah nama mu..

Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Oh kawan mukabuku, akhirnya kami ketemu di KBMALL....Setelah sekian lama berjanji akhirnya kami berjumpa di sana..kali pertama melihat insan itu terdetik dihati "comey nyoh budok nih,kecil molek, pinky pulop tu"....L.O.V.E...wink wink...^^



Oh yer itu lah Mariatul Faridah Ibrahim, cantik kan namanya....secantik tuannya...dengan itu bertambah kawan dan adik-adik mek cah...Alhamdulillah "berkawan biar beribu berkasih biar satu"...cinta kami, Opsss cinta la pulop, bukan, bukan persahabatan kami terjalin walaupun kali pertama berjumpa...orangnya peramah, lemah lembut dan paling penting mempunyai hobi yang lebih kurang sama seperti mek cah...nak tahu hobi apa??hoho hobi klik, klik...so bila dah jumpa asyik nak klik-klik je..Oh itu tak per, mek cah sporting lagipun dah lama tak pose depan kamera..:P 


Maaf picha nie mek cah cilok dari facebook budak comel nih...hehe keizinan pun belum mintak lagi, tapi tak per si comel ni bagi jer mek cah cilok picha ni..:)


Oh yer, terima kasih mariatul sebab belanja akak makan KFC!!...Muehehe eh eh tertukar, bukan KFC tetapi air bandung cincau di foodcourt KBMALL..hehe kami student seharusnya berjimat...well duit akan kekeringan bila akhirnya semester dan masa tu lah terpaksa berdiet dalam segala hal....Aumm chak!!, mek cah lak belanja si comel dan kawannya chocotop..Yummy sedap tau...^^


Lagi dan lagi, terima kasih si comel sebab hadiahkan akak benda chomel nih..pink gituww akak suka sangat....sekarang akak dah letak sangkut di pendrive supaya pendrive tak mudah hilang...selalu jer pendrive mek cah hilang gara-gara nyanyuk..T__T


Walaupun tengah kekeringan di tahap kontang!!, tapi nafsu membeli tetap hadow, kebetulan PC Fair sedang berlangsung di KBMALL, so kebanyakan barang-barang komputer yang dijual tersangat lah murah..jalan-jalan ternampak lah beg sandang pink ni...mak aiih tergoda satt, jadi melayang RM29 gara-gara nafsu ini....tapi berita baik, harga sebenar beg ni RM50 tau..so mek cah dapat harga special..Alhamdulillah..)

thanks for reading..=)

kesimpulannya::eh ada orang kata kami seperti kembar, lebih kurang sama..betul ke??hehe..yeah!! dapat dating dengan budak comel nih dan dapat beli benda comel ni jugak...ekekeke sejak bila la mek cah minat pink nih..Lolzzz

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Alhamdulillah, bakal bergelar Mok Cik!



Assalamualaikum L.O.V.E...:)

Senyum sampai ketelinga gara-gara gembira bila mendapat khabar yang kakak kesayangan bakal bergelar ibu..al-kisah, beep!!..ada mesej masuk ' salam sah...mu nak bulih anak sedaro doh...he3'.....Ya ALLAH menitis air mata mek cah bila baca mesej tu...betapa gembiranya nak dapat anak buah....betapa besar pemberianmu kepada keluargaku....selama ini mek cah hanya dapat pegang baby yang mak mek cah mengasuh tapi insyaALLAH pada masa akan datang mek cah dapat merasai mendukung anak buah sendiri....Akhirnya mek cah bakal bergelar mok cik...bhahahaha..=_="


so tahniah buat kakak mek cah kerana akan bergelar ibu.....dan ucapan tahniah jugak untuk abang ipar kerana bakal bergelar bapa...hoho masih ingat lagikah perkahwinan mereka "Malam akad nikah....Alhamdulillah, akhirnya menjadi milik Nur Adli.."..masa tu mek cah menjadi pengapit yang tersepit "Kisah pengapit yang tersepit"...sungguh sedisss kerana banyak tanggungjawab yang terpaksa di pikul ketika majlis berlangsung..Jadi tetiba rasa 'bilakah turn mek cah untuk merasainya'..Perghhh lambat lagi kot..Hummm tapi tak pe, dapat pegang anak buah sendiri pun jadi lah...T__T

tak sabar rasanya nak dapat anak buah ..tak kisah la dapat baby laki ke perempuan janji  lahir dengan selamatnya dan sihat tubuh badan..Amin~~ so nak belikan baju, nak itu ini dan itu ini..Oh banyak benda yang mek cah dah plan bila kakak mek cah melahirkan anak nanti.......itu rahsia..:P

Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100) 
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!
Amin..thanks for reading..=)

p/s::Bakal menjadi Mok cik terMUDO..bhahaha..

