RESEPI

TRAVEL

TIPS

Dato' Siti Nurhaliza : Dulu lain sekarang lain

by - 3:53 PM

Assalamualaikum L.O.V.E..=)


Semangat tak tidur lepas sahur tadi gara-gara nak godek-godek facebook dan buat biskut raya...hehe alhamdulillah biskut nestum rangup dah pun siap...esok resepi lain pulak...Oh "1 hari, 1 resepi", okey kan?..:P

kembali kepada topik asal, sedang enak berfacebook tiba-tiba mek cah ternampak satu picha yang menarik perhatian mek cah untuk melihatnya..Eh ini gambar Dato' Siti Nurhaliza , ololo chomel nya beliau masa muda remaja dahulu...tapi sekarang pun masih anggun bergaya....dah la picha ni masa beliau belajar bawa motor, tapi sekarang mesti dah lain mesti dah tak pandang motor sebab dah ada kereta mewah kan..:P

Jom ikuti kisah siapa Dato' Siti Nurhaliza yang sebenar..:)

Siti lahir pada 11 Januari 1979 di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, sebagai anak keempat dalam lapan adik-beradik kelahiran Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.Beliau berasal daripada keluarga penggemar muzik, yang mana adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Saerah juga bekerja sebagai penyanyi.Datuknya ialah seorang pemain biola yang terkenal, manakala ibunya seorang penyanyi irama etnik yang terkenal juga. Siti Nurhaliza merupakan penyanyi utama kumpulan 'Family Group',yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik. 

Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri.Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.


Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa.

Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.


Fuh jutawan tu...kesimpulannya, manusia boleh berubah sama ada berubah kepada menjadi baik, kaya, ataupun sebaliknya....betul lah kata sesetengah pihak dulu lain dan sekarang lain..Apa yang penting kelainan yang dibawakan leh Dato' Siti Nurhaliza telah mengubah nasib keluarga dan masa depan beliau ..Tahniah Dato' Siti Nurhaliza...Thanks for reading..>.<

p/s : Ehem tapi mek cah bukan peminat fanatik Dato' Siti Nurhaliza..ok bye!!..eh bila eh Dato akan bergelar pangkat INI??


You May Also Like

20 kata-kata indah...

  1. haha.betul la tu.skarang da tk naik motor cabukk >,< huhu

    ReplyDelete
  2. Ternyata, bakat dan kelebihan yang dimilkinya telah mengubah nasib keluarga dan akhirnya dia menempa nama dan kegemilangan!

    :)

    ReplyDelete
  3. suka tgk blog nie... ^_^
    Jue dh follow sini..

    ReplyDelete
  4. Boleh tak mintak link lagu yg pasang kt blog ni~~sdp tp tak tau tajuknye~~huhu

    ReplyDelete
  5. Hehe mekasey..rupanya tajuk lagu tu nur jannah alia~~igtkan hazaniz tulis name~~huhu tak perasan sbnrnye hazanis dh jwb ><

    ReplyDelete
  6. Nak jadi jutawan dengan cara menyanyi memang tak lah. Suara buruk dooh. haha.

    ReplyDelete
  7. @Nur Suhada ✿
    betul2...setiap org punya kelebihan....tapi terpulang pada seseorng itu nak majukan diri..:)

    ReplyDelete
  8. @fifie
    belum cuba belum tahu..hewhew..:P

    ReplyDelete
  9. hahaha.. memang lain gila dia dulu..hehehe

    ReplyDelete
  10. siti nurhaliza... suatu ketika duhulu menjadi kegilaan pada jejaka2 malaya.. lani dah jadi bini org.. suam2 saje..

    hazanis x nak jadi artis? lala

    ReplyDelete
  11. remember me? :)

    hee anyway siti siti siti. cerita dato' K xde? :p

    ReplyDelete
  12. Siti Nurhalizah memang Famous Sangat Sampai di Indonesiapun banyak sangat yang jadi fans dia nih sayapun punya semua koleksinya

    ReplyDelete
  13. olololo comam nyaa. macam mek cah :)) hehehe

    ReplyDelete
  14. mari la beraya ke lipis mek cah oi,buleh jale rumoh dato siti

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