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kembara di Melaka Bandaraya Bersejarah


Assalamualaikum L.O.V.E..=)

Salah satu tabiat buruk mek cah ialah suka update blog tentang kisah lama....3, 4 bulan dah berlalu baru nak kongsi dengan sahabat di facebook dan ini...*picha itu semua bertarikh 07/04/12*, so Maafkan mek cah yer kerana sangat-sangat malas untuk update blog kalau melibatkan banyak gambar...dah namanya trip sudah tentu picha tu banyak kan..dah namanya perempuan lagi-lagi bersama mereka yang sporting memang full la memory card kamera tu..:P

al-kisah kami berempat memilih melaka sebagai tempat untuk kami lawati....sebelum ni mek cah belum lagi sampai ke tempat ini...maklum lah mek cah tak der saudara yang terdekat yang menetap disana lagipun famliy mek cah kalau holiday macam ni memang langsung tak la kan....lagi-lagi abah mek cah tak pernah bawa mek cah dan adik-adik makan angin,bercuti ke...hoho memang 100% tak la kan....so mek cah teringat kata-kata mak "mun dea ngaji g lah mano hok mung nok g, mugo besar doh tu gak..nok nati ko abah mun bowok memey dok lah..g jah nak g mano''....Oh sporting la ma ni...toche-toche tapi jangan gi kokse kokdam doh la kan..:P

okey jom layan cerita kami iaitu Markonah meletop Nadzim  , Emy dan mek cah....Horreyh!!..tak larat nak menaip..T__T


kota a famosa salah satu tempat bersejarah di Melaka yang harus dilawati sekiranya sampai ke Bandaraya Bersejarah Melaka..So ini lah kali pertama mek cah menjejakkan kaki ke sini..sini binanya sangat unik dan menjadi tarikan utama pelancong asing ke kesini...


korang ingat tak ini apa??hoho kalau dah tahu tak perlulah mek cah terangkan..Muehehe yang sebenornya mek cah lupa ini tempat apa, yang tahu hanya tempat bersejarah..Lolzzz


kami juga melawat muzium istana kesultanan melaka...eceh kami kan pencinta sejarah...hoho pencinta la konon...so untuk tiket masuk memerlukan bayaran tau..tapi mek cah tak ingat lak berapa ringgit...apa yang menariknya "Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986"...*Google*..


sekarang mek cah berada di taman larangan istana kesultanan melayu melaka..oh yer, dalam sejarah kan ada cerita pasal ni..kalau nak tahu kisah disebalik taman ini apa kata buka balik buku sejarah korang...:P


1, 2, 3!!.....taman larangan istana kesultanan melayu melaka!! tapi kami dibenarkan masuk??..Muehehe jangan kami dihukum oleh sultan dah la..T__T ehem ada kenangan buruk bila mek cah di Melaka ni..trauma tau...meh terjah entri ini "Putus kali ke-2...Oh kecewa....Jodoh tiada"..ehem jangan gelakkan mek cah dah la..T__T


sekarang mek cah berada di dalam Istana Sultan Mansur Shah....boleh ler melihat sejarah dulu-dulu kan...hoho tapi mek cah tak suka sejarah tapi suka bergambar..bhahahaha..=.="


berlagak seperti model professional haruslah kerana peluang ini hanya datang sekali dalam seumur hidup..wakaka


taman yang seperti berada diluar negara kerana bunga-bunganya yang cantik..Oh kami tak sempat untuk ke Menara Taming Sari tu....T__T


kami juga berkesempatan mengunjungi Dataran Pahlawan...Di bawah dataran terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan Megamall selain terdapat Pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang, Golden Screen Cinemas. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu Mahkota Parade dan sebuah hotel di sebelah dataran iaitu Hotel Equatorial Melaka, Kota A Famosa dan Menara Taming Sari..*Google*..


Akhirnya perjalan kami sampai disini sahaja...bertolak tengahari, zohor sampai kesini..terima kasih kepada pemandu yang sememangnya sentiasa berhemah iaitu  nadzim iaitu kekasih kepada   Markonah meletop ..haha pukul 7 kami bertolak balik ke shah alam.....alhamdulillah kami smapai selamatnya di kolej Puncak perdana sebelum pukul 12 malam..:)

thanks for reading....^^

p/s::nak tahu siapa  Markonah meletop  boleh la terjah ke entri ini "Dia yang bernama 'Markonah Meletop'".....untuk nadzim lak, beliau baru menjinakkan diri dalam bidang perniagaan..eceh!!sekiranya korang memerlukan anti virus yang power gituww untuk laptop/pc korang boleh la hubungi beliau dan boleh la terjah entri ini "Mari pakat beli....Tolong saeng skali skalo"....lagi satu mek cah suka pakai baju sama..masa outing lak tu...nak tahu ke entri ini "Kerana TAKDIR kita bertemu…Erkk??" dan "Sambungan kisah kerana TAKDIR kita bertemu"...


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...